adverlet atas


Mar 30, 2011

Bitara punya lesen by JPJ...

Mar 16, 2011

wasiat S utk A

Ni wasiat dari S untuk A sebelum S mulakan perjalanan S sebagai seorang mahasiswa dan seorang ahli farmasi. Lepas ni S harap A x lupakan S sampai bila2 walaupun A dah ada orang tersayang.. S sayangkan hubungan kita..sayang sangat2..sebut pasal sayang ni,,dulu S pernah cakap kat A pasal cinta kan???S mintak A jangan bercinta lgi masa zaman persekolahan ni..ye la kan,,nak focus kat pelajaran.. nanti lepas A masuk matrik@universiti baru boleh bercinta dan masa tu A akan kenal apa erti cinta sebenar.. cinta zaman sekolah ni macam cinta monyet je.. tkde maknanya..rugi tu adalah.. nantikan klo A asyik bercinta masa sekolah ni kan,, A akan menyesal bila A tamat sekolah kalau keputusan spm A teruk..sumpah!!!S x tipu pom..macam kawan S kan,, masa sekolah dia bercinta pastu masa dapat result spm dia dapat result truk giler waalupun dia duduk kelas 5A tahun lepas..pastu abih musnah la masa depan dia…A jangan nakal2 kat sekolah tau..kalau nak buat sesuatu,,fikir dulu benda tu baik ke x…S sayang A..sayang sangat2....buatkan keluarga,,kawan kawan dan S bangga ada A…realisasikan impian A untuk jadi seorang doctor..A jangan padam fb nim eeyyykkk???klo x,,, S x leh contact A lg dah..S harap sangat tau..salam sayang dari S untuk A yang paling dsayangi…keep in touch!!!jaga diri baek2..S sayang kamoooo…..jangan pernah tangisi pemergian S dari pandangan mata A….bye…

AWAK,, SAYA TAHU MASIH ADA CINTA ANTARA KITA.


SAYA INGAT LAGI MASA SAYA PERTAMA KALI NAMPAK AWAK.. MASA TU AWAK BARU JE NAK AMBIL AIR SEMBAHYANG UNTUK SEMBAHYANG ZOHOR.. SAYA TENGOK JE KAT AWAK TAPI AWAK TAK PERASAN.. BETUL CARA AWAK AMBIL AIR SEMBAHYANG TU.. KADANG-KADANG SAYA TENGOK KAWAN-KAWAN  AWAK AMBIL AIR SEMBAHYANG BUKANNYA BETUL SANGAT.. SAYA NAK TEGUR TAPI TAKUT DILABEL SEBAGAI BERLAGAK SEPERTI SERBA TAHU.. SAYA PENDAM JE LAH RASA TU.. SETIAP KALI NAMPAK AWAK,, SAYA PERHATI AWAK DARI JAUH..

ADA SATU HARI TU SAYA TIDAK PERASAN ADA LONGKANG DI DEPAN SAYA.. AWAK NAK TAHU KENAPA? SEBAB SAYA PERHATIKAN AWAK.. PERHATIKAN GERAK LANGKAH AWAK.. AWAK KETAWAKAN KAT SAYA.. MEMANG TU PERANGAI AWAK KAN? SUKA TERTAWAKAN ORANG DISAAT ORANG JATUH.. BUKANNYA MAHU TOLONG TAPI KETAWA JE AWAK PANDAI.. DAH LAH AWAK KETAWA TU KUAT SAMPAI ADA YANG PERASAN YANG SAYA JATUH LONGKANG.. DARIPADA TAKDE ORANG YANG TAHU HAL TU SAMPAI ADA YANG TAHU SAYA JATUH LONGKANG.. NASIB BAIK MEREKA TOLONG SAYA.. KALAU NAK HARAPKAN AWAK? SAYA RASA SAMPAI KIAMAT PUN AWAK TAKKAN TOLONG SAYA.. MALUNYA SAYA.. TAPI SAAT ITU JUGA SAYA TAHU AWAK SEDAR AKAN KEHADIRAN SAYA DALAM SEKOLAH TU WALAUPUN AWAK TAK TAHU SAYA MINAT KAT AWAK.. GEMBIRANYA SAYA MASA TU.. TERIMA KASIH LONGKANG KERANA TANPA LONGKANG ITU MUNGKIN AWAK TAKKAN KENAL SAYA SAMPAI BILA-BILA..

SEJAK HARI TU, SETIAP KALI AWAK TERSEMPAK DENGAN SAYA, AWAK MESTI AKAN CAKAP “JALAN BAIK-BAIK TAU, NANTI JATUH BANGUN SENDIRI.”.. SETIAP KALI AWAK LAFAZ AYAT ITU SAYA HANYA MAMPU TERSENYUM WALAUPUN DALAM HATI SAYA INGIN MENYATAKAN YANG SAYA MINAT PADA AWAK.. TAPI SAYA TAK MAMPU DAN SAYA TAKUT AWAK TIDAK AKAN DAPAT TERIMA HAKIKAT YANG SAYA ANGGAP AWAK LEBIH DARI SEORANG.. SAYA SABARKAN DIRI SAYA.. SAYA PUJUK HATI SAYA YANG TERSEKSA INI UNTUK BERTAHAN.. SAYA BELUM KENAL AWAK BETUL-BETUL CUMA SAYA DAPAT INFORMASI TENTANG AWAK DARI KAWAN-KAWAN AWAK.. NASIB BAIK MEREKA YANG MEMBERI INFORMASI TIDAK PERASAN YANG SAYA MINAT KAT AWAK.. OH, LUPA.. SAYA KAN BAKAL SEORANG PEGUAM.. JADI,, SAYA MESTI PANDAI MEMUTARKAN BELIT CERITA UNTUK DAPATKAN FAKTANYA..

AWAK INGAT TAK MASA HARI KANTIN TU, SAYA PANGGIL AWAK UNTUK BERBORAK-BORAK DENGAN SAYA TAPI AWAK JUAL MAHAL.. AWAK CAKAP SAYA NAK MENGORAT AWAK.. SAYA TAHU AWAK BERGURAU.. TAPI ALANGKAH BAGUSNYA KALAU AWAK TAHU ITULAH HAKIKATNYA.. SAYA CAKAP AWAK PERASAN JE LEBH.. LEPAS TU AWAK TAK DUDUK LAGI KAT MEJA YANG SAYA DUDUK TU.. LEPAS SAYA NAK BAGI AWAK AIR OREN BARULAH AWAK DUDUK.. SOMBONGNYA AWAK.. SEPANJANG AWAK DUDUK SEMEJA DENGAN SAYA HARI TU,, SAYA RASA CEPAT SANGAT MASA BERLALU.. JANTUNG SAYA JUGA TAK HABIS-HABIS BERDEGUP KENCANG.. TIBA-TIBA SAYA BERANIKAN DIRI UNTUK TANYA SOAL PERIBADI AWAK.. MACAM-MACAM SAYA TANYA KAN? SAMPAI AWAK INGAT SAYA MAHU JADI POLIS.. SATU DEMI SATU SAYA TANYA AWAK.. DARI SOALAN TU LAH SAYA DAPAT KENAL DIRI AWAK DENGAN LEBIH MENDALAM.. SAYA RASA DEKAT SANGAT DENGAN DIRI AWAK.. TERIMA KASIH AWAK ATAS SEMUA JAWAPAN YANG AWAK BAGI KAT SAYA TU..

SAYA ADA JUGAK CAKAP KAT AWAK YANG SAYA NAK KENAL AWAK DENGAN LEBIH RAPAT TAPI AWAK MACAM TAK SUKA JE SAYA CAKAP MACAM TU..  SAYA TAK TAHU AWAK FAHAM ATAU TAK APA MAKSUD ‘KENAL DENGAN LEBIH RAPAT’ YANG SAYA CAKAP TADI.. SAYA ADA JUGA RASA BERSALAH BILA SAYA TANYA AWAK SOALAN TU.. MAAFKAN SAYA KALAU AWAK RASA SOALAN SAYA TU MEMBUATKAN AWAK RASA TIDAK SELESA.. LEPAS TU SAYA BIARKAN JE LAH AWAK PERGI ENTAH KEMANA..  SAYA TAK MAMPU NAK TAHAN AWAK SEBAB NANTI APA PULA KATA AWAK..
SEJAK PERISTIWA HARI KANTIN ITU,, SAYA RASA ADA KELAINAN DALAM DIRI AWAK.. AWAK LANGSUNG TAK TEGUR SAYA MACAM BIASA.. TENGOK SAYA PUN AWAK TAK NAK.. SAYA RASA HIDUP SAYA BUKAN SEPERTI HARI-HARI BIASA.. SUNYI DAN BOSAN SEPANJANG HARI.. SAYA RINDU GURAUAN AWAK.. RINDU SANGAT-SANGAT.. KALAU AWAK BOLEH RASA SEKSA YANG SAYA TANGGUNG NI,, SAYA RASA AWAK TAKKAN MAMPU TANGGUNGNYA.. SAKIT.. SAYA RASA LEBIH SAKIT BILA AWAK BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN.. SETIAP KALI SAYA DENGAR RADIO,, LAGU-LAGU DALAM RADIO TU MACAM MEMUTARKAN TENTANG KISAH HIDUP SAYA.. MACAM LAGU PERGI YANG DINYANYIKAN OLEH AIZAT..

 UNTUK PENGETAHUAN AWAK SAYA SEORANG YANG SANGAT SENSITIF.. LEBIH-LEBIH LAGI DENGAN ORANG YANG SAYA SAYANG.. SAYA CEMBURU TENGOK AWAK BERMESRA DENGAN MEREKA.. SAYA RASA MACAM NAK BUNUH JE SEMUA ORANG YANG CUBA BERCAKAP DENGAN AWAK TU.. SAYA BUAT MACAM TU SEBAB SAYA TAKUT KEHILANGAN AWAK DALAM HIDUP SAYA WALAUPUN SAYA TAHU AWAK BUKAN MILIK SAYA SEPENUHNYA SEKARANG TAPI SAYA PERCAYA SAYA BOLEH DAPATKAN AWAK KALAU ITU TAKDIRNYA.. SAYA TAKUT MEREKA MENGHASUT AWAK ATAU MENUNDUKKAN AWAK KE JALAN YANG SALAH.. SAYA TAK NAK ORANG YANG SAYA SAYANG JADI MACAM TU.. KALAU BENAR PUN,, SAYA AKAN BIMBING AWAK BALIK KE PANGKAL JALAN BALIK WALAU APEPUN CARANYA TERMASUK KORBANKAN APA YANG SAYA ADA HANYA UNTUK AWAK..

SETIAP KALI SAYA NAMPAK AWAK DARI JAUH,, SAYA RASA DIRI AWAK BUKAN SEPERTI DULU.. AWAK DAH LAIN,, AWAK SEMAKIN GARANG DAN MUKA AWAK SEMAKIN SERIUS.. SAYA TAKUT TENGOK MUKA AWAK.. TAPI MUNGKIN  TU HANYA PERASAAN SAYA JE.. DAN PERKARA YANG TIDAK PERNAH BERUBAH DALAM DIRI SAYA IALAH PERASAAN SAYANG SAYA TERHADAP AWAK TIDAK PERNAH TERPADAM DARI DALAM HIDUP SAYA.. KALAU RASA TU BERKURANG PUN,, SAYA AKAN ANGGAP AWAK KAWAN BAIK SAYA JE DAN TAKKAN JADI MUSUH SAYA.. AWAK MESTI TAHU PERKARA TU..

MINGGU LEPAS MASA PERHIMPUNAN SAYA NAMPAK AWAK ASYIK JE TONGOK KAT SAYA.. AWAK TENUNG MATA SAYA.. TENUNG DALAM-DALAM.. TAPI SAYA EGO KAN?? SAYA BUAT TAK TAHU JE KAT AWAK… MUNGKIN SAYA JANGGAL LAGI KAT AWAK SEBAB HAL HARI TU.. KAWAN SAYA ADA CAKAP YANG ADA BUDAK LELAKI TEMGOK KAT SAYA.. SAYA BUAT-BUAT TANYA PADA KAWAN SAYA SIAPA YANG TENGOK KAT SAYA.. SAYA TAHU AWAK YANG TENGOK.. KALAU SAYA DIBERI KEKUATAN PADA MASA TU,, SAYA AKAN TENUNG WAJAH AWAK LAMA-LAMA.. SAYA AKAN TENUNG MATA AWAK DALAM-DALAM SUPAYA APA YANG SAYA CAKAP DALAM HATI SAYA SAMPAI PADA AWAK.. AWAK,, HATI SAYA SELALU MERINTIH YANG SAYA SAYANG AWAK.. TAPI SAYA TAK MAMPU UNGKAPKAN AYAT ITU PADA AWAK.. SAYA TAKUT..

SEMALAM SAYA PERASAN AWAK DAH MULA SENYUM KAT SAYA.. SAYA TAK FAHAM APA MAKSUD SENYUM AWAK TU.. ADAKAH SENYUM TU SENYUM SEORANG SAHABAT ATAU SENYUM SEORANG YANG MEMERLUKAN KASIH SAYANG.. SAYA GEMBIRA SANGAT BILA AWAK DAH MULA TEGUR SAYA.. SAYA SUKA PERUBAHAN POSITIF DALAM DIRI AWAK ITU... WALAU APEPUN AWAK ANGGAP SAYA SEKARANG,, SAYA AKAN ANGGAP AWAK SEBAGAI KAWAN SAYA JE.. TAK LEBIH DARI TU SEBAB SAYA TAKUT PISANG BERBUAH DUA KALI.. KALAU BENDA TU BERLAKU SEKALI LAGI PUN,, SAYA TAKKAN PUTUS ASA UNTUK TUNGGU AWAK CURI HATI SAYA NI.. CUMA SAYA PERLU BERSABAR DAN BERSABAR..

aq sayang dia


“KRING,,,,”..
Loceng berbunyi..ramai pelajar tingkatan empat Sentosa mengusung beg yang beratnya kira-kira empat kilogram. Masing-masing menuju ke pintu pagar utama. Macam-macam gelagat dapat dilihat. Ada yang berebut-rebut untuk menaiki bas dan ada juga yang menaiki motosikal menuju keluar dari perkarangan sekolah. Namun, tidak ketinggalan ada juga yang masih belum berangkat pulang. Mungkin mereka mahu menyiapkan kerja sekolah ataupun belajar berkumpulan.

                Tidak ketinggalan juga Putri Nur Anisa yang masih berada dalam kelas lima Sentosa. Berseorangan. Gadis berdarah kacukan Malaysia Jerman itu masih setia dengan buku biologinya. Diselaknya sehelai demi sehelai kulit buku bewarna hijau kuning itu dari kulit ke kulit. Entah apa yang dicarinya. Kemudian dia menyimpan buku tersebut di dalam beg. Gadis  bermata galak itu melangkah menuju ke kafe dan memesan segelas air ‘fresh orange’ dan sepinggang mee goreng.

“Terima kasih..” ucap Nisa kepada penjaga kafe itu beserta senyuman.

 Walaupun dia seorang anak doktor dan peguam, dia tidak sesombang pelajar yang sama taraf kemewahan dengan keluarganya. Banyak mata yang melihat Putri Nur Anisa. Tidak ketinggalan juga ada yang memanggil namanya dengan menggoda. Namun, itu semua sudah biasa bagi dirinya. Dia tidak melayani semua layanan tersebut bukan kerana dia sombong tetapi dia tidak mahu dilabel oleh orang sekeliling sebagai ‘perempuan murahan.’

*********************************************************************************
“Nisa ni ada bunga untuk engkau.” Kata Zaimah, rakan sekelasnya.

“Kawan kita ni dah ada peminat.hahahaha,”
 hingar bingar satu kelas dengan suara gelak tawa kawan-kawannya.

“Hish korang ni,,mana ada..kawan je lar..” marah Nisa dengan suara halus.

 Nisa keluarkan kad dari celah bunga mawar putih itu.
‘selamat ulang tahun yang ke-15..
dari :- Jiman.’

“Jiman mane pulak ni?? Tapi yang pastinya hari jadi aku lambat lagi..lima bulan lagi..”
bisik Nisa dalam hati. Dia tergelak sendirian.

*********************************************************************************
“Hoi,,termenung jauh Nampak.”jerkah Harris.

“opocot Jiman ku sayang..”lantah Nisa. Mukanya merah padam.

Harris dan ketawa berdekah-dekah hingga ada antara pelajar yang tidak senang dengan sikapnya. Tapi tidak dipedulikannya. Diteruskan ketawanya.

“Ish ko ni,,aku baru nak berangan sikit ko dah sakat aku..” marah nisa..mukanya mencuka.

“alahai sayang, jangan la marah,,gurau pon tak boleh ke?” balas Harris dengan suara yang ala-ala macho.
Setiap kali Nisa teringatkan kisah kad itu dia asyik tergelak sendirian. Hingga hari ini dia masih tidak kenal siapa Jiman sebenarnya.

Harris, lelaki yang sangat suka menyakat Nisa walaupun dimana-mana Nisa berada.
Harris pelajat tingkatan lima Adrenal yang berbadan sasa dan lelaki melayu tulen cukup terkenal dengan kenakalannya mengusik pelajar perempuan di sekolahnya termasuk Nisa.

“ape sayang-sayang..get out from here and I want to continue my lunch..menyakat orang je kerja dia..” marah Nisa dengan suara sedikit mengada.

“okey sayang ku,,jumpa lagi.Jiman kirim salam” Haris berlalu pergi.

“wait!!”harris berhenti melangkah.

” Ape yang awak cakap? Jiman? Siapa jiman tu??”Tanya Nisa dengan rasa ingin tahu.

“Jiman? Bila masa pulak saya sebut nama tu?”Harris melemparkan senyum sinis kepada Nisa.

“Awak jangan pura-pura tak tahu la..saya dengar awak sebut nama Jiman tadi,”
Nisa menegakkan pendiriannya.

“Balik nanti pergi hospital atau mana-mana ‘specialist hospital’ untuk buat x-ray kat telinga tu..mane la tau ada batu bersumbat di lubang telinga awak tu.”ejek Harris.

“Awak ingat saya pekak ke hah ? Sistem pendengaran saya masih elok la,”marah Nisa.
Nisa sempat mencebikkan bibirnya  kepada Harris sebelum Harris berlalu pergi.

“Mak cik, bungkuskan air jambu bati untuk saya satu,”
pesan Nisa selepas dia menghabiskan makan tengah harinya tadi.

“Tadi lelaki tampan tu siapa?boyfriend ke?”
Tanya Mak Cik Rosmah selepas dia membawa minuman yang dipesan Nisa tadi.

‘boyfriend?’ perkataan itu yang membuatkan Nisa hampir tersedak ketika sedang sedap meminum air jambu batu.

“Orang macam tu nak buat boyfriend? Mati hidup semula pon saya takkan sanggup jadi pakwe dia.”balas Nisa dengan nada sinis.

********************************************************************************
Begitulah kehidupan Nisa dari sehari ke sehari.
Dan perkara yang tidak pernah lupa untuk terjadi dalam dirinya ialah diganggu oleh Harris.
Dia pergi dan pulang sekolah seperti biasa. Namun, dia merasa ada yang kekurangan dalam hidupnya. Nisa berasa sunyi. Bukan seperti hari-hari biasa.

“Harris?”dia teringatkan Harris. Namun, dia menafikan perasaan sunyinya terjadi kerana Harris.
************************************************************************************* “Sudah seminggu aku tak Nampak Harris. Kemanakah dia menghilang?” ditulisnya ayat itu diatas sebuah diari bewarna merah jambu hadiah daripada kawan mamanya ketika dia mendapat keputusan cemerlanh dalam peperiksaan PMR tahun lepas.

Dia kembali memadam apa yang ditulisnya.

“Apa yang aku tulis ni? Kenapa Harris yang aku ingat?stop it Nisa!!stop it!!”
suara hatinya membantah. Dia kembali memadam apa yang ditulisnya.

Jam menunjukkan tepat 12.30 pagi. Biasanya pada waktu begitu dia sudah lena diulit mimpi.
 Jantungnya terus berdegup laju. Peluru berpandu yang ditembak oleh polis.
*********************************************************************************
Puteri Nur Anisa memasuki pintu utama perkarangan sekolahnya dengah langkah yang lemah. Pemandu peribadinya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar dia ke depan kelas atas arahan pengetua Sekolah Tinggi Seri Titiwangsa, Selangor itu.

“Nisa, kenapa mata kau nampak kuyu je?” Tanya kawan sebelah mejanya, Katrina.

“Takde papelah, aku cuma tak cukup tidur je semalam,”
jawabnya bersahaja yang sudah jelas jawapannya diprecayai Katrina.

“Selamat pagi cikgu,”ucap ketua kelas empat Sentosa kemudian diikuti oleh pelajar lain.

20 minit berlalu. Nisa tidak dapat memahami apa yang Puan Jamilah mengajar.

‘Harrris…Harris..aku rindu kau Harris….’entah apa yang Nisa sebutkan. Tidak jelas dari pendengaran semua orang tetapi kuat.

“Nisa!!!”suara guru itu lantang memanggil Puteri Nur Anisa lantas dia terkejut .

Satu kelas bergema dengan suara sorakan dan ketawa.

“Masa rehat nanti awak ke bilik saya,” arah cikgu siviknya.

“kenapa awak tidur dalam kelas waktu saya mengajar tadi?”
Tanya Puan Jamilah. Serius tetapi tetap Nampak kejelitaan di wajahnya itu..

“Saya mintak maaf cikgu, saya ulangkaji sampai larut malam,”terang Nisa tergagap-gagap.

“Betul ke awak ulangkaji? Habis tadi kenapa cikgu dengar awak sebut nama budak lelaki?”
Tanya puan jamilah dengan rasa sangsi.
Nisa sedikit terperanjat tetapi disembunyikan perasaan itu.

“Kali ini saya maafkan awak..lain kali jangan ulangi kesalahan yang sama lagi faham?”
Nisa masuk ke kelas dengan perasaan lega.
Keadaan kelas bising seperti biasa.
“Makwe Harris dah masuk la..”
suara ejekan daripada beberapa orang lelaki nakal sengaja dikuatkan.
Nisa buat-buat tidak tahu je.
*********************************************************************************
“Hai,,sayang..”seperti biasa perangai Harris yang suka mengacau Nisa.

Suara itu seperti sudah biasa nisa dengar. Begitu sebati dengan dirinya. Hormone yang terhasil mula diransang oleh kelanjar pituitari membuakan ventrikel jantungnya tiba-tiba berdegup pantas.
Dia berpaling kea rah Harris. Sedikit terkejut dengan ketampanan wajah Harris yang sedikit berubah.

“Ya Encik Harris? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Tanya Nisa dengan nada seperti tiada apa yang berlaku.

“Cik Puteri Nur Anisa,, lama kita tak jumpa kan?Tak rindu ke?”Tanya Harris dengan sedikit nada manja.

“Sorry,,takde masa nak rindu orang. Orang kat sini tak ingat pon orang kat sane..”
jawab Nisa dengan sedikit tergagap. Dia menafikan perasaan dia terhadap Harris.

“Betul ke tak rindu??Rasa-rasa orang yang bernama Puteri Nur Anisah rindu jerk kat Tengku Muhammad Harris..”balas anak tunggal kepada pasangan Datin Haliman dan Datuk Tengku Roslan.

“Perasan orang rindu kat dia..kalau iye pone kte rindu kt awak,,apa buktinya?”Tanya Nisa.

“Betul nak bukti?” Tanya Harris. Nisa mengangguk.

“Buktinya ialah.. ‘Harris…Harris..aku rindu kau Harris….’”Harris menjuk seperti apa yang dilakukan oleh Nisa seperti apa yang dia berngigau tampoh hari.

Harris ketawa terbahak-bahak. Muka Nisa mula merah padam. Nisa berlalu pergi entah kemana.
*********************************************************************************
Telefon Blackberry Curve i-200 Nisa berbunyi menendakan ada pesanan.

“Hai sayang..tengah buat apa tu? Dah tidur ke?orang kat sini rindu sangat kat sayang..”
Nisa baca satu demi satu perkataan berulang kali. Seperti tidak percaya apa yang dibacanya.

Nisa bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Cintanya berbalas.
Tidak dapat bayangkan bertapa gembiranya hati dia saat ini.

‘mesej dari Harris,’bisik hati kecilnya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan..
Hubungan mereka semakin akrab. Mereka mula belajar bersama selepas waktu persekolahan.
Namun, disebalik kemesraan mereka berdua, ada pihak yang tidak senang dengan hubungan mereka tetapi mereka tidak pedulikan. Lama-lama mereka semua biarkan sahaja hubugan Nisa dan Harris. Hubungan kekeluargaan Nisa dan Harris juga bertambah rapat.
*********************************************************************************
Seperti biasa selepas habis waktu persekolahan mereka akan mengulangkaji bersama-sama.
Selepas ini cuti semester bermula.

“Mana Harris ni?? Takkan tak datang sekolah kot hari ini..”
rungut Nisa sendirian.Dia semakin risau.Wajah Harris tidah juga kelihatan.
Perasaan bimbang menguasai dirinya.

Dia mendail telefon bimbit Harris tetapi “sila tinggalkan pesanan anda sel..”belum sempat operator itu menghabiskan kata-katanya Nisa sudah mematikan panggilan.
Dia tidak berputus asa. Dia mendail nombor telefon rumah Harris..

“selamat siang..mau bicara sama siapa?”terdengar sayup suara orang berbahasa Indonesia,
pembantu rumah Harris.

“Boleh saya bercakap dengan Harris?”tanya Nisa.

“Dia ada di rumah sakit.”kata bibik Za. Pembantu rumah tadi.

“Tapi kenapa? Dia sakit ke?”Nisa semakin bimbang.

“Pagi tadi masa dia mahu ke sekolah tiba-tiba dia jatuh pengsan.”
jawab bibik dalam bahasa Malaysia. Sedikit gagap.
********************************************************************************
Lisa menaiki kereta yang dipandu Pak Hamid. Dia tidak terus balik tetapi dia ke ‘Ampang Specialist Hospital’ - pusat rawatan keluarga Harris.

“Boleh saya bantu?”sapa jururawat berbaju merah jambu itu. Mesra.

“Saya nak  tahu nombor bilik pesakit yang bernama Tengku Harris bin Datuk Roslan”
Tanya Nisa dengan tergesa-gesa.

“Bilik bernombor 124.”balas jururawat itu bengan tenang. Sedikit senyuman.

Sesampai di bilik tersebut dia terlihat Datuk Tengku Roslan dan Datin Haliman sedang menunggu di luar bilik bernombor 124 yang tertulis ‘pembadahan sedang dijalankan’. Keadaan sunyi.

“Aunty, kenapa Harris masuk hospital?”Tanya Nisa.

“Maaf nisa, bukan niat aunty untuk rahsiakan perkara ini kepada Nisa tetapi ini semua atas permintaan Harris.”kata mama yang dipanggil oleh Harris.

“Please aunty,,”suara nisa sayu. Datin Haliman sebak.

“Dia menghidap barah otak sejak lima tahun lalu dan sekarang keadaanya kritikal..”
Datuk Tengku Osman memberikan kebenaran.

Nisa jatuh terjelepuk ke lantai. Air matamnya setitik demi setitik berguguran.
Dia tidak menyangka orang yang seceria Harris bertarung dengan penyakit berkenaan.
Pintu bilik dibuka. Doktor keluar dengan muka sedikit hampa.

 “Harapannya untuk terus hidup amat tipis.”kata doktor.

Wajah ibu bapa harris kelihatan tenang tetapi bukan Nisa. Datin Halimah cuba menenangkan Nisa.
Malam itu nisa tidak dapat tidur. Fikirannya asyik teringatkan tentang Harris sahaja. Dia merenung gambar dia dan Harris dalam telefon bimbit bewarna kuning keemasannya..

“Saya sayang awak…forever..”
ucap Nisa. Ikhlas. Air mata menemani lenanya malam itu.
*********************************************************************************
Cuti semesta bermula.

Nisa melawat Harris. Dia berseorangan tanpa ditemani sesiapapun di balam bilik berhawa dingin itu.
Nisa mendekati Harris. Harris tersedar dari tidur.
Buah anggur yang dibawanya untuk Harris diletaknya di tepi katil.

“Kenapa awak tidak cakap pada saya yang awak ada penyakit barah otak?”Nisa memulakan bicara.

“sebab saya tak nak sayang risau pasal saya..”jawab Harris dengan nada lemah.

“Tapi saya akan lebih tersiksa kalau awak gantung cinta kita tak bertali macam ni..”.air mata Nisa Memulakan kerjanya seperti biasa.

“sayang,, jangan terlalu berharap pada yang tak pasti,”bibir Harris pucat.

“shhh,,”jari telunjuk Nisa diletakkan pada bibir Harris. Ditenungnya mata Harris sedalamnya.

“I love you, Harris..awak adalah cinta pertama saya. Awak adalah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hati saya.”satu kucupan lembut hinggap di dahi Harris.

“I love u too,,sayang,”Harris menggengam erat tangan NIsa. Sejuk.

Tiba-tiba,,Harris mengerang kesakitan..
Nisa paniK. Dia memanggil doktor.
Nisa semakin berdebar-debar Bimbang dan gusar.
Datuk dan datin sampai.

‘tiiiiiiiiiiii……………….’
Bunyi mesin oksigen terhenti berfungsi.

“Maafkan kami,,kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak datuk dan datin tetapi tuhan lebih sayangkan dia,” jawab Doktor Jazman.

Datuk dan Datin kelihatan tenang. Mungkin dia sudah bersedia dengan pemergian anaknya.
Tetapi Nisa.. masih tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang dia sayang sudah pergi meninggalkan dirinya. Dia kelihatan sangat sedih.
*********************************************************************************
Sudah dua tahun Nisa kehilangan Harris namun dia masih belum berjumpa penganti diri Harris. Dia kini membuat persediaan menyambung pelajaran ke United Kingdom dalam jurusan perubatan.

Adakah jurusan yang diambilnya itu berkait rapat dengan penyakit Harris dan adakah dia akan menemui pengganti harris dalam dirinya?

Mar 10, 2011

WAJAH DIA MIRIP RUPA AWAK!!!

            citer ni masa aq belom spm lagi dah ada dalam kepala otak ni…sebelum spm : berangan nak kerja part time kt mne2 sementara tunggu result…macam2 kerja yg aq nak buat…nak kerja kt 7E la,,kt KFC la,,pizza la,,,macam2 la…adeh…berapa banyak LA la…ahah…dah melalut nampaknya…almost 1 month exam(actually 3weeks je spm)-18 DISEMBER 2010(jam 4.30 petang,,peperiksaan PSV kertas 2) aq x pikir npe2 pon pasal kerja…concentrate SPM…ari tu lah last paper aq…sambil drive sambil dibasahi hujan tika nak balik rumah…mungkin hujan rahmat tu mengiringi berakhirnya perjuangan aq sebagai seorang pelajar di SMKPM…adoi…emo la pulak….
             korang mesti terfikir kan???apesal citer aq ni x sama pon dgn tajuk tu…ahahahaa…ni baru pengenalan….ni nak masuk isi pertama la ni…tengok kat hujung kiri tu…siap ada perenggan lagi…walaupun cara penulisan aq akan banyak memotong markah jika aq menghantar karangan aq kepada cikgu mohd Othman…skemanya ayat aq…hahaha…bersambung lagi citer aq pasal kerja tadi…lepas aq abih je petang tu,,esokkannya,,aq teros rasa bosan pagi tu..walaupun jam baru pkol 11 pagi…hati aq pon berkata..’ish,,x leh jadi nim…klo 4@5 jam pon aq dah rasaa nak gila,,apetah lagi 4@5 bulan lagi???’
petang tu jugak aq start moto pergi cari kerja…dengan panasnya…aq drive sorang2…mula2 masuk KASUT YOU…Tanya saper ntah…dia cakap tkde kerja kosong….aq pon dgn muka cool aq ini terus je blah….tp yg sakit hatinya esok kan aq pergi ada jerk orang baru yg masuk…sakit2…kawan sekolah aq pulak tu…pastu jalan2 la lagi…lalu depan kadai arena sport….dalam hati aq,,’mesti kedai ni sama macam kedai kasut you tadi kan???’jalan2 lagi…terpandang la kat cermin arena..’jawatan kosong!!jawatan: jurujual”…aq pon masuk je lah dalam kedai tu…tanya2 dan selidik2…aq pon dijemput la masuk ke dalam bilik manager dia…puan wani namanya…isi foam..dan di interview…macam2 la dia Tanya…aq jawab je lah dgn muka selamba…bila nak masuk kerja???cik wani Tanya…masa ni dia belum bekahwin…sebab da title cik…td puan…ahaks…just ignore it,..aq pon jawab la…esok tkpe…dengan konfidennya…dia pon bagi la instruction pasal kerja nim…dan berita yang paling menggempakkan…adalah….aq masih belum pon masuk isi pertama lagi dalam cerita aq nim…ok lah…aq masuk sekarang juga,,,,
          first day kerja kt arena…mcm biasa…hanya berdiri macam guard…lenguh betis…tidak semua orang aq kenal…hanya ah fang dan e-so je…org lain x kenal sebab dorang tu rakan se department aq…aq cepat la kenal…dan hari tu aq rehat pkol 1.00 petang…keluar rehat sorang2…makan,,,jalan2…solat…dah hampir pkol 2.00 aq tunggu kat luar…x masuk lagi…klo aq masuk cepat2 rugi lar masa rehat aq…dan sebelum masuk tu aq terpandang la seseorang nim.,..ingatkan kawan rapat aq…rupanya bukan…muka iras2…dan mulai saat itu,,perasaan itu kembali bertandang…everytime I look at her..i feel something different…she make me remember at you…
awak,,ssaya x tahu kenapa rasa itu mesti datang kembali…rasa yang sangat menyakitkan hati…klo saya cakap pada dia yang saya suka pada dia sebab muka dia sama macam muka awak,,saya x rasa pon dia boleh terima saya…sebabnya saya lebih muda dari dia…saya 18 dan dia 25…7 tahun beza…dan ada banyak sebab kenapa dia x leh terima saya dalan hidup dia…terlalu banyak,,awak…infinity….dan dari saat itu saya mula rapat dengan dia…semakin hari rasa itu semakin menebal…dan setiap kali saya rehat saya akan out dgn dia…macam2 dia bercerita tentang diri dia…saya pon banyak sangat Tanya ttg diri dia..macam reporter…pernah sekali hari jumaat dia ajak saya out…jalan2…dia cakap nak amik saya kat umah…omg…takotmya…mle2 kereta sampai tu saya ingat dia sorang2…rupanya dgn bf dia…shit…saya cemburu giler masa tu..pastu saya buat2 la tido dalam kereta tu…romantic mereka...kalaulah diberi peluang driver kereta tu adalah saya dan yg ddk sebelah tu adalah saya…sooosweet…lepas saya pikir2 saya rasa cara terbaik untuk lupakan awak adalah dengan lupakan dia…dan cara untuk lupakna dia adalah saya mesti resign kerja kt situ…uhhhuu…walaupun baru je 2 minggu kerja kt arena,,namun kenangan dgn dia banyak sekali…selamat tinggal awak...

Mar 5, 2011

aq lelaki kasanova??

SEBUT JE NAMA MUHAMMAD AMIRUL SHAFIQ..SAPE X KENAL KT SMK PADANG MIDIN???SATU SEKOLAH KENAL AQ...LELAKI HENSEM + BADAN SASA + ANAK DATO' + PLAYBOY + best student...hah,,itulah aq...kalau tanya girls kt skolah tu dah berapa ramai dah yang jadi awek aq...dari form 1 sampai la form 6...ish,,dahsyat2...dari usia per'kapel'an sehari hingga sebulan...takkan lebih dari sebulan usia perkapelan aq...kenapa??sebab aq mudah bosan dengan manusia...kenapa mcam tu??ntah...dalam diam aq akui aq kesunyian..hati dan jiwa aq kekosongan...ntah apa yang masih kosong dalam hidup aq ni walaupun hidup aq sudah lengkap...semuanya aq ada...aq jugak suka mintak duit dgn daddy..almost every week x kurang dari rm500 aq akan mintak...sebab???macam2 aq nak buat...shopping + pgi spa + mandicure...dulu2 ada my dad bg kredit card...every hujung bulan bila bill dah sampai umah,,daddy pasti akan membebel kt aq pasal bil tu...ye lah...bil paling banyak yang pernah dia bayar ialah rm5000...last2 dia dah bekukan akaun bank aq...ish,,susah2..pikir pnya pikir,,tp fikiran aq ni pendek walaupun aq budak genius,,aq pilih jalan hitam(macam trade mark BOHSIA- jangan pilih jalan hitam)...bermodalkan rupa paras + tubuh yg aq ada ni,,aq cuba jadi anak ikan kpd mak2 datin..actually aq buat kerja ni sebab aq desparate...i need money...banyak duit yang perlu aq belikan...pernah satu ketika,,aq dapat tawaran bkerja di syarikat modelling...salary about rm3000 sebulan..tp aq dah cakap td,,jumlah tu x cukup...i need at least rm6000 sebulan..tu x termasuk bill n anything else...dah ramai mak2 datin yg aq kikis duit mereka...berratus2 ribu..pernah jugak aq bertanya pada mereka kenapa mereka curang pada suami mereka...jawapan mereka mudah..mereka kesunyian...mereka dahagakan kasih sayang sang suami...suami mereka sentiasa sibuk...walaupun aq tahu dalam diam aq menghancurkan masa depan mereka,,duit melebihi segalanya...aq dibutakan oleh wang...duit...dalam masa yang sama,,aq menempah maut...menemani isteri orang...kerja gila...silap hari bulan aq jadi mangsa...tp tu pilihan terakhir...my mom n my dad x kisah aq buat kerja ni??dorang sibuk...keluar 7.30 pagi balik 11.30 malam...balik umah penat...teros tido..dan aq???terus terabai....setiap malam secara puratanya aq akan peroleh rm 1,000...kalau every day aq buat kerja ni,,aq akan dapat rm30,000...masyuk...tp duit tu semua biarlah aq je yg gunakan semua...aq khuatir bila orang lain gunakan duit tu,,duit tu akan jadi darah daging mereka...darah daging haram...biarlah aq je yang tanggung seorang diri...pendek kata,,setiap siang hari lepas aq ke sekolah macam biasa...dan balik sekolah aq akan shopping...malam aq bekerja...every weekend aq akan ke spa...rehatkan diri...disebabkan perangai aq yang pura2 baik kat sekolah,,cikgu2 x syak apa2 kt aq...kawan2 pon sama...dorang masih cakap aq manusia sempurna...baik…aq gunakan kesempatan ni utk aq dapatkan duit banyak2…hipokritkah aq???tp aq buat semua ni bersebab…terlalu banyak sebab utk aq utarakan...dan aq harap kerja yg aq buat ni bukan selamanya jadi kerjaya aq kerana bukan cita2 aq untuk jadi macam ni…
p/s : aq tkde idea nak write lagi sebab ni aq just reka je…klo aq punyer pengalaman sendiri mmg aq tulis byk2 lagi…..

customer online

jangan klik kanan