adverlet atas


Sep 16, 2013

Perlaburan dan rasa ego...

aq pernah ditawarkan peluang perlaburan suatu ketika dahulu
16 April 2013 tarikhnya
oleh seorang Pegawai Farmasi U44 di hospital aq..
tapi masa tu aq aq ego..
ego aq setinggi langit..mengalahkan ego presiden Amerika..
aq cakap padanya aq dah cukup duit belanja tiap2 bulan walaupun dalam bank saving tak smpai RM 10..
aq fikir dia just nak tipu aq (yang ni aq cakap dalam hati je)..
kononnya elaun RM 800 sebulan dah cukup untuk aq enjoy..
tapi belum sampai ditengah bulan aq ikat perut..
manahan kelaparan disaat orang lain sedang enak menjamu selera..
(sebab tu klo waktu lunch aq akan ke library..kerja aq TIDO..tapi itu semua hanya alasan aq)
semenjak elaun aq naik, aq bukan lagi aq yang dulu..
kasut baru, baju baru..
hampir setiap minggu aq akan beli semua tu selagi kad debit aq masih boleh diterima kat mana2 outlet  AL-ikhsaN, adidas, Converse..
masa duit aq kering aq baru teringat pada dia...
dia yang pernah aq abaikan pertolongan yang dia cuba hulurkan kepada aq..
masa tu baru aq malu sendirian..
aq Tanya balik pada dia tentang pelaburan yang pernah dia tawarkan kepada aq dulu..
dia tak marah..
dia masih seperti dulu..
sentiasa menghulurkan tangan untuk menolong sesiapa sahaja yang perlukan pertolongan..
aq mula melabur dengan syarikatnya..
sekarang aq bukan seperti dahulu..
Allah permudahkan rezeki aq..
Duit aq cukup tiap-tiap bulan..
Aq boleh beribadat dengan duit itu..
Rezeki itu bukan rezeki aq sorang sahaja
Rezeki itu rezeki peminta sedekah,,
Rezeki untuk masjid,,
Rezeki untuk orang susah..
Dengan satu pertolongan dia dah berjaya ubah hidup aq kepada jalan Allah..
Terima kasih tuhan kerana temukan aq dengan dia..

Dan sekarang giliran aq untuk menolong orang lain juga..
Aq hanya berkongsi,,
Aq tidak memaksa orang untuk join investment ni..
Aq tidak dapat 1 sen pon duit anda jika anda melabur bersama saya
Dan juga aq tidak rugi satu sen pon jika anda menolak perlaburan ini..
Pernah Robert T.Kiyosaki berkata dalam bukunya..
“jika anda terlalu NEGATIF tentang perlaburan dan jika perkara itu boleh membuatkan aq susah untuk tidur malam, lebih baik anda hanya simpan duit anda di bank sebagai fixed deposit (FD)..jangan pernah melabur.. perlaburan hanya dicipta untuk orang yang berani ambil risiko..orang yan g hanya berani untuk gagal..”
Ya, dulu aq juga seperti itu..terlalu negative tentang perlaburan..fikir aq, orang yang membuat perlaburan hanya orang yang ingin menipu semua orang..
Tiada orang yang berjaya dalam dunia ini yang tidak pernah gagal..


Sep 13, 2013

hukum karma

Hari ni genap sebulan hari pertama dia gantung aq tak bertali (aritu janji dah tak nak pikir lagi pasal dia..)..2 minggu lepas dia mesej aq..meneragkan apa yang berlaku selama ini (tp aq rasa itu sume hanya alasan dia tp aq dah tak nak ambik kisah) dan hari ni jugak dah seminggu aq di tempat baru..Klinik selepas 8 bulan berada di hospital.. 1st day still can’t adapt with everything new tp aq masih mempositifkan diri dan sekarang aq enjoyed di tempat baru..

Hari ketiga aq di klinik, aq Nampak dia menuruni van hospital..tidak pasti apa yang dibuatnya di klinik aq.. ambik sampel darah agaknya..aq blah pergi minum air kt sbelah cetak walaupun pagi tu dah breakfast..tak sanggup aq tengok muka dia lagi (atau aq sedang cuba untuk lari dari masalah??).. petang tu dia mesej.. tulisnya “ saya ke klinik awak tadi tapi staff kt situ cakap tak tahu awak pergi mana..saya ingat nak jumpa awak sekejap..tapi takde rezeki la tu..myb next time. Nampak moto awak je parking kt sbelah farmasi tu”

Lepas tu aq reply dgn perasaan yang sangat annoying + hipokrit tahap dewa : “ooh..ye ke? Saya pergi hantar buku rekod temujanji pesakit tadi kat bilik doktor.. sekarang saya buzy sikit la kt klinik ni (walaupun daripada pkol 8.00 am ~ 5.00 pm aq lagi banyak ddk relax dari buat kerja)..tapi awak jangan risau..walaupun saya tak mesej awak, tapi saya  nak awak tahu saya sentiasa ingat kat awak setiap jarum, jam beredetik (ambik kau, ayat novel dah keluar)..24 jam 7 hari seminggu ok?..ada rezeki kita jumpa..awak jaga diri tau..”


p/s : aq percaya pada hukum karma, dan jika suatu hari nanti karma ini datang balik kepada aq, aq dah bersedia..tp sekarang aq rasa puas bila aq dapat buat macam ni pada kau…padan muka kau..aq sekarang dah terlebih bahagia bila hidup aq dah single balik..

Aug 28, 2013

ajari aq untuk lupakan mu...



Going lunch alone at cafĂ© hospital @3.00 pm lepas ‘bergelut’ dengan pesakit…dah memang sah2 tkde orang kt cafe sbb sume org dh start buat kja masing2 lps lunch pkol 1 pm td…tgh2 syok makan nasi ayam ala2 feeling kt the chicken rice shop tetibe…. Aq bau something…bau yg aq sangat kenal..perfume tu…perfume yg aq pnah bg kat kau Februari lepas.. 2 bulan selepas perkenalan kita…dan hari2 kau pakai walaupun aq tak minta untuk kau pakai…aq masih ingat bau perfume tu…masih segar dalam fikiran aq…walaupun dah 5 hari kau menghilang diri dan  kira2 hampir seminggu kau gantung perhubungan kita tak bertali… aq pandang sekeliling..mencari-cari sesuatu…namun aq hampa..tiada orang disitu termasuk pekerja cafe…tp dari mana bau perfume tu datang? Ya Allah, rindunya aq pada dia..

p/s : kepada KAU, kalau kau masih ada di skeliling aq, tolong la balik semula kepada aq, aq merayu.. kalau aq ada buat salah pada kau aq minta maaf…ataupun ni salah satu strategi kau untuk praktiskan diri aq kehidupan tanpa kau di sisi since esok last day aq d hospital?? At least tolong bagi cara untuk aq lupakan kau…bukan seksa aq macam ni…

Jul 16, 2013

investment dan manusia negative thinker...


Assalamualaikum...

Dari dulu kau asyik tnye aq macam mana aq boleh dapat income RM 4,000 tiap2 bulan (post ni bukan untuk meriakkan diri aq sebab aq tahu duit tu semua bukan untuk aq, mungkin duit itu digunakan untuk mak cik gerai bazaar Ramadhan, pak cik mekanik kereta, rezeki untuk masjid dan lain-lain)…hamper setiap minggu kau tanya aq soalan ni tapi aq diam..aq tkmo jawaab soalan kau tu..aq simpan je sorang-sorang dalam hati senyap-senyap..seiklahsnya, bukan aq kedekut untuk berkongsi macam mana aq boleh dapat duit sebanyak tu tiap-tiap bulan tapi jika aq berkongsi benda ni kau kau aq takut kau tak boleh terima..dan hari ni setelah aq fikir masak2 semalam, aq berterus terang pada kau…YA, AQ BUAT INVESTMENT..dan diasaat aq membuat pengakuan itu dan aq nampak kau seperti bersemangat untuk tahu apakah jenis investment yang aq buat yang sehinggakan aq boleh kumpulkan RM 50,000 dalam masa setahun semantara masih bergelar pelajar…tapi disaat orang ketiga turut mendengar perkara ni dan bila dia mula menghasut engkau, kau sudah menjadi seperti lalang..kau mudah berubah bak kata pepatah sekali ombak bah, sekali pantai berubah…fikiran kau terlalu negative untuk menerima pelaburan yang sedang aq buat sedangkan kau juga yang beria bertanyakan aq apa kerja yang aq buat selama  ini.. seriously, kat hati aq tkde sikit pon rasa sedih, kecewa atau marah pada kau dan orang ke 3 itu sebab syarikat investment tu tak bayar aq RM 0.01 pon kalau kau masuk perlaburan ni dan aq tak rugi 1 sen pon kalau kau tak berminat nak melabur seperti mana aq dan beberapa ratus orang lagi yang buat pelaburan ini… bagi aq, mngkin bukan rezeki engkau lagi…aq just berkongsi  benda ni kt kau sebab aq piker aq nak tolong kau…tolong untuk keluar dari kesusahan..

p/s : doakan semoga aq jadi orang kaya dalam masa muda ni supaya aq dapat tolong orang-orang yang susah kat luar sana..

From : Mr. SuperSomething

Jun 1, 2013

New released Post 2013


Assalamualaikum...

New released!!! acece..dh macam buat album je aq rsa nk main release2 pulak ni..nak dipendekkan cerita macam ni, since aq punya blog utk tahun 2013 ni x brape aktif sangat, so, aq decide aq nak backup la balik ketidak aktifan itu untuk korang kan...haha..setelah pikir punya pikir, kaji punya kaji, selidik punya selidik, timba punya timba, satu penemuan baru telah aq dapat..haha...dah macam eksperiment yang menjumpai ubat untuk melawan HiV dan AIDS pulak aq rasa..

Mcm ni, kan sepanjang aq praktikal start bulan 1 hari tu kt ospital [mesti korang x tau pon yg aq ni praktikal kan tahun ni? ye la, bukan salah korang sebab aq yg x update blog sepanjang 6 buln ni kan unless korang yang ada stalker aq kt facebook..baca status2 yang kadanglaka palsu (ewww, tolong la...tkde spe nk stalker kau syafiq, dorg pgi mengaji Quran lagi bagus dari stalker kau kt facebook...hah..)..] byk bbeno kurungan tu..

Back to the truth…kan sepanjang aq praktikal selama 5 bulan ni aq perlu tulis diari setiap hari bekerja dari pkol 8 pagi smpai pkol 5 petang apa yg aq buat di hospital kan…ya, termasuk apa sahaja even kena buli, x puas hati dgn staff atau whatsoever yang aq rasa nak tulis aq akan tulis dalam diari tu tapi untuk dimasukkan ke dalam blog ni aq akan sensorkan lah sebab aq takmo la ada yang terbaca dan cakap kt hati dia “eeh, macam syafiq cakap kt aq je ni..” then, at the end of the day, aq jugak yang menjejaskan silat-turun-rahim dengan mereka-mereka kan…haha

Aq decide nak release yang tu je la kt blog aq tu ikot tarikh yg aq buat tu la..so, ada beberapa langkah sebelum korang baca (macam nak main masak-masak pulak)

  1. Ayat aq dalam diari tu skema giler..jauh bebeno bahasa aq dengan ayat dalam blog ni..haha…mcm ayat dlm kamus dewan bahasa dan pustaka,

  1. Dalam diari tu ada banyak pasal ubat-ubat (korang boleh blajar ubat la lepas ni kan mgantikan aq kat ospital sebab aq rasa macam nak bersara dah dari bidang ni..), third

  1. Ia adalah diari dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang smata mata...takde maknanya aq nak tulis yang weekend punye sebab time tu aq tengan buat urutan Pedicure dan manicure (chessss!!!..myampah..)

Takde hape dah aq nak berseloroh kat sini…aq pikir dengan post ni klo korang rasa korang nak amik EXAM PERATURAN dah boleh lulus dah.. gred A tu aq x konfem la..btw, have a nice day…Salam

From : Mr SuperSomething (“.)

May 29, 2013

Tips cantik : satu pelaburan?

Assalamualaikum...

setelah sekian lama tidak mengepost hari ini ku kuatkan semangat untuk terus mengepos post yang seterusnya...berbekalkan masa beberapa puluh minit sebelum masuk waktu zohor ni, sempat la aq nk bg tips siket,, tp AWAS !!! seandainya kau rasa post ni adalah untuk meriakkan diri aq, sila la halakan mouse tu kt penjuru kanan atas tu yg ada tanda 'X' tu sekarang...

terima kasih kerana tidak mengikut seperti arahan terakhir tersebut (dah macam robot..haha)..let's start our journey guys... first, saya lelaki? so? saya metroseksual (terus terang)...that's y kenapa saya sanggup share post ni dengan korang...sebab saya ada pengalaman...bukan ciplak ok..tapi asli kaw2 punyer...

sejak masuk tahun 2013 ni ramai yang cakap aq dah berubah? OMG...he's change...isra' mikraj la..haha...katanya berubah dari segi wajah...no need to mention la apa yang dorang komenttg wajah aq ni...malu...tp secara jujurnya aq nak cakap...untuk dapatkan seperti mana yang aq ada sekarang bukan senang...maksudnya banyak pengorbanan yang perlu aq korbankan...seperti?

1. KEWANGAN...
since aq study ni aq dapat elaun tiap2 bulan, so, bagi aq takde la beban sangat kot untuk aq laburkan at least RM 200 / month untuk semua ni dan sekarang aq tkde komitmen..no gf, no car, no house, no loan dan no semualah... so, ia sedikit sebanyak membolehkan aq berbelanja duit aq ke jalan yang kearah ke'glemeran' (enjoy la maksud aq)..haha...dengan 200 tu aq guna untuk beli vitamin A, B, C, D, gingko (ni bukan vitmin kulit tp untuk memori dan ia berkesan bagi aq)...berbalik kepada vitamin tu, aq bukan beli yang multivitamin tu tp beli yang satu-satu..contohnya vitamin C 1 botol, vitamin B satu botol dan lain2...even aq sekarang tengah praktikal kt farmasi hospital kerajaan, aq tak ambik la vitamin tu sumer sebab kandungan vitamin tu tak secompleks vitamin yang beli kt farmasi luar la...dari 200 ringgit tu, ada la 150 habis kearah itu dan selebihnya untuk kegunaan luaran seperti foam, scrub, losyen dan lain2...macam pompuan kan? yes!! lelaki metroseksual memang macam tu...tapi satu je kekurangan fizikal yang masih lagi belum sempurna..bergaya (klik sini)...kalau part dalaman tu tak perlu la aq nak mention kat sini kan...biarlah rahsia...haha

2. PENGORBANAN
hampir semua orang kat kolej aq ada kapel masing-masing even he is lesbian or gay...dorg pon ada hatid an perasaan tau cuma tak tahu dimana silap dan salahnya..kecuali aq dan beberapa orang yang taste nye lain macam sikit... HIGH AND EXCLUSIVE TASTE... seriously, this is me..bukan senang aq nak jatuh cinta pada orang tp topik ni nanti esok lusa aq karang di lain post.. so, berkaitan masa, apa yang aq nak tekankan kt sini, pengorbanan tu sangat penting, sangat memerlukan kesabaran yang tinggi dan sangat sakit tapi ingat.disebalik kepahitan itu tetap akan ada kemanisan walaupun secalit... setakat ni pengorbanan yang aq buat contohnya,

i)     aq tkde gf, so masa aq takde terbuang nak layan kerenah budak perempuan 24 jam, then aq x tengok          tv sebab masa yang ada aq guna untuk study dan disaat orang lain study,

ii)     aq membuta tepat pada jam 11.00 malam..tak kira walaupun esemen tak siap (tapi biasanya aq akan siapkan jugak pada siang hari dari 7 pagis sampai 11 malam) sebab bagi aq tidur itu sangat-sangat penting..kalau kau kenal aq, aq memang suka tido...waktu tido aq adalah pada waktu lunch dan pkol 11 tu je..tapi waktu dalam kelas biasanya aq tak tido la sebab malam tu aq dah cukup tido 7~8 jam...salah satu faktor kulit seseorang tu nampak kusam dan tak bermaya adalah kerana kurang rehat...cuba korang tengok apa-apa kerjaya yang memerlukan komitment kerja lebih 16 jam sehari, tengok la kulit dia tp tak semua la..klo jenis yang make-up tu tak nmpak la kot.. tido jugak dapat la lambatkan korang nampak tua.. anti-aging la kirannya...klo korang rasa ragu apa yang aq cakap ni boleh je mengoogle..

iii)   aq x makan pedas, berminyak, terlalu manis dan terlalu masin, kacang tanah, budu dan belacan... part ni klo aq citer kat orang melayu mesti dorang buat mata keatas tangan kat bahu...nyampah mak jemah..haha..kalau aq termakan pon aq akan minum air mineral banyak-banyak sampai aq tido...seriusly bila aq makan esoknya aq akan rasa x berapa la selesa sangat kt muka ni..ada je bukit-bukit yang bakal tumbuh dan sekali lagi aq minum air masak lagi banyak-banyak sebab nya? ntah..aq pikir bila aq dah minum air banyak-banyak ni senang la toksik nak dibuang kan...tapi tu teori aq sendiri jangan ikut...
pernah la ada orang cakap, hidup aq sangat x nikmat bila aq x makan semua makanan tu tapi bagi aq biarlah kenikmatan itu tiada asalkan aku dapat capai kepuasan..cik kak yang comel, anda harus ingat, kenikmatan menikmati makanan berminyak, pedas dan sealiran dengannya mudah membawa kepada penyakit seperti? diabetes mellitus, kolestrol, jantung dan lain-lain... so, fikir-fikir la 3 4 5 6 7 8 9 10 kali sebelum nak buat muka cenggitu lagi kt aq..wekkk...

iv)   dah takde dah rasanya pengorbanan aq ni...3 je dah cukup..tp ingat !! walaupun siket tapi bukan sumer orang mampu buat tau...kadang2 aq pon rase macam nak give-up tp bila teringatkan Kak Ton, bersemangat siket...tp aq pikir model2 yang kat luar sana tu lagi banyak pengorbanan kot...

aq fikir setakat tu je la yang aq mampu nak karang...nanti klo aq rasa nak edit lagi, aq panjangkan sikit lagi...ok...btw, have a nice day guys..bye..

From : Mr. SuperSomething

Apr 22, 2013

Suasana kerja vs orang-orangnya


Assalamualaikum…
Firstly, entry ni lebih kepada nak mengumpat la..atau mungkin juga lebih kepada luahan  dari suara kecil ini...maaf klo entry kli ni tkde joke nk buat sbb I’m not in the mood now…maafkan aq untuk kedua kalinya…myb korang still lagi tertanya-tanya kenapa x buat je time ada mood happy tu? Sbb aq pikir idea aq lebih mrncurah-curah lagi banyak sekarang berbanding esok atau lusa..

This week aq attach kt unit terakhir ni(no need to mention which unit it is)…last unit make me upset sebab aq pikir orang yang annoying giler time aq attach kt first unit before this pon ada kt unit tu…Ya Allah, apakah ini cubaan yang kau berikan untuk aq supaya aq menjadi orang yang lebih tabah dan sabar?...

First day ok lagi,  everything gone smoothly…second day, pagi ok lagi, start nak masuk afternoon aq rsa macam radio buruk sudah memulakan siaran bahasa tamilnya yang aq x pernah faham (aq pikir korang yg baca nip on mmg sure x paham apa yang aq mgarut ni)..sorry for this entry…myb korang pikir apa yg aq tulis ni mgarut giler.. tp seriously aq cakap, aq rsa sedih + marah + ngnatok sangat sekarang…so, I don’t know how to explain my feeling right now…

p/s : aq dah mula untuk berfikiran positif sejak 2 bulan lepas…that’s why aq pikir aq x dapat nak karang entry yg kearah keburukan…sorry guys (maaf yg ke lima)..doakan supaya aq cepat sembuh dari kedukaan ini…

Apr 5, 2013

time management...and i know about it?

Assalamualaikum...

For a very long time I did not post any entry almost 4 month...I miss to write.. writing which can be a history for my old day..haha...sebenarnya hari2 aq menaip...mengarang...memerah otak untuk menulis....menulis apa yang berlaku setiap hari kepada aq..setiap saat perkara yang berlaku, aq catat...tapi itu semua hanyalah di dalam draft. knp? kerana hasil kerja itu merupakan titik peluh aq dan juga sebahagian daripada esemen aq.. so, aq x lh sewanang2 nak 'lancarkan; kt dalam blog ni sebab I might afraid if someone copy my work and put it as her/his assignment...sory jika ada yang membaca blog ni yang terasa (masalahnya, ada org baca ke hah?)

back to the tittle.: why I choose such that tittle? sebabnnya aq pikir aq dah boleh manage masa dengan lebih baik sekarang...tapi belum cekap lagi...aq fikir sejak tahun 2013 ni aq dah boleh buat semua benda yang aq suka...contohnya klo malam2 tu boleh la jugak aq belek2 nota sem2 lepas, then lepas tu siapkan esemen sampai mata aq mengantuk ataupun aq mula menguap (mana2 satu yg dahulu bagi isyarat la...lepas tu dan2 tu jugak aq pgi tido), pegi jogging (time kt kolej tak pernah2 aq nak buat bnda ni sbb kt kolej blagak macam ala2 budak medik la study 24 jam sbb terambik aura budak UiTM sebelah kos perubatan but I hate such that life yg membuatkan aq x kenal orang2 dari kos lain, x smpat nak borak2 dan sembang2 dengan dorang, boleh kata banyak benda la yg aq terlepas time kt kolej dlu tp aq x pnah pon rasa apa yg aq buat kt kolej tu rugi sbb aq puas dan bersyukur dgn pointer yg aq dapat sepanjang aq ada kt kolej dlu....) dan byk lagi la bnda yg aq dapat buat termasuk aq dapat menaip post ni malam ni walaupun mata ni dah bagi amarah hijau dah untuk kali yang ke 150vjuta (x perlu kot nk citer semua kan?..hehe)..

tu je la aq rasa nak citer kali ni...masa untuk bermimpi sampai ke bintang...harap2 malam ni aq mimpi konvo PhD kt Havard U..berangan dari dulu sampai sekarang...x pernah sudah2 kan....haha...cuci mata siket...

Dinner @restoran matahari... sponsor by : En Zamri (PPF U40)

Jan 8, 2013

[Praktikal] 08012013 @Selasa


Assalamualaikum..
            Hujan renyai-renyai membasahi muka bumi 10 minit sebelum saya meninggalkan rumah untuk ke hospital. Keadaan jalan yang sesak adalah perkara yang biasa sepertimana sebelum ini. Saya berazam untuk punch card pada jam sebelum 7.30 pagi kerana saya ingin pulang ke rumah pada jam 4.30 petang. Itu azam saya pada hari ini.

8.00 am – 10.00 am :
            Kerja semalam masih saya lakukan iaitu memindahkan rekod dari bin card ke Buku Rekod Ubat Terkawal (Controlled Drug). 1 jam kemudian baru dapat saya siapkan semua rekod ubat controlled. Kemudian bin card lama dibungkus dalam 1 kotak untuk disimpan. Selepas itu saya ‘filling’ ubat. Ekoran daripada kerja semalam (kerja mengemas dan memindahkan ubat ke tingkat 2), banyak ubat yang terpaksa dihentikan untuk diberikan kepada pesakit kecuali pesakit sanggup untuk menunggu dalam tempoh 15 minit lagi.

10.30 am – 1.00 pm
            Kerja-kerja ‘filling’ masih terus berjalan. Untuk tempoh 30 minit kemudian saya top-up ubat yang kurang sehingga jam 12.30 pm kerana ubat dari tingkat 2 yang disimpan semalam baru sahaja dibawa turun semula. Mulanya saya bercadang untuk dapatkan fail meja PPF dari Puan M (U36) kerana beliau yang in charge semua perkara berkaitan PPF tetapi disebabkan banyak kerja, saya tangguhkan dahulu hasrat saya untuk berbuat demikian.

 2.00 pm – 5.00 pm :
            Setelah rehat selama 1 jam, pada sebelah petang saya mengambil peluang untuk belajar melabel ubat-ubat Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Drive Thru dengan PPF TA. Ada banyak perkara yang saya dapat belajar daripada beliau namun tidak semua perkara sempat saya dapat kerana ada beliau ada perkara lain perlu diselesaikan pada waktu dan ketika itu. Apa yang saya perasan, pada hari ini segalanya memudahkan. Contohnya label Metformin yang khusus untuk Metformin sahaja. Cuma yang membezakan adalah nama pesakit dan tarikh ubat pada label.

            1 jam sebelum pelang saya meminta untuk dapatkan fail meja PPF untuk dimasukkan dengan Puan M untuk dimasukkan ke dalam laporan saya di unit ini. Tanpa disedari jam telah melepasi 4.30 pm semasa saya mendengar azan Asar berkumandang dari masjid berhampiran. Tanpa membuang masa saya mengambil keputusan untuk sembahyang asar dahulu sebelum punch card sebelum pulang.

Kesimpulan :
            SPUB ialah apabila seorang pesakit ingin mengambil ubat di klinik kesihatan / hospital berdekatan. Jadi kakitangan farmasi yang bertugas di hospital asal perlu menyediakan ubat berkenaan dan akan diambil oleh kakitangan dari hospital / klinik kesihatan berkenaan untuk didispen kepada pesakit di hospital tersebut beberapa hari sebelum pesakit datang mengambil ubat.

Jan 7, 2013

[Praktikal] 07012013 @Isnin


Assalamualaikum..
            Hari ini hari lahir emak saya yang ke-49. Happy birthday mom. Bangga ada emak seperti beliau. Saya bertolak dari rumah pada jam 7.10 pagi kerana saya ingin punch card sebelum jam 7.30 pagi supaya saya boleh pulang pada jam 4.30 petang kononnya. Tetapi malangnya sesampai di hospital, pintu farmasi utama (tempat saya punch card) masih belum dibuka kuncinya kerana kunci berada dengan orang yang datang tepat pada jam 8.00 pagi. Jadi, hasrat saya untuk pulang awal terpaksa saya lupakan dengan segera. Hampeh!!

8.00 pagi – 10.00 pagi
            Masuk ke ACC saya terus disuruh untuk menyimpan kembali barang yang dipunggah semalam ke tempat asalnya. Selepas itu saya diminta untuk menukarkan bin card yang bewarna pink kepada Buku Ubat Terkawal yang dikeluarkan oleh bahagian farmasi HSNZ oleh PF Puan Amira. Ia tidaklah sesusah / serumit untuk dihandle tetapi perlu memanjat kerusi untuk mengambil ubat yang tinggi kedudukannya. Selain itu, rekod jumlah ubatyang ada perlu dalam kuantiti ‘biji’ bukan dalam kuantiti ‘kotak’.

10.30 am – 1.00 pm
            Tugasan sebelum ini iaitu merekod menggunakan buku baru diteruskan lagi sehingga rehat pada jam 1.00 pm tetapi pada jam 11.30 am saya diminta menghantar ubat ke Farmasi Pandu Lalu (Drive Thru) untuk diberikan kepada pesakit bagi membolehkan pesakit yang sibuk dengan rutih harian mendapat bekalan ubat dengan lancar dan mudah.

 2.00 – 5.00 pm
            Tugasan pada 10.30 pagi tadi diteruskan sehingga siap kira-kira pada jam 3.00 pm. Selepas itu semua staf  farmasi yang berada di ACC diminta menyimpan semua ubat yang ada didalam stor ACC untuk dibawa ke unit Kawalan Kualiti (QC) yang berada di tingkat 2 pada bangunan yang sama. Jam menunjukkan hampir 5.00 pm. Itu menunjukkan waktu untuk pulang. Semua staf ingin pulang pada masa yang sepatutnya. Jadi semua bekerjasama untuk menyiapkan tugasan dengan cepat. Operasi mengangkut barang termasuk peti sejuk yang mengisi ubat berakhir pada jam 5.30 petang.

Rumusan :
            Disini dapat saya lihat bagaimana aktiviti cold-chain dilaksanakan dimana sebelum peti sejuk diangkat ke tingkat 2, semua ubat yang memerlukan penyimpanan pada suhu 2-8 °C diletakkan didalam bekas gabus dan diletakkan bersama ice-pack.

Jan 6, 2013

[Praktikal] 06012013 @Ahad


Assalamualaikum…
            Saya punch card pada jam 7.25 pagi. Saya fikir saya turun dari rumah pada jam 7.05 pagi. Hari ini saya mula dapat jadual tugasan sepanjang semester ini. Tidak sabar rasanya untuk tahu unit pertama untuk ditempatkan.

8.00 am – 10.00 am
            Hari ini saya ditempatkan di Farmasi Klinik Pakar (FKP) atau dikenali sebagai Ambulatory Care Center (ACC) selama 3 minggu bermula pada saat ini sehingga 24 Januari 2013 (Khamis). Mula-mula masuk ke ACC saya melaporkan diri kepada Puan M (PPF U32). Bermula dari jam 8 pagi hingga 10.30 pagi saya hanya ‘filling’ ubat sahaja. Pesakit yang menunggu giliran untuk mengambil ubat seperti biasa ramainya. Tidak saya nafikan dalam masa 2 jam saya bergerak tanpa henti dan ia adalah sangat memenatkan kaki saya. Namun, bersyukurlah ruang farmasi yang agak sempit menjadikan ianya tidak banyak langkah yang perlu saya atur dan bazirkan untuk mencari sesuatu ubat namun letih tetap letih.

10.30 am – 1.00 pm
            Baru sahaja melepasi pintu masuk ke ACC PF TM meminta saya untuk ke farmasi satelit 7 untuk mengambil Rosuvastatin. Tanpa membantah saya akur akan arahan tesebut. Akur bukan bermakna saya seperti lembu dicucuk hidung tetapi kerana mengikut  arahan orang atasan. Sesampai di lobi lif pada tingkat ground (G), saya lihat lif tidak berfungsi. Saya dengan sangat dan amat berbesar hati memanjat tangga dari tingkat 1 hingga ke tingkat 7 tanpa sebarang kompromi. Can U imagine that? Bermodalkan keletihan kaki yang pagi tadi belum pun sempat hilang, saya mendaki tangga selangkah demi selangkah dengan sebaiknya sambil menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya semula dengan gigihnya. Sesampai di tingkat 7 saya rasa sedikit kejang pada otot peha saya. Kalau Ketoprofen transdermal ada mesti saya dah pakai masa tu juga.

2.00 pm – 5.00 pm
            Kerja..kerja..kerja dan kerja seperti biasa. Itulah rutin harian saya setiap hari. Pernah juga saya terfikir untuk mengikut Pegawai Farmasi Pelatih (PRP) ke Medical Therapy Adherence Clinic (MTAC) tapi saya belum sempat mengemukakan hasrat saya kepada Local Preceptor (LP) kerana beliau sangat sibuk. Mungkin esok atau lusa. Atau mungkin juga tidak sama sekali saya menkhabarkan kepada LP. Ada juga saya top-up ubat yang sudah melepasi paras minimum.

5.00 pm – 5.30 pm
            “Student sila KIV dulu untuk balik,” arah ketua Pegawai Farmasi unit ACC, Puan A (U54). Beliau meminta kami untuk mengangkat barang termasuk ubat-ubatan yang berada di aras paling bawah ke atas rak kosong kerana ada maklumat mengatakan pantai Terengganu akan mengalami Ribut Tropika Sonamo (TS). Ia dijangkakan berlaku pada 8 Januari 2013 (Selasa). Jadi hari ini saya punch card pada jam 5.30 petang.

Jan 3, 2013

[Praktikal] 03012013 @Khamis


Assalamualaikum…

            Hari ini saya datang ke hospital sangat awal. Tidak seperti semalam yang penuh dengan kesesakan jalan. Saya punch card pada jam 7.05 am. Saya datang awal kerana khuatir hari akan hujan. Maklumlah, sekarang musim hujan di pantai timur. Bercakap tentang datang awal, saya teringat pada prinsip hidup seorang ahli koprat Jepun iaitu bekerja sebelum matahari terbit dan berhanti kerja selepas matahari terbenam. Mungkin itulah rahsia kejayaan Negara matahari terbit itu pada hari ini. Namun, mampukah saya jadi seperti itu? Saya terfikir sejenak..I’ll be…

8.00 am ~ 10.00 am :
            Awal-awal pagi lagi saya sudah berada di meja Encik Z, KPPF untuk dapatkan jadual namun jawapan masih sama seperti semalam. Saya faham kesibukannya untuk menjayakan majlis perlancaran 5’s. Selepas itu saya terus ke unit galenikal untuk membuat persiapan semperna majlis 5’s seperti yang saya ceritakan semalam. Tidak saya nafikan suhu di unit galenikal sangat sejuk tambahan pula dengan suhu di luar baru selepas hujan. Saya tidak fikir seperti saya ada di Malaysia yang teletak di garisan khatulistiwa sekarang. Disebabkan kerja yang banyak dan memerlukan pergerakan yang pantas dan mitokondria menjalankan fungsinya dengan sempurna menyebabkan saya lupa akan kesejukan itu buat seketika
.
10.30 am ~ 1.00 pm :
            Saya menghantar ubat yang di inden dari farmasi satelit 4 iaitu alcohol 70%, Potassium Permanganate (KMnO4) dan aques cream. Setiap penghantaran perlu ditandatangani pada borang inden oleh penolong pegawai farmasi (PPF) yang bertugas di unit berkenaan. Selepas ubat-ubatan yang diinden sampai, ia akan terus disusun di tempat yang sepatutnya bagi menggelakkan berlaku kekurangan ruang memandangkan farmasi satelit sangat sempit ruangnya. Pada kebiasaannya urusan menghantaran inden ini dilakukan oleh Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK), Encik N tetapi beliau sibuk menghias unit galenikal untuk 5s’.

2.00 pm ~ 5.00 pm :
            Saya diminta menyediakan inden ubat dari farmasi satelit 7. Berbekalkan ilmu yang dipelajari semasa di kolej, saya dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan baik walaupun ia memakan masa yang agak lambat. Tetapi, malangnya tiada siapa yang ingin memuji saya. Haha.. Sebelum jam 3.30 petang saya sempat menyiapkan semua inden itu dan menghantarnya
.
Kesimpulan :
            Hari ini tidak banyak seperti semalam perkara yang boleh saya pelajari mungkin kerana pulang awal pada jam 3.30 pm dan mungkin juga disebabkan oleh kesibukan staf farmasi membuat persediaan 5s’ sebelum majlis perlancaran pada hari selasa ini.
            Hari ini merupakan hari Khamis, jadi petang ini saya balik awal. Gembira bukan kepalang kurasakan. Tapi ku ingat panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menyiapkan diari ini.

Jan 2, 2013

[Praktikal] 02022013 @Rabu


Assalamulaikum…

Pada jam 7.50 pagi saya melaporkan diri di farmasi utama Hospital ABC

8.00 am ~ 10.00 am :
          Pada hari ini ramai staff sibuk dengan persiapan perasmian Majlis Perlancaran 5s’ yang akan berlangsung pada 8 Januari 2013 iaitu pada hari Selasa. Oleh itu, ketua Penolong Pegawai Farmasi (U40), Encik Z belum sempat menyediakan jadual saya untuk sepanjang tempoh berada di HABC sehingga tamat tahun 2 semester 2 ini.

          Pada mulanya kami dikehendaki mendaftarkan diri sebagai sebahagian kecil daripada kakitangan HABC di bahagian latihan HABC yang dibawa oleh pelatih tahun 3 semester 1, Cik M ke sana. Seterusnya kami dibawa meninjau setiap unit farmasi yang ada di HABC seperti Jabatan Pelakit Luar (JPL), Farmasi Klinik Pakar (ACC), unit Total Drug Monitoring (TDM), Total Parenteral Nutrition (TPN), Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), stor integrasi, stor pusat, Farmasi Utama, Satelit 4 dan 7, farmasi Trauma dan Kecemasan (A&E) dan unit galenikal.

10.30 am ~ 1.00 pm :
          Tugas yang kami lakukan sepanjang hari di farmasi utama hanyalah menolong melaksanakan perlancaran projek perasmian 5’s. Selain itu, ada juga saya menolong pelajar dari Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) menyiapkan inden ubat Unit of Use (UoU) dari farmasi satelit 7 seperti Simvastatin, Alfuzosin, Terazosin dan Lactulose Syrup. Kami juga ada menyediakan stok ubat Unit of Dose (UoD). Jadi, saya sudah tahu cara menggunakan mesin pencetak label bagi UoU dan UoD.
2.00 pm ~ 5.00 pm :
          Sebelum balik, saya menolong melipat jumpsuit yang telah digunakan semasa di unit TPN dan CDR dengan cara betul oleh Encik N untuk dihantar untuk dibersihkan (sterile) oleh pihak Redicare.

Kesimpulan :
          Walaupun baru hari pertama saya melaporkan diri, banyak benda yang saya dapat belajar pada hari ini. Justeru, ia membuatkan semangat saya untuk mempelajari perkara baru atau perkara yang telah saya belajar secara teori semasa di kolej dapat saya aplikasikan semasa di lapangan semakin membara.

1st day praktikal


Assalamulaikum…
Pada jam 7.50 pagi saya melaporkan diri di farmasi utama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
8.00 am ~ 10.00 am :
            Pada hari ini ramai staff sibuk dengan persiapan perasmian Majlis Perlancaran 5s’ yang akan berlangsung pada 8 Januari 2013 iaitu pada hari Selasa. Oleh itu, ketua Penolong Pegawai Farmasi (U40), Encik Zamri belum sempat menyediakan jadual saya untuk sepanjang tempoh berada di HSNZ sehingga tamat tahun 2 semester 2 ini.
            Pada mulanya kami dikehendaki mendaftarkan diri sebagai sebahagian kecil daripada kakitangan HSNZ di bahagian latihan HSNZ yang dibawa oleh pelatih tahun 3 semester 1, Muslihah ke sana. Seterusnya kami dibawa meninjau setiap unit farmasi yang ada di HSNZ seperti Jabatan Pelakit Luar (JPL), Farmasi Klinik Pakar (ACC), unit Total Drug Monitoring (TDM), Total Parenteral Nutrition (TPN), Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), stor integrasi, stor pusat, Farmasi Utama, Satelit 4 dan 7, farmasi Trauma dan Kecemasan (A&E) dan unit galenikal.
10.30 am ~ 1.00 pm :
            Tugas yang kami lakukan sepanjang hari di farmasi utama hanyalah menolong melaksanakan perlancaran projek perasmian 5’s. Selain itu, ada juga saya menolong pelajar dari Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) menyiapkan inden ubat Unit of Use (UoU) dari farmasi satelit 7 seperti Simvastatin, Alfuzosin, Terazosin dan Lactulose Syrup. Kami juga ada menyediakan stok ubat Unit of Dose (UoD). Jadi, saya sudah tahu cara menggunakan mesin pencetak label bagi UoU dan UoD.
2.00 pm ~ 5.00 pm :
            Sebelum balik, saya menolong melipat jumpsuit yang telah digunakan semasa di unit TPN dan CDR dengan cara betul oleh Encik Nazri untuk dihantar untuk dibersihkan (sterile) oleh pihak Redicare.
Kesimpulan :
            Walaupun baru hari pertama saya melaporkan diri, banyak benda yang saya dapat belajar pada hari ini. Justeru, ia membuatkan semangat saya untuk mempelajari perkara baru atau perkara yang telah saya belajar secara teori semasa di kolej dapat saya aplikasikan semasa di lapangan semakin membara.

Jan 1, 2013

Tahun 2013 & Style tulisan


Assalamualaikum…
Korang sihat walafiat? Of course right?

Kt sini aq nak explain sikit la pasal style blogging tahun 2013 ni...bukan nak explain sikit. Tapi banyak ok? Keep reading okey baby?

Mungkin post untuk tahun ni korang pikir, ayat aq skema + ber'saya' + macam ayat budak skolah yang kena paksa buat karangan 250 patah perkataan kan.. Haha...btw, tu semua ada betolnya jugak.,.tapi satu benda yang aq mintak..PLEASE DON'T COPY MY RIGHT!!! Aq perah sendiri  tau hotak aq ni nak tulis sampai siapkan semua tu..korang ingat senang ke nak fikir one by one werd tu sampai 250 patah perkataan? Tak mudah bukan?

Firstly, tahun 2013 ni aq dah start praktikal @ Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kt department Pharmacy. Kalau nak tau best ke x menerjunkan diri dalam bidang farmasi as a Diploma holder, baca la post aq stiap hari.. Every day aq akan update kecuali Jumaat, sabtu dan public hoiday kecuali aq kerja hari tu..okey?

Kenapa ayat mesti skema? Sebabnya stiap apa yang korang baca, yang tu jugak as my assignment..yg tu jugak aq hantat kt lecturer aq tiap2 bulan okey?that's y aq warning..jgn copy nk letak kt esemen korg sesuka hati ye...

Corengan dari hati yang penat memerah otak.

customer online

jangan klik kanan