adverlet atas


Jan 1, 2011

aq bukan anak mama dan papa


“Iinalillah hi waiina ilai hi rajiuun..badannya sudah dimakan binatang. Mungkin anjing”..aku dapat dengar suara seorang lelaki usianya dalam linkungan 30-an mengucapkan kata-kata itu kepada aku. “badannya sudah haru-biru..mungkin tempoh kematiannya sudah melebihi 24 jam..”seorang wanita cuba menganalisis tempoh kematian aku. Mungkin dia seorang pakar forensik atau yang berkaitannya dengannya. Dapat aku lihat ada ramai orang yang kerumuni jasadku. Semakin lama semakin ramai. Sungguh ramai. Aku rasa macam mereka menjumpai seekor makhluk asing yang terdampar di muka bumi bertuah ini.
                Aku ingat lagi masa pertama mama dan papa aku berjumpa. Di Dataran Shah Bandar pada malam tahun baru awal tahun hari tu. Mama kenal dengan papa melalui Sofea, kawan mama. Masa tu mama gembira sangat. Mama rasa dunia ini mama yang punya. Mama berjalan kehulu kehilir dengan papa sementara menunggu detik 12.00 malam. Papa rangkul pinggang mama. Papa cubit pipi mama. Mama biarkan sahaja. Mama bermanja dengan papa. Kelakuan mama dan papa macam orang bukan beragama Islam. Aku pasti mama dan papa tidak kenal erti dosa dan pahala pada waktu itu. Ye la. Lalau mama dan papa sedar semua itu adalah dosa, mama dan papa takkan buat itu semua. Perangai mama dan papa semakin manjadi-jadi sehingga sanggup bercumbuan di tempat terbuka. Ada yang tidak senang melihat gelagat mama dan papa tapi apa yang mama dan papa hiraukan. Papa cakap kubur masing-masing. Aku rasa papa berfikir kalau dia diseksa dalam kubur pun takde orang yang terganggu. Sebab itu papa cakap macam tu. Kadang-kadang aku tidak faham dengan perangai mereka berdua.
                Beberapa minit lagi detik 12.00 malam akan tiba. Mama dan papa duduk di tepi benteng menunggu percikan bunga api. Mama dan papa tak henti-henti berborak kosong. Gelagatnya seperti sepasang suami isteri yang bercinta selapas berkahwin. Mudahnya mama terpikat pada papa. Pada kata-kata manis lelaki sedayus papa. Murahnya maruah mama sehingga sanggup membiarkan diri mama diperlakukan macam-macam oleh papa. Aku lihat percikan bunga api sebanyak beberapa kali. Sungguh cantik dan indah. Seindah kata-kata papa semasa mula-mula mereka berjumpa tadi. Bentuk dan warna yang sangat sempurna. Warna dan bentuk itulah yang aku harapkan setelah aku dilahirkan ke dunia ini tapi itu semua hanyalah mimpi kosong sahaja.
                Selesai sahaja pertunjukkan bunga api itu ramai orang beransur pulang. Suasana di atas jalan raya sangat sibuk. Sesibuk kejadian di alam ini tetapi teratur. Mama mengajak papa balik tetapi sekali lagi papa memujuk mama dengan ayat-ayat manis yang kadangkala aku muak dan loya mendengarnya. Apa yang papa bisikkan di telinga papa pun aku tak dapat dengar. Mungkin papa ajak papa ke mana mana. Mama hanya angguk sahaja. Bodohnya mama teriama pelawaan papa. Mama menaiki motosikal papa. Duduk di belakang papa. Memeluk papa dengan erat dan kuat. Lebih kuat daripada daya tarikan val der waals. Habis Nampak lurah mama bila dia menaiki motosikal dengan papa. Mama fikir dia yang paling seksi dan bergaya sebab itu papa tertarik pada mama. Papa bawa motosikal macam roket yang dipandu oleh Dr Sheikh Muzapha yang nak ke ISS. Entah kemana papa nak bawa mama. Entah-entah ke bulan juga. Aku yang duduk dalam badan mereka berdua pun takut dengan cara pemanduan papa.                           
                                                                                                                                                         [to be continued…]
Akhirnya mereka tiba di sebuah rumah kosong. Tahulah aku apa mereka mahu buat. Sungguh bodoh mereka kan? Aku tidak rasa pun mama tuhu malam itu adalah hari mama subur kerana 14 hari sebelum itu graafian follicle mama telah pecah dan menyebabkan secondary oocytes mama memasuki tiub fallopian melalui proses resapan.
Mama relakan papa menodai diri mama. Tidak ada rasa bersalah sedikit pun dalam diri mama dan papa. Mama dan papa malah berasa seronok dan puas dengan semua itu. Dengan alas an mama mahu mununjukkan cinta sejati mereka berdua. Cinta sejati? Cepatnya mama jatuh cinta dengan papa. Cepatnya mama percaya pada papa yang asal keturunannya daripada baka mana. Entah-entah papa pun macam aku. Anak luar nikah yang berpeluang masih hidup di atas muka bumi ini kerana tidak dibuang merata tempat. Cuma bezanya dengan aku adalah mama dan papa dah buang aku. Dan aku mati. Bukan malam itu sahaja mama dengan papa berzina tapi boleh dikatakan setiap hujung minggu. Sungguh memalukan perangai mama dengan papa.
Seminggu selapas tahun baru, aku menempel di dinding uterus mama. Sungguh tidak selesa sekali aku rasa. Sempit dan gelap. Mungkin sesempit  dan segelap kubur mama dan papa bila mereka mati nanti. Minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Usia aku semakin meningkat  dan badan aku semakin membesar. Mama cukup risau bila dia tidak datang bulan selama dua bulan. Selama dua bulan ini, mama tidak mengalami alahan apa-apa. Mama pergi bekerja seperti biasa.
To be continued….

customer online

jangan klik kanan