Assalamulaikum…
Pada
jam 7.50 pagi saya melaporkan diri di farmasi utama Hospital ABC
8.00
am ~ 10.00 am :
Pada hari ini ramai staff sibuk dengan
persiapan perasmian Majlis Perlancaran 5s’ yang akan berlangsung pada 8 Januari
2013 iaitu pada hari Selasa. Oleh itu, ketua Penolong Pegawai Farmasi (U40),
Encik Z belum sempat menyediakan jadual saya untuk sepanjang tempoh berada
di HABC sehingga tamat tahun 2 semester 2 ini.
Pada mulanya kami dikehendaki
mendaftarkan diri sebagai sebahagian kecil daripada kakitangan HABC di bahagian
latihan HABC yang dibawa oleh pelatih tahun 3 semester 1, Cik M ke sana.
Seterusnya kami dibawa meninjau setiap unit farmasi yang ada di HABC seperti
Jabatan Pelakit Luar (JPL), Farmasi Klinik Pakar (ACC), unit Total Drug
Monitoring (TDM), Total Parenteral Nutrition (TPN), Cytotoxic Drug
Reconstitution (CDR), stor integrasi, stor pusat, Farmasi Utama, Satelit 4 dan
7, farmasi Trauma dan Kecemasan (A&E) dan unit galenikal.
10.30
am ~ 1.00 pm :
Tugas yang kami lakukan sepanjang hari
di farmasi utama hanyalah menolong melaksanakan perlancaran projek perasmian
5’s. Selain itu, ada juga saya menolong pelajar dari Univerisiti Teknologi MARA
(UiTM) menyiapkan inden ubat Unit of Use (UoU) dari farmasi satelit 7 seperti
Simvastatin, Alfuzosin, Terazosin dan Lactulose Syrup. Kami juga ada
menyediakan stok ubat Unit of Dose (UoD). Jadi, saya sudah tahu cara
menggunakan mesin pencetak label bagi UoU dan UoD.
2.00
pm ~ 5.00 pm :
Sebelum balik, saya menolong melipat
jumpsuit yang telah digunakan semasa di unit TPN dan CDR dengan cara betul oleh
Encik N untuk dihantar untuk dibersihkan (sterile) oleh pihak Redicare.
Kesimpulan
:
Walaupun baru hari pertama saya
melaporkan diri, banyak benda yang saya dapat belajar pada hari ini. Justeru,
ia membuatkan semangat saya untuk mempelajari perkara baru atau perkara yang
telah saya belajar secara teori semasa di kolej dapat saya aplikasikan semasa
di lapangan semakin membara.
No comments:
Post a Comment