Assalamualaikum..
Hari ni seperti
tarikh dan masa yang tercatar di atas..
Baru sahaja melepasi
peperiksaan akhir semester Tahun 2 Semester 1 dan sedang menunggu keputusan..
Sem depan aq dah nak
pgi praktikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ)
Terengganu di unit Farmasi..
Tiada sedikit
perasaan gentar mahupun berdebar kerana sebelum ni 2 semester berturut2 aq
pernah attachment di sana selama 2 minggu.. Jadi kebanyakan staff Penolong
Pegawai Farmasi (PPF), Provisionally Registered Pharmacist (PRP), dan
Pharmacist aq dah kenal dorang..
Tapi disini bukan aq
nak cerita pasal dorang tapi aq nak cerita tentang
BERUNTUNGNYA AQ
DILAHIRKAN SEMPURNA OLEH ALLAH DI DUNIA INI..
Kulihat seorang demi
seorang pesakit mengambil ubat.. Dari hujung kepala hingga hujung kaki aq
teliti.. Berbagai ragam dan berbagai bentuk pesakit.. Macam2 jenis penyakit..
Disitu terdetik dihati, "Ya, Allah..aq dengan serendah hati bersyukur
kepadamu aq dilahirkan sempurna fizikal seperti ini"..
Kadang2 sebak juga
datang bertandang… tapi ku simpan dalam hati.. Tak mampu aq zahirkan tangisan itu dan tak boleh
aq zahirkan tangisan itu kerana aq tidak boleh pancarkan ion2 negatif pada
mereka… apa yang mampu aq ucapkan pada mereka.. 'Pakcik makan ubat ni ikut masa
dan seperti yang diarahkan ye..nanti cepat sembuh..lepas sembuh pakcik perlu
rehat je kt rumah..tak perlu datang hospital lagi'.. Ku kuatkan bibir inii
untuk kuukir satu senyuman kepadanya.. Sungguh susah sebenarnya untuk seyuman
dalam tangisan.. Kata2 ku itu Cuma mainan psikologi sahaja.. Mana tidaknya,
setiap pesakit terutamanya pesakit jantung seperti Congestive Heart Failure
(CHF), Myocardia Infraction (MI) dan Angina tak boleh sembuh dalam masa sebulan
dua.. Jadi mereka perlu follow-up long term medicine.. Maafkan aq pakcik..
Tu tak temASUK lagi
Multiple Sclerosis (MS)… azabnya dapat aq rasa walaupun bukan aq yang
menanggungnya…
Corengan yang tak
seberapa...
No comments:
Post a Comment