Assalamulaikum…
Pada jam 7.50 pagi saya melaporkan diri di farmasi
utama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
8.00 am ~ 10.00
am :
Pada
hari ini ramai staff sibuk dengan persiapan perasmian Majlis Perlancaran 5s’ yang
akan berlangsung pada 8 Januari 2013 iaitu pada hari Selasa. Oleh itu, ketua
Penolong Pegawai Farmasi (U40), Encik Zamri belum sempat menyediakan jadual
saya untuk sepanjang tempoh berada di HSNZ sehingga tamat tahun 2 semester 2
ini.
Pada
mulanya kami dikehendaki mendaftarkan diri sebagai sebahagian kecil daripada
kakitangan HSNZ di bahagian latihan HSNZ yang dibawa oleh pelatih tahun 3
semester 1, Muslihah ke sana. Seterusnya kami dibawa meninjau setiap unit
farmasi yang ada di HSNZ seperti Jabatan Pelakit Luar (JPL), Farmasi Klinik
Pakar (ACC), unit Total Drug Monitoring (TDM), Total Parenteral Nutrition
(TPN), Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), stor integrasi, stor pusat, Farmasi
Utama, Satelit 4 dan 7, farmasi Trauma dan Kecemasan (A&E) dan unit
galenikal.
10.30 am ~ 1.00
pm :
Tugas
yang kami lakukan sepanjang hari di farmasi utama hanyalah menolong
melaksanakan perlancaran projek perasmian 5’s. Selain itu, ada juga saya menolong
pelajar dari Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) menyiapkan inden ubat Unit of
Use (UoU) dari farmasi satelit 7 seperti Simvastatin, Alfuzosin, Terazosin dan
Lactulose Syrup. Kami juga ada menyediakan stok ubat Unit of Dose (UoD). Jadi,
saya sudah tahu cara menggunakan mesin pencetak label bagi UoU dan UoD.
2.00 pm ~ 5.00 pm :
Sebelum
balik, saya menolong melipat jumpsuit yang telah digunakan semasa di unit TPN
dan CDR dengan cara betul oleh Encik Nazri untuk dihantar untuk dibersihkan
(sterile) oleh pihak Redicare.
Kesimpulan :
Walaupun
baru hari pertama saya melaporkan diri, banyak benda yang saya dapat belajar
pada hari ini. Justeru, ia membuatkan semangat saya untuk mempelajari perkara
baru atau perkara yang telah saya belajar secara teori semasa di kolej dapat
saya aplikasikan semasa di lapangan semakin membara.
No comments:
Post a Comment