Assalamualaikum…
Hari
ini saya datang ke hospital sangat awal. Tidak seperti semalam yang penuh
dengan kesesakan jalan. Saya punch card pada jam 7.05 am. Saya datang awal
kerana khuatir hari akan hujan. Maklumlah, sekarang musim hujan di pantai
timur. Bercakap tentang datang awal, saya teringat pada prinsip hidup seorang
ahli koprat Jepun iaitu bekerja sebelum matahari terbit dan berhanti kerja
selepas matahari terbenam. Mungkin itulah rahsia kejayaan Negara matahari
terbit itu pada hari ini. Namun, mampukah saya jadi seperti itu? Saya terfikir
sejenak..I’ll be…
8.00 am ~ 10.00
am :
Awal-awal
pagi lagi saya sudah berada di meja Encik Z, KPPF untuk dapatkan jadual namun jawapan masih sama seperti semalam. Saya faham
kesibukannya untuk menjayakan majlis perlancaran 5’s. Selepas itu saya terus ke
unit galenikal untuk membuat persiapan semperna majlis 5’s seperti yang saya
ceritakan semalam. Tidak saya nafikan suhu di unit galenikal sangat sejuk
tambahan pula dengan suhu di luar baru selepas hujan. Saya tidak fikir seperti
saya ada di Malaysia yang teletak di garisan khatulistiwa sekarang. Disebabkan
kerja yang banyak dan memerlukan pergerakan yang pantas dan mitokondria
menjalankan fungsinya dengan sempurna menyebabkan saya lupa akan kesejukan itu
buat seketika
.
10.30 am ~ 1.00
pm :
Saya
menghantar ubat yang di inden dari farmasi satelit 4 iaitu alcohol 70%,
Potassium Permanganate (KMnO4) dan aques cream. Setiap penghantaran
perlu ditandatangani pada borang inden oleh penolong pegawai farmasi (PPF) yang
bertugas di unit berkenaan. Selepas ubat-ubatan yang diinden sampai, ia akan
terus disusun di tempat yang sepatutnya bagi menggelakkan berlaku kekurangan
ruang memandangkan farmasi satelit sangat sempit ruangnya. Pada kebiasaannya
urusan menghantaran inden ini dilakukan oleh Pembantu Perawatan Kesihatan
(PPK), Encik N tetapi beliau sibuk menghias unit galenikal untuk 5s’.
2.00 pm ~ 5.00
pm :
Saya
diminta menyediakan inden ubat dari farmasi satelit 7. Berbekalkan ilmu yang
dipelajari semasa di kolej, saya dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan baik
walaupun ia memakan masa yang agak lambat. Tetapi, malangnya tiada siapa yang
ingin memuji saya. Haha.. Sebelum jam 3.30 petang saya sempat menyiapkan semua
inden itu dan menghantarnya
.
Kesimpulan :
Hari
ini tidak banyak seperti semalam perkara yang boleh saya pelajari mungkin
kerana pulang awal pada jam 3.30 pm dan mungkin juga disebabkan oleh kesibukan
staf farmasi membuat persediaan 5s’ sebelum majlis perlancaran pada hari selasa
ini.
Hari
ini merupakan hari Khamis, jadi petang ini saya balik awal. Gembira bukan
kepalang kurasakan. Tapi ku ingat panas sampai ke petang rupanya hujan di
tengah hari. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menyiapkan diari ini.
No comments:
Post a Comment