"Jun 2011, Jun 2012, Jun 2013...."
"buat ape tu Mak Mah". Belum sempat Mak Mah
menghabiskan kiraannya sudah aq menegurnya. Entah apa yang dikiranya tanpa
sedar akan kehadiranku. Wanita yang berusia lebih dari 4 abad itu biasa aq
panggil dengan penggilan Mak Mah sungguh mesra dengan sesiapa juga yang berada
dekat dengannya.
"Ni ha Mak Mah kira tarikh berakhir kontrak kat
Malaysia ni." balasnya selamba. Tiada riaksi sedih atau pilu tergambar
diwajahnya namun disebalik hati kecil itu aku sedar perasaannya bukan seperti
yang digambarkan di wajahnya. Aku tahu rasa hatinya. Pilu, rindu, siksa dan
bermacam-macam lagi rasa yang kadanglaka tidak mampu aku rasai kerana aku tidk
pernah berjauhan dengan keluarga lebih dari 2 bulan. Ditinggalkan anak-anak,
suami dan kampung halaman demi mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada
anak-anak dan sedikit rezeki untuk dibalaskan kepada ibu bapanya yang berada di
kampung nun jauh di Sumatera Utara, Indonesia.
"Mak Mah rindu pada orang disana ke?" sedikit demi
sedikit aku cuba berempati terhadap diri Mah Mah. Aku harap dengan perkataan
'orang di sana' Mak Mah faham apa maksud tersirat dan tersurat dari sebaris
ayat itu. Nota Hipertensi yang aku baca tadi terus aku terbalikkan. Mata Mak
Mah mula berkaca. Aku mula jadi serba salah bertanyakan soalan sedemikian.
Suasana sepi dan sunyi seketika. Hanya bunyi pendingin udara sahaja yang
memenuhi ruang di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Sungai Buloh. 'Ya Allah,
kau ampunkanlah dosaku terhadap Mak Mah seandainya soalan aku itu menghiris
perasaannya.' bermonolog aq sendirian.
Sejurus selepas itu, ada reaksi di wajah letihnya.
Mengangguk tapi perlahan. Air jernih mula memenuhi ruang di kelompok matanya.
Aku cepat-cepat mengambil sapu tangan yang sentiasa aku bawa kemana-mana aku
pergi lalu memberikan kepadanya. Dia tidak terus mengambilnya sehingga setitik
air hangat singgah di pipinya. "Ya nak..Mak Mah rindu pada keluarga di
sana. Mak Mah rindu sangat-sangat. Teringin betul Mak Mah pegang anak-anak Mak
Mah, cium mereka. Luangkan masa bersama mereka". Begitu ikhlas dan jujur
pengakuannya namun suaranya tersekat-sekat tapi masih dapat aku fahami
maksudnya. Usianya berada di lubuk rezeki ini membuatkan selama sudah hampir 5
tahun membuatkan dia fasih berbahasa Malaysia. Aku tahu betapa sakitnya menahan
rindu pada orang yang kita sayang kerana aku pernah berjauhan dari keluarga
selama beberapa bulan tapi Mak Mah lebih lama. 5 tahun. Bukan satu waktu yang
singkat. Jika seorang penuntut Ijazah Perubatan mula pengajiannya sama tarikh
dengan tarikh Mak Mah datang ke Malaysia, pasti hari ini dia sudah bergelar
seorang Houseman ship atau doktor pelatih.
"Mesti anak-anak Mak Mah dah besar sekarang.
"agakku bagi memecah kesunyian yang sekian lama berkumpul di ruang udara.
"paling kecil berumur 7 tahun." jawabnya. Ya tujuh
tahun. Bermaksud semasa dia ditinggalkan dia berusia 2
tahun. Umur yang masih tidak tahu apa-apa. Jauh sekali untuk memahami maksud
perpisahan sementara sewaktu dia ditinggalkan. Sementara? Entah lah. Sementara
atau istilah lain yang sepatutnya aku gunakan untuk mengambarkan keadaan
dirinya. Tidakkah dia tahu erti rindu pada emaknya. Tidakkah dia dahagakan
kasih sayang seorang insan bernama ibu? Lengkapkah kehidupannya sebagai seorang
kanak-kanak yang sedang membesar tanpa ibu di sisi? Semua persoalan itu
menerjah kotak fikiranku. Boleh digantikan dengan istilah infinity. 'Ya Allah
Engkau hilangkanlah rasa susah hati dan gelisah dalam diri seorang hambamu ini'
bermonolog lagi dalam hati. Tapi kali ini lebih kepada mengharapkan permintaan
dari Allah.
To be continued….
No comments:
Post a Comment