adverlet atas


Apr 15, 2011

reka1 citer - budak kolej

       “Girls!! Kau tengok mat yang baru masuk gate tu. Cun lah. Eh ini mesti budak year one.”

                “Aah lah. Fulamak! Power. Tak pernah aku nampak lelaki cun macam gitu. Eh budak year one ke? Manalah tahu dia cuma pelawat aje.”

                “Tak lah aku rasa dia budak year one. Kau tengok tu dia bawak file lambang kolej nie.”

                “Hoi. Mentel eh korang semua. Dah gi masuk, kuliah nak dekat mula,” teriak Siti.



                “Pakcik boleh saya tumpang tanya? Bilik Kuliah Satu dimana?” tanya Sham kepada Pak Selamat, penjaga Kolej Townsville itu.

                “Awak budak tahun pertama ya?”tanya Pak Selamat

                “Ya Pakcik.”

                “Ok awak naik tingkat tiga lepas itu belok kiri. Nama awak siapa?”

                “Nama saya Sham.” Jawab Sham lalu menghulurkan tangannya ke arah Pak Selamat.

                “Oh. Nama pakcik selamat budak-budak di sini panggil pakcik Pak Selamat.”

                “Oh Pak Selamat. Ok lah Pakcik saya hendak naik dahulu ya. Dah lambat ni. Terima Kasih ya Pakcik. Jumpa lagi.”



                Pada hari itu adalah hari pertama Sham mula pengajiannya sebagai guru pelatih. Inilah langkah pertama untuk mencapai cita-citanya iaitu sebagai seorang guru. Sesampai sahaja Sham ke bilik kuliah, ramai penuntut tahun pertama sudah pun berada di tempat masing-masing. Sham berjalan dengan perlahan menuju ke tempat kosong di belakang kuliah. Sambil berjalan ramai mata sedang memandangnya. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.

             

                “Hensemnya budak ni. Macam Brad Pitt!”penuntut lain berbisikan.

                “Eh. Dia ni melayu ke orang putih? Muka putih melepak.”

                “Entah-entah dia sesat tak?” mereka ketawa sesama sendiri.



                “Assalamualaikum Semua”Cikgu Samad memberi salam.

                “Wa’alaikumsalam.”

“Nama saya Samad. Selamat datang ke kolej Townsville. Ini semua bakal-bakal cikgu ya. Ok hari ini kamu semua akan diperkenalkan kepada kolej dan akan diberi jadual masa belajar masing masing. Hari ini juga kita akan berkenalan dengan satu sama lain. Baiklah mula dari awak,” Cikgu Samad menunjuk pada penuntu yang duduk di depan sekali.



Sham penuntut terakhir untuk bangun dan memperkenalkan dirinya.

“Nama saya Sham. Saya berumur 22 tahun. Sebelum saya ke sini saya  bekerja sebagai seorang pramugara di Singapore Airlines.”



Beberapa pasang mata terbeliak mendengar penjelasannya.



“Oh Pramugara rupanya. Patutlah hensem gila,” kata-kata yang dibisik oleh penuntut lain.



“Oh pramugara. Kenapa awak bertukar angin pula?” tanya Cikgu Samad.



“Saya lebih berminat kerjaya seorang guru.”jawab Sham ringkas.



“Bagus Sham awak telah memilih suatu kerjaya yang amat mulia. Kamu semua mesti bershukur kerana mendapat tempat di sini. Kerjaya sebagai seorang guru banyak faedah dan nikmatnya. Tak payah lah saya bersharah panjang lebar satu hari nanti awak akan faham.”



*************



“Oi Sham. Mengurat anak dara orang aje. Jom ah gi makan.”teriak teman teman Sham yang sedang menunggu di dalam Van.

“Kau ni tak boleh tengok aku senang lah. Relaks lah brother. Tak nampak ke aku tengah berbual dengan Siti.”

“Cepat lah kalau tidak kita orang tinggalkan.”

“Kecoh ah korang. Ok!Ok! kejap lagi.”

“Siti nak ikut Sham pergi makan tak?”

“Tak pe lah Sham, Siti nak pergi makan dengan Idah” jawab Siti penuntut tahun kedua di kolej itu.

“Eh Siti belum kasi no telefon Siti kan. Tak Sudi ke?” tanya Sham.

Siti hanya tersenyum. Lesung pipitnya terserlah bila dia mengukir senyuman itu. Senyuman itu lah yang memikat hati Sham.

“Ok lah Siti ambil no telefon Sham. Bila free call Sham ya. Ok Siti jumpa lagi esok.”



“Amboi Cik Siti. Ulat bulu dah naik daun nampak?” usik kedua-dua teman Siti, Idah dan Ayu.



“Kau jaga-jaga sikit Ti. Si Sham tu Ulat bulu, Mata keranjang kaki perempuan.” Nasihat Idah.



“Kau ni jangan tuduh orang sembarangan. Sham tu ok apa. Lagipun orangnya cute. Rugi kalau lepaskan lelaki tampan macam tu tau. Aku tahu kau cemburu pat aku kan?” Siti cuba mempertahankan Sham.



“Aah lah Idah. Kau kasi lah Siti peluang. Siti Cun Sham Cute sajaklah tu. Dah lah jom gi makan. Perut aku tengah main keroncong.” Ayu mencerlah.



*********



“Hi Sham. Baru sampai?” tanya seorang teman sekolahnya Ain.

“Ye Ain. Baru sampai. Awak tak masuk sekolah lagi ke?” jawab Sham sambil tersenyum simpul

“Tunggu awak lah,” gurau Ain.

“Ye lah tu dah yok masuk kuliah.”



“Awak berdua kenapa lambat? Pergi dating eh?” gurau Cikgu Samad.

Semua kelas ketawa mendengarnya.



Semenjak Sham menjejak kaki ke sekolah itu, ramai penuntut wanita di situ tertarik dengannya. Wajah Sham memang lawar. Rambutnya disikat rapi. Pakaiannya sentiasa kemas. Mukanya putih dan licin. Pokoknya dialah penuntut lelaki yang paling lawar. Tapi hanya satu keburukan Sham yang ada juga tidak menyukainya. Sham gemar mengacau perempuan. Pantang dia lihat perempuan berdahi licin pasti dia cuba menguratnya. Di kolej itu sudah berapa ramai gadis telah menjadi pasangannya tapi hanya sebentar sahaja. Setiap kali dia melihat gadis lain yang cantik dia akan memutuskan perhubungannya dengan kekasihnya dan menjalin ikatan dengan yang lain. Perbuatannya itu membuat dirinya tidak disukai oleh ramai. Namun, masih ada juga perempuan yang masih mahu cuba memikatnya. Teman-teman lelakinya pula selalu bersamanya untuk berkenalan dengan perempuan memandangkan Sham sentiasa dikelilingi perempuan.

Lagipun Sham pandai. Dia sentiasa mendapat tempat pertama dalam setiap mata pelajarannya.



                “Eh Sham. Kau ni jaga-jaga sikit. Jangan jadi kaki perempuan. Nanti kena hang satu hari padan muka.” Tegur Abu teman karib Sham.



                “Alah kau ni Bu. Aku bukan mencabul kehormatan mereka. Aku masih ada otak lah. Aku cuma.. alah saja-saja aje. Bila aku dapat yang betul betul sesuai baru lah aku melekat pada satu.” Jawab Sham.



                “Gasakkau lah Nak asalkan kau bahagia. Ah periksa nak datang kau dah siap ke belum? Eh buat apa aku tanya kau. Gerenti kau pass punya. Otak kau bergeligar. Heran lah aku. Kau ni “playboy” tapi pandai.”



                “Abu..Abu… apa kau susah. apa cikgu ajar kau dengar lepas tu dah lah. Kau tu dah siap ke belum. Jangan tak pass nanti tahun depan aku tak jumpa kau lagi susah.”



                ************



                “Jangan buka kertas soalan itu dahulu. Sila tunggu arahan. Tempat duduk ini siapa duduk?” tanya Cikgu Samad di dewan peperiksaan.



                “Sham Cikgu.”



                “Mana dia?”



                “Tak tahu pula agaknya lambat Cikgu.”



                “Ingat ya semua sesiapa lambat lebih dari lima belas minit tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.”



                **********



                “Susah s.eh kertas sejarah Cikgu Samad. Si Sham mesti boleh jawab punya. Eh aah eh aku tak nampak Sham pun dia tak datang ke?” tanya Abu kepada geng-gengnya yang lain.



                “Aah lah mana Sham? Dia tak call kita orang pun? Jangan-jangan dia accident tak?”



                “Oi mulut nak kena cili eh. Cakap baik-baik sikit. Kau dah cuba telefon handphone dia Abu?”



                “Dah. Tak ada orang angkat. Maksud aku dia off hp dia.”



                “Eh lain macam aje. Apa kata kita pergi rumah dia.”



                “Tapi mana kita tahu alamatnya. Kau selalu hantar dia ke bus stop aje kan.”



                “Aah lah. Habis tu macam mana. Eh kau gi minta Cikgu samad alamatnya.”



                ************



                “Ah ini rumahnya. Assalamualaikum.”

             

                Pintu diketuk berkali-kali tapi tiada yang membukanya.



                “Assalamualaikum,”mereka memberi salam beramai-ramai mengetuk pintu.



                “Lu mau cari itu Sham ah?” seorang lelaki tua berbangsa cina mencerlah.



                “Ya apek tahu mana itu Sham pergi?”



                “Tadi gua nampak ada ambulans datang bawak itu Sham pergi hospital.”



                Teman-teman Sham memandang sesama sendiri..



                “Sham masuk Hospital?” Abu tanya Apek itu.



                “Gua tak tahu apa pasal tapi gua tahu dia masuk Itu hospital becar punya. Apa itu general Hospital.”



                “Terima kasih ya Apek.” Jawab mereka lalu bergegas ke van dan menuju ke hospital.



                ***************



                “Sham!!!” teriak teman-teman Sham bila sampai ke wad Sham.



                “Assalamualaikum makcik.”



                “Wa’alaikumsalam,” jawab Ibu Sham yang sedang duduk disebelah katil Sham sambil memegang tangan Sham.

                “Awak ni semua kawan sekolah Sham ya?” tanya Ibu Sham.



                “Ya makcik. Kenapa dengan Sham Makcik?” tanya Abu dengan penuh kehairanan.



                “Sham tak beritahu kamu semua ke?”



                “Beritahu apa makcik?”



                “Sham dihidap bara otak semenjak umurnya 18 tahun. Dia sudah pergi rawatan setiap bulan tapi memang nasibnya begini. Penyakitnya semakin teruk.” Cerita Ibu Sham terisak-isak.



                Teman Sham memegang tangan satu sama lain. Mereka tidak sangka sama sekali Sham, lelaki yang ceria dan “playboy” dan juga pandai di kolej itu mengidap penyakit itu.

Mereka mendekati Sham lalu memegang tangan Sham. Sham masih terlantar di katil tanpa bergerak. Bermacam-macam tube dimasukkan ke tubuh Sham. Air mata teman-teman Sham tidak dapat bertahan. Setitik demi setitik mengalir ke pipi masing-masing. Mereka tidak dapat menahan sebak di dada melihat keadaan teman karib mereka. Keadaan Sham semakin teruk. Doktor mengesahkan Sham tidak dapat hidup lama. Baranya telah merebak ke seluruh badannya.Cita-citanya menjadi seorang guru tidak tercapai. Tuhan lebih menyayangi dirinya.



                Pemergian Sham menjadi suatu perangsang untuk mereka berjaya dalam hidup. Kecekalan hati Sham menghadapi liku-liku hidup membuat mereka sedar tentang kehidupan. Sham tetap dalam ingatan setiap penuntut di kolej itu. Kini semua penuntut kolej Townsville menjadi seorang guru namun bagi mereka Sham lah guru besar mereka selama-lamanya.



14th October 2008

customer online

jangan klik kanan