Assalamualaikum..
Hari
ini hari lahir emak saya yang ke-49. Happy birthday mom. Bangga ada emak
seperti beliau. Saya bertolak dari rumah pada jam 7.10 pagi kerana saya ingin
punch card sebelum jam 7.30 pagi supaya saya boleh pulang pada jam 4.30 petang
kononnya. Tetapi malangnya sesampai di hospital, pintu farmasi utama (tempat
saya punch card) masih belum dibuka kuncinya kerana kunci berada dengan orang
yang datang tepat pada jam 8.00 pagi. Jadi, hasrat saya untuk pulang awal
terpaksa saya lupakan dengan segera. Hampeh!!
8.00 pagi –
10.00 pagi
Masuk
ke ACC saya terus disuruh untuk menyimpan kembali barang yang dipunggah semalam
ke tempat asalnya. Selepas itu saya diminta untuk menukarkan bin card yang
bewarna pink kepada Buku Ubat Terkawal yang dikeluarkan oleh bahagian farmasi
HSNZ oleh PF Puan Amira. Ia tidaklah sesusah / serumit untuk dihandle tetapi
perlu memanjat kerusi untuk mengambil ubat yang tinggi kedudukannya. Selain
itu, rekod jumlah ubatyang ada perlu dalam kuantiti ‘biji’ bukan dalam kuantiti
‘kotak’.
10.30 am – 1.00
pm
Tugasan
sebelum ini iaitu merekod menggunakan buku baru diteruskan lagi sehingga rehat
pada jam 1.00 pm tetapi pada jam 11.30 am saya diminta menghantar ubat ke
Farmasi Pandu Lalu (Drive Thru) untuk diberikan kepada pesakit bagi membolehkan
pesakit yang sibuk dengan rutih harian mendapat bekalan ubat dengan lancar dan
mudah.
2.00 – 5.00 pm
Tugasan
pada 10.30 pagi tadi diteruskan sehingga siap kira-kira pada jam 3.00 pm.
Selepas itu semua staf farmasi yang
berada di ACC diminta menyimpan semua ubat yang ada didalam stor ACC untuk
dibawa ke unit Kawalan Kualiti (QC) yang berada di tingkat 2 pada bangunan yang
sama. Jam menunjukkan hampir 5.00 pm. Itu menunjukkan waktu untuk pulang. Semua
staf ingin pulang pada masa yang sepatutnya. Jadi semua bekerjasama untuk
menyiapkan tugasan dengan cepat. Operasi mengangkut barang termasuk peti sejuk
yang mengisi ubat berakhir pada jam 5.30 petang.
Rumusan :
Disini
dapat saya lihat bagaimana aktiviti cold-chain dilaksanakan dimana sebelum peti
sejuk diangkat ke tingkat 2, semua ubat yang memerlukan penyimpanan pada suhu
2-8 °C diletakkan didalam bekas gabus dan diletakkan bersama ice-pack.
No comments:
Post a Comment