Assalamualaikum..
Hujan renyai-renyai membasahi muka
bumi 10 minit sebelum saya meninggalkan rumah untuk ke hospital. Keadaan jalan
yang sesak adalah perkara yang biasa sepertimana sebelum ini. Saya berazam
untuk punch card pada jam sebelum 7.30 pagi kerana saya ingin pulang ke rumah
pada jam 4.30 petang. Itu azam saya pada hari ini.
8.00 am – 10.00 am :
Kerja semalam masih saya lakukan
iaitu memindahkan rekod dari bin card ke Buku Rekod Ubat Terkawal (Controlled
Drug). 1 jam kemudian baru dapat saya siapkan semua rekod ubat controlled.
Kemudian bin card lama dibungkus dalam 1 kotak untuk disimpan. Selepas itu saya
‘filling’ ubat. Ekoran daripada kerja semalam (kerja mengemas dan memindahkan
ubat ke tingkat 2), banyak ubat yang terpaksa dihentikan untuk diberikan kepada
pesakit kecuali pesakit sanggup untuk menunggu dalam tempoh 15 minit lagi.
10.30 am – 1.00 pm
Kerja-kerja ‘filling’ masih terus
berjalan. Untuk tempoh 30 minit kemudian saya top-up ubat yang kurang sehingga
jam 12.30 pm kerana ubat dari tingkat 2 yang disimpan semalam baru sahaja
dibawa turun semula. Mulanya saya bercadang untuk dapatkan fail meja PPF dari
Puan M (U36) kerana beliau yang in charge semua perkara berkaitan PPF
tetapi disebabkan banyak kerja, saya tangguhkan dahulu hasrat saya untuk
berbuat demikian.
2.00 pm – 5.00 pm :
Setelah rehat selama 1 jam, pada sebelah
petang saya mengambil peluang untuk belajar melabel ubat-ubat Sistem
Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Drive Thru dengan PPF TA. Ada
banyak perkara yang saya dapat belajar daripada beliau namun tidak semua
perkara sempat saya dapat kerana ada beliau ada perkara lain perlu diselesaikan
pada waktu dan ketika itu. Apa yang saya perasan, pada hari ini segalanya
memudahkan. Contohnya label Metformin yang khusus untuk Metformin sahaja. Cuma
yang membezakan adalah nama pesakit dan tarikh ubat pada label.
1 jam sebelum pelang saya meminta
untuk dapatkan fail meja PPF untuk dimasukkan dengan Puan M untuk
dimasukkan ke dalam laporan saya di unit ini. Tanpa disedari jam telah melepasi
4.30 pm semasa saya mendengar azan Asar berkumandang dari masjid berhampiran.
Tanpa membuang masa saya mengambil keputusan untuk sembahyang asar dahulu
sebelum punch card sebelum pulang.
Kesimpulan :
SPUB ialah apabila seorang pesakit
ingin mengambil ubat di klinik kesihatan / hospital berdekatan. Jadi kakitangan
farmasi yang bertugas di hospital asal perlu menyediakan ubat berkenaan dan
akan diambil oleh kakitangan dari hospital / klinik kesihatan berkenaan untuk
didispen kepada pesakit di hospital tersebut beberapa hari sebelum pesakit
datang mengambil ubat.
No comments:
Post a Comment