Assalamualaikum…
Saya
punch card pada jam 7.25 pagi. Saya fikir saya turun dari rumah pada jam 7.05
pagi. Hari ini saya mula dapat jadual tugasan sepanjang semester ini. Tidak
sabar rasanya untuk tahu unit pertama untuk ditempatkan.
8.00 am – 10.00
am
Hari
ini saya ditempatkan di Farmasi Klinik Pakar (FKP) atau dikenali sebagai
Ambulatory Care Center (ACC) selama 3 minggu bermula pada saat ini sehingga 24
Januari 2013 (Khamis). Mula-mula masuk ke ACC saya melaporkan diri kepada Puan
M (PPF U32). Bermula dari jam 8 pagi hingga 10.30 pagi saya hanya
‘filling’ ubat sahaja. Pesakit yang menunggu giliran untuk mengambil ubat
seperti biasa ramainya. Tidak saya nafikan dalam masa 2 jam saya bergerak tanpa
henti dan ia adalah sangat memenatkan kaki saya. Namun, bersyukurlah ruang
farmasi yang agak sempit menjadikan ianya tidak banyak langkah yang perlu saya atur
dan bazirkan untuk mencari sesuatu ubat namun letih tetap letih.
10.30 am – 1.00
pm
Baru
sahaja melepasi pintu masuk ke ACC PF TM meminta saya untuk ke
farmasi satelit 7 untuk mengambil Rosuvastatin. Tanpa membantah saya akur akan
arahan tesebut. Akur bukan bermakna saya seperti lembu dicucuk hidung tetapi
kerana mengikut arahan orang atasan. Sesampai
di lobi lif pada tingkat ground (G), saya lihat lif tidak berfungsi. Saya
dengan sangat dan amat berbesar hati memanjat tangga dari tingkat 1 hingga ke
tingkat 7 tanpa sebarang kompromi. Can U imagine that? Bermodalkan keletihan
kaki yang pagi tadi belum pun sempat hilang, saya mendaki tangga selangkah demi
selangkah dengan sebaiknya sambil menarik nafas dalam-dalam dan
menghembuskannya semula dengan gigihnya. Sesampai di tingkat 7 saya rasa sedikit
kejang pada otot peha saya. Kalau Ketoprofen transdermal ada mesti saya dah
pakai masa tu juga.
2.00 pm – 5.00
pm
Kerja..kerja..kerja
dan kerja seperti biasa. Itulah rutin harian saya setiap hari. Pernah juga saya
terfikir untuk mengikut Pegawai Farmasi Pelatih (PRP) ke Medical Therapy
Adherence Clinic (MTAC) tapi saya belum sempat mengemukakan hasrat saya kepada
Local Preceptor (LP) kerana beliau sangat sibuk. Mungkin esok atau lusa. Atau
mungkin juga tidak sama sekali saya menkhabarkan kepada LP. Ada juga saya
top-up ubat yang sudah melepasi paras minimum.
5.00 pm – 5.30
pm
“Student
sila KIV dulu untuk balik,” arah ketua Pegawai Farmasi unit ACC, Puan A (U54). Beliau meminta kami untuk mengangkat barang termasuk ubat-ubatan yang
berada di aras paling bawah ke atas rak kosong kerana ada maklumat mengatakan
pantai Terengganu akan mengalami Ribut Tropika Sonamo (TS). Ia dijangkakan
berlaku pada 8 Januari 2013 (Selasa). Jadi hari ini saya punch card pada jam
5.30 petang.
No comments:
Post a Comment