adverlet atas


Nov 27, 2012

Sambutan Maal Hijrah 1434H


Assaalamualaikum..

Ia belum terlambat untuk aq wish Salam maal hijrah 1434h.. Harap korang semua sihat..
Semperna maal hijrah ni, marilah sama2 kita melakukan perubahan dalam hidup kita dari negatif kepada positif.. Tak banyak, siket pon jadilah,, at least ada perubahan seperti kata pujangga : HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI..

Semalam aq ada 2 event dalam masa 24 jam...ececece… first Maal Hijrah ni and 2nd ialah Dinner (nak tahu pasal dinner, klik sini)

Ceritanya bermula bila aq bangon seawal jam 5.30 pagi then mandi dan breakfast pkol 6.15 pagi (first time dalam hidup breakfast seawal jam tu)…nak bangon pagi tu bukan main liat lagi,..bese pagi2 aq bangun tido pon paling AWAL jam 6.00pagi dan paling lewat pkol 6.45 pagi..kalau masa tu dah nak bergajah la suboh aq,,,kuangkuangkuang...

Pkol 6.45 pagi gerak pergi kolej sebab bas tak ambik kami di asrama and I don't know kenapa bas tak datang jemput kami di asrama..mungkin sebab aq bukan anak raja/mana2 datuk/Tan Sri2... Tp masih bersyukur sebab masa daki bukit tension matahari belom menampakkan dirinya.. Ye la,, pkol 6.45 pagi mana la ada matahari lagi time tu.. Sejuk tapi berpeluh..sebab aq jalan laju sangat (memang jalan laju tu habit aq yang aq asah sejak aq form 4 sebab yang aq nampak cikgu2 sekolah aq yang jalan laju sumer nampak superb = cerdik + macam albert einstein..so, aq  pon ader la cita2 nak jadi macam dorang jugak..insyaAllah)

Gerak pergi sana pkol 7.30 pagi…punya la awal aq pergi kolej...dan dan masa jejak kaki ke kolej tu bas tu belom panaskan enjin lagi..hampeh...sebab tu la lambat siket bertolaknya.. Pastu pulak orang yang perginya 18 orang je..bas boleh muat 48 orang.. Membazir je minyak..ape la salahnya kalau guna bas mini tu je kan..banyak pulak  aq kritik...haha..perjalanan ambil masa 1 jam ++...termasuk jem..ish,, yang ni memang aq x suka...kalau naik KTM dari Sg Buloh ke Putra ambik masa 20 minit je..semalam, 1 jam lebih kot baru sampai...menyampah giler aq rasa tapi nasib baik la aq mingantok time tu..teros la aq tido je dalam bas tu…

Dan akhirnya kami sampai juga…tempat tu bertentangan dengan MAsjid Negara...

tak berapa clear..
tak menompek aq kat situ....
Masa masuk tu, mula2 dah pikir lewat sangat ni..pastu receptionist suruh breakfast dlu..time tu aq kenyang lagi breakfast pkol 6.15 pagi tadi...tapi disebabkan nafsu nak naikkan berat badan yang sangat melampau, aq pulun jugak amik kuit pau..mula2 3 biji je pastu aq rasa sedap pulak la kan..haha..ambik sebiji lagi..tu pun dah last2 dah...REZEKI...hehe.. Makan la dengan lahapnya...manis..tapi tkpe...ada air masak yang aq bawak…24 jam mesti ada dengan aq air masak tu..mane boleh tinggal...demi kecantikan kulit..cantik ke?perasan...

Ummi, Mimi n Aida..breakfast time...

Mimi, Aida n Sabirah...sambung makan..hehe
ni yg aq cakap pau tu...ape kuih ni hah?

door gift yang aq dapat dari receptionist tu..
Lepas melahap, aq masuk ke dewan tu..uih,, orang yang datang tu semua pakai baju pejabat..aq je pakai baju melayu dan beberapa orang crew kat situ...terasa macam crew bertugas la pulak kan...berangan lagi… ramai orang...besar dewan tu...cantik? Macam bese2 je...tapi ok la...not too bad…mula2 ada ceramah dari ustaz mane yang aq tak tahu sementara tunggu VIP datang..lepas dorang sampai, majlis start...mula2 perasmian by Ketua Pengarah JAKIM + ceramah2..

DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
tapi aq TIDO!!!!kurang hajar punya budak...boleh kau tido time orang bagi ucapan...mgantuk la..so, tido la...tak perlu jadi H.I.P.O.K.R.I.T sesangat la kan...tapi yang anehnya bila dia dah bagi ucapan salam nak tutup majlis tu tetibe mata aq jadi segar balik macam tido dah 10 tahun lepas..hehe..setan ramai sangat yang admire kat aq kot...

Lepas tu ada penyampaian TOKOH MAAL HIJRAH 1434 H..guess sape?? Aq?? Bagai langit dan bumi jauhnya beza aq dan dia..hehe..


orangnya adalah DATO' HASSAN AZHARI...wow!! Memang bangga la dengan beliau...salute..umur sekarang adalah 80++ sebab dia lahir tahun 192X..lupa dah..tapi masih mampu berdiri Cuma perlu pimpin la kalau beliau nak pergi mana2…

Pastu ada persembahan nasyid dari mana aq tak pasti tapi best...then bersurai...dia bagi bekal nasi minyak bawak balik...best jugak..rasa tak cukup 1 bekas je..maklumlah,,breakfast dari awal pagi pastu makan lunch pkol 2 petang...mana tak laparnya…pastu naik bas aq sambung tido lagi..memang suka tido mamat ni...aq tak tahu kenapa la aq macam tu kan..letih sangat berfikir tu..huahuahua...

time to cuci mata...












Dalam door gift tu ada dia letak ni...




btw, thanks for the book... i love it so much..

Corengan dari hati yang rindukan Islam...

Nov 24, 2012

MeetOldFriend


Assalamualaikum..

Firsty, tajuk tu dah bahasa inggeris, konon isinya english jugak la kan...perasan je lah..tapi nanti aq masukkan a lot tulisan inggeris yang berbaur kacukan dengan bahasa Malaysia.. Macam aq la kiranya.. Kacukan Melayu + Mat saleh...haha..sila muntah hijau sekarang (meniru ayat dari blogger lain)..

Sabtu lepas aq jumpa seseorang...bukan terjumpa tau..tapi dah sengaja plan nak jumpa...thanks sudi luangkan masa untuk aq walaupun kau sibuk dengan esemen bagai..guess who is he/she? Girlfriend? Boyfriend? Sugar mummy? Haha...kawan aq..kawan yang dah almost 4 tahun tak jumpa..seriusly I miss her damn much..

Last masa jumpa dia masa time form 3.. Dia banyak persamaan dgn aq..konon kan..haha..persamaan pertama, dia skolah sama dgn aq, Binjai Elite Kemaman School.. Sama kelas 2 & 3 KRK, sama bumbung (kenapa? Tak percaya)...Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK) dan sama dewan makan, sama mengarut, sama macam2 sama...dan kami banyak cipta memori bersama..bukan memori cinta okey!! Memori seorang sahabat.. And I really miss that moment..damnly missed...dah berjurai air mata aq time ni...ingat siket ke kenangan tu? Banyak tau..kalau tulis ni,, dah sah2 haus keyboard aq ni..haah..padahal tak ingat ape2 pon..kantoi...adeh (>.@)

yang paling Kiri sekali...tu dia.....haha...
(dari kanan : Lily, Suriya, Atiq)
 Tadaa…..ni dia…Atika Syahira bt Mazlan.. Tak ubah seperti dulu..tapi bukan 100% tak ubah la...tanda2 penuaan tu dah nampak la siket2...jahat betol aq...Ika, kalau kau baca aq mintak maap la ye..sesaje nak manja2 dgn kau even umur aq baru 18 sekarang...sangat la kan 18...menyumpah dan menyampah aq rasa…

Banyak jugak la citer yang dapat dari dia..asyik aq je tanya dia dari first time jumpa dia smpai bila dia dah nak balik UKM semula...macam wartawan aq kan...siket pon tak kasi chances untuk dia tanya aq soalan...kejam + zalim betol aq...ishishish...kiranya pada hari perjumpaan tu aq dah jadi H.I.P.O.K.R.I.T  500% sebab sebelum ni mane la aq banyak cakap dgn geng2 ni...kalau cakap pon cakap sorang2...kesian!!! Lagi story2 pasal kawan2 AYTK...Rahman, Kimi, Jemir, Kamil, Hanif, Fatih, Suriya, Fahana, Mida, C.E dan kawan2 lain...tak termampu nak sebut semua..maklumlah aq kan terkenal dalam dorm...haha...orang lain terkenal satu sekolah...aq terkenal dalam dorm je? Ape kelas bai….

Seorang pelajar jurusan kejuruteraan Biokimia  (BioChemical Engineering) @UKM Bangi tahun 1.. WOW!! Daripada ceritanya tentang kosnya, it's not really tough tp banyak sangat esemennya melambak..tapi kalau dah minat esemen melambak ke, 24 jam hadap buku engineer ke, takde hal la kan...kiranya macam aq la kan…24 jam dengan buku farmasi..2 minit menghadap buku tu and the rest 23 jam 58 minit lagi buku pulak menghadap aq..

Perjumpaan tu dah plan dari last week lagi kt #WhatApp.. Hari2 chat.. Last skali jumpa jugak @MidValley.. Terima kasih #Morine sebab temankan aq sampai kat MidValley tu walaupun banyak insiden yang kurang diingini berlaku tapi ia memberi pengalaman beharga kepada aku..Tapi korang, sorry la sebab entry bergambar kt Mid tu takde.. Tak sempat snap sebab excited sangat nak jumpa Ika..rasa time jumpa tu nak je aq peluk2 dia,..cium2 pipi kan,,tapi takleh...PEREMPUAN...saya LELAKI tapi pediatric..tapi bawah umur..huahuahua...

Nanti kat bawah ni aq letak la siket2 gambar nostalgia 2000-an..range umur tu antara 13 hingga 15 tahun..that's mean dari form 1 sampat form 3.. Tapi ada syarat nak tegok gambar ni..satu je syaratnya… korang tolong jangan gelak bila tengok gambar tu.. Aq sumpah kau jadi putera katak nanti..kalau korang gelak sila baca post lain selain post ni..nanti muka aq merah sendiri kalau kau tengok then gelak besar then download then print out atau shared kt Fb then sumer orang tahu then aq malu dengan satu kolej.. Tapi aq tak marah kalau korang buat sumer tu sebab aq dah jadi macam cerpen yang aq buat tu,...hati kering... 
malu!!!!
(dari kiri : suriya, Lily, Ili n aq zaman awak kanak2)
Bese lah, budak2 kan..time tu no identity, no haluan tersendiri n no life..apa yang ada kt fikiran adalah ENJOY... I have nothing time tu..time tu tak pandai bergaya lagi.. Sekarang pon tak pandai gak tapi boleh la siket2...tapi masih jugak tak hensem..eehh,,hensem tu penting ke? Tak penting langsung kan? The Allah tak pandang Hambanya dengan rupa paras ok? Bear in your mind sayang,, tak penting rupa paras tu walaupun sekarang aq dah ada secret admire tersendiri kan...haha...perasan lagi la aq ni…

Last but not least, aq letakkan jugak gambar lain2 kat bawah ni untuk korang cuci mata..okey!! Layan…………...
random je aq amik gambar ni...

NormaNina bukan Misz Nina tau...
(dari kanan : C.E n Suriya)

Corengan dari hati yang rindukan seorang teman, miss u and I gonna miss u forever..

Nov 23, 2012

saya terima ujian tuhan..


Assalamulaikum..
Selamat pagi Jumaat..

Ni salah satu part dalam cerpen HATI KERING yang aq akan sambung lagi nanti..selamat membaca

Hari ni nak tulis pasal isi hati yang aq pendam selama ni pada seseorang dan hari ni aq nak luahkan semuanya dan sehabisnya sebab aq tak nak lagi tanggung semua ni sebelum aq balik Terengganu bulan December nanti..seksa tau =(

Awak, maafkan saya sebab tak cuba untuk 'datang' dekat dengan diri awak. Bukan saya tak nak buat macam tu tapi sebab saya takut.takut sangat2. Takut ada hati yang terluka dan berdarah. Saya tahu awak sangat2 berharap yang satu hari nanti saya akan pergi kepada awak dan bercakap dengan awak, senyum pada awak, tenung mata awak, dengar isi hati awak yang terbuku tu. Tapi apakan daya saya..Dari riak wajah awak saya nampak semua tu.. Sangat berharap pada saya.

Satu harapan yang sangat tidak pasti entah bila harapan akan bertukar menjadi kenyataan. Tapi saya tahu, jika saya buat semua tu, ada hati yang akan terluka. Memang betul status awak kat Facebook tu : kadang2 kita tak boleh nak pusakan hati semua orang terhadap apa yang kita buat. Ya, saya akui benda tu semua. Saya setuju 100%.. Tapi demi seorang kawan, saya rela korbankan perasaan saya kepada awak walaupun saya tahu awak tak suka dia sepertimaan awak suka saya. 

Kalau lepas ni awak nak berpindah hati pada dia pon saya tak kisah sebab saya lebih rela tengok orang yang saya sayang pergi pada orang yang dia sayang walaupun hati saya berdarah berbanding saya tengok hati orang lain terluka kerana perbuatan saya sebab lepas tu luka tu akan tinggal parut walaupun ianya akan tetap kekal dalam diri saya tapi saya yakin saya masih sembunyikan parut tu. Saya tahu, bila awak baca post ni mesti awak rasa marah sangat kat saya kan..kat sini saya nak tegaskan prinsip diri awak sekali lagi : Kita tak boleh nak pusakan hati semua orang..dalam kes ni, saya TERPAKSA untuk tidak puaskan hati awak. biarlah saya bersikap hati kering kali ni dengan awak dan dengan perasaan saya sendiri.

Awak, boleh tak kalau awak berhenti berharap pada saya? Bukan saya tak suka tapi saya tahu awak sakit sangat kan bila kita berharap tapi harapan tu macam tak berapa nak berbalas kan? Saya pon pernah rasa juga banda tu suatu ketika dulu sebelum saya kenal sape awak dan sebelum awak masuk dalam hidup saya..satu lagi saya nak cakap kat awak, saya harap awak jangan tunggu sangat saya sebab saya takut harapan awak tu musnah. Nanti awak sendiri yang frust. Saya tak nak orang yang saya sayang frust.

Awak ingat tau, saya pon sayang awak. Saya pon suka awak. Mungkin disebabkan satu benda yang saya fikirkan ianya penting demi menjaga hati dan perasaan kaum sejenis dengna saya, saya terpaksa beralah dan memendam je parasaan ni. Maafkan saya lagi sekali. Awak kena pegang satu benda. Kalau awak fikir memang kita akan dijodohkan bersama akhirnya, kita memang tetap akan bersama walau apa cara sekali pun, awak tak perlu risau. Awak tak perlu takut okey? awak akan sentiasa ada di hati saya... selamanya..sampai bila2..

JANGAN TUNGGU SAYA LAGI..SAYA TAKUT NANTI AWAK SAKIT & SAYA  JADI SERBA SALAH!!!



Corengan dari hati yang rindukan renungan mata dia..Saya sayang awak!!

jawapan dari Hati untuk Diri..


Assalamualaikum…

Post ni Hati jawab untuk kritikan Diri semalam. Kalau korang tak baca lagi, korang tak bape faham sangat la. Kalau nak baca klik link merah atas tu.

Jawapan dari Hati untuk Diri.

Panjang lebar Diri persoalkan kenapa kenapa dan kenapa. Berulang kali Hati baca mesej dari Diri tu. Menarik tapi ada bahagian yang Hati rasa serba salah nak jawab sebab Hati rasa Hati patut rahsiakan benda tu dari Diri. Hati memang dah ready untuk jawab semua soalan dan kritikan Diri tu. Hati tak marah pon Cuma Hati nak Diri tahu yang Hati buat semua ni ada sebab. Bukan suka-suka.. Kalau suka-suka, hati pon taknak benda cenggini..Hati tahu macam mana sakitnya Diri tanggung semua ni.. Firstly, Hati minta maaf dulu ye..rasanya Jawapan dari hati ni tak sepanjang taipan yang Diri tulis untuk Hati tu..pendek je sebab Hati takde banyak sangat idea nak tulis..kalau masa Hati masih ada ruang untuk seseorang dalam Hati ni, Hati ada banyak idea sebab Hati sedang mengalami benda tu. Jadi senang la Hati nak tulis apa-apa yang terlintas pada diri hati time tu.

Itu je yang mampu Hati tulis untuk Diri. Hati tahu Diri takkan puas hati dengan jawapan Hati tapi satu je yang Hati mintak pada Diri. Terima seseorang itu dengan apa adanya =)

Coretan jawapan dari Hati untuk Diri..

Nov 22, 2012

Fatin Liyana: # Save GAZA

Fatin Liyana: # Save GAZA: Assalamualaikum Please share this for the sake of humanity Baby killing Syaheed classmates... how do you feel ? A bab...

luahan dari Diri untuk HAti..


Assalamualaikum..

Hari ni tak tahu kenapa perasaan ni sangat-sangat membuak nak mem'blog'kan isi hati Diri ni. Sebenarnya dari semalam sebelum aq tido pkol 2 pagi lagi aq rasa nak tulis. Tapi masa tu mata dah kuyu dan masa tu jugak idea mencurah-curah nak suruh tulis. Tapi nak buat macam mana, kekuatan nak tido itu lebih lagi dari nak buka laptop then taip entri ni. Post kat bawah ni korang baca je la ye. Dalam watak ni ada karakter DIRI & HATI. Siapakah mereka? Bacalah..

Satu benda yang Diri ni perasan sangat tentang Hati adalah dia mudah mengalah. Contohnya bila dia terpandang sorang yang dia minat tu, mula-mula dia memang menaruh harapan tinggi macam bukit tension (tetibe teringat lagu Harapan by Hyper Act - Harapan...harapan menjadi layu..ingin ku bahgia bersama..mengukir kenangan..memburu impian blablabla..) Kira time tu dah admire giler la kat minah ni.. Pastu 2 3 hari lepas tu dia ternampak minah ni borak-borak dengan laki lain (yang dilabel sebagai anonymous)

Disaat itu dan ketika tu jugak, hati dia berubah walaupun Hati sendiri tak pasti orang tu Bf dia ke, Bff dia ke Enemy dia ke).. 100% berubah. Pudar. Pastu lepas dari saat tu, bila minah sama lalu kat depan dia pon, dia buat derk je la.. Buat macam takde pape yang pernah berlaku. Seperti hari semalam tidak pernah wujud baginya dan tidak pernah hadir dalam hati dan seolah-olah Hati tak pernah kenal sape  si minah tu. Seriusly, Diri tak pernah faham tentang Hati. Sekejap berubah begitu, sekejap berubah begini. Kadang-kadang nak juga Diri ni tanya pada Hati, kenapa hati buat macam ni pada Diri. Diri sakit tau bila Hati buat macam tu pada Diri. Kalau nak cakap pasal seksa tu takyah sebut la.. Sekali azab pon ada..

Kalau dulu, pernah jugak Hati minat kat seseorang, pastu bila insiden 'contoh' kat atas tu berlaku, Hati masih lagi beri peluang pada Diri untuk terima orang tu semula untuk kali kedua,ketiga,keempat,kelima dan kali ke infiniti.. Kira time tu Hati tak tolak mentah2 la orang yang Hati minat tu.. Tapi sekarang, Hati dah teruk.. Hati hari ni bukan macam hati sebelum ni, dan bukan juga macam sebelum-sebelum ni.. Hati kejam sangat, Hati lagi jahat Cuma kadangkala Diri fikir Hati ni macam tentera Zionis.

Tak pernah langsung nak bagi ruang dan peluang untuk Diri ni rasa disayangi dan menyayangi orang lain. Hati memang takde hati perut kan? Hari-hari Diri berdoa pada Allah supaya Hati dilembutkan oleh Nya (time ni sedikit sebak bila aq tulis, tak tahu kenapa).. Tapi sampai hari ni Allah masih tak makbulkan doa Diri. Takpe, Diri masih boleh bersabar dengan ego Hati tu. Diri rasa Diri masih kuat walaupun tidak dapat mengalahkan Hati.

Haritu pernah juga Diri  dengar Hati berdoa pada Allah. Doa Hati bunyi macam ni, "Ya Allah, jika aku dilahirkan diatas muka bumi ini bukan untuk sesiapa dan jika tiada siapa pemilik tulang rusukku maka hapuskanlah personanya dari diri ini dan Kau tutupkanlah pintu hati aq ini dari menerima sesiapa  sampai bila-bila..aq redha ya Allah.."  Diri ni sedih tau bila Hati buat macam tu.. Tu bukan Redha..tu namanya Pasrah..

Lastly, Allah makbulkan jugak doa Hati dan Hati sangat gembira sampaikan orang yang nak muncul dalam diri Hati pon, Hati dah tak kisah.Hati buat2 tak nampak je kan? Kasian mereka. Lagi kasihan pada Diri sebab diri rasa sunyi sangat. Macam malam pungguk yang rindukan bulan. Hati takpe la sebab Hati tkde perasaaan cinta. Yang masalah sekarang adalah Diri ni. Yang punyai perasaan cinta sepertimana lumrah alam.. Diri ni dah puas dipujuk biar ia sentiasa tenang.

Tiap-tiap kali dan tiap-tiap hari Diri nampak orang yang sedang bermadu kasih. Di mana-mana. Diri ni mesti fikir, "bila Diri boleh jadi macam mereka? Diri pon nak jadi manusia normal. Nak rasa nikmat yang tuhan kepada hambanya. Kalau la Hati boleh bercakap secara lisan, dah lama Diri ni 'interview' Hati.. Nak tanye banyak sangat soalan yang ada dalam Diri ni. Diri pernah ingat satu insiden ni. Insiden yang membuatkan Hati tertutup untuk selamanya dan sampai sekarang tidak juga Hati buka.

Hari tu, Hati ada minat kat sorang minah ni, dah admire tahap gaban la. Siap Hati pernah bagi 'hint' bagai lagi kat dia dan dia pon perasan. Cuma dia tak terlalu tergopoh gapah la nak balas cinta Hati. Tapi dalam masa yang sama ada jugak kawan Hati yang minat kat dia. Hari2 kawan Hati tu selalu citer pasal dia kat Hati. Hati dengar je. Khusyuk. Tapi Diri tahu, Hati sedih pasal benda ni. Semakin hari, semakin kecik lubang untuk terima dia dalam diri Hati dan semakin pudar perasaaan Hati pada dia. Last2 'ruang' tu tertutup terus dan perasaan tawar tu kekal sebati dalam diri Hati sampai saat jari menaip post ni.

Lepas insiden tu, Hati nangis 2 hari tak henti2. lepas tu la baru Hati doa pada tuhan doa tadi tu.. Masa tu Diri kesian jugak tengok Hati. Diri pon takleh nak buat apa sebab Diri bukan tuhan. Diri takde kuasa nak halang kawan Hati minat kat Dia. Maafkan Diri sebab takleh bantu Hati. Masa tu Hati jadi serba salah nak teruskan bagi 'hint' pada dia sebab Hati takut kawan Hati tu terluka. Salah hati jugak,, kenapa Hati perlu jaga perasaan orang lain sedangkan Hati hati sendiri terluka? Parut tu masih ada lagi ke Hati?

Dan ada lagi sambungan dari kisah kawan Hati tadi. Rupanya moinah tu bukan minat kat kawan Hati tapi dia minat pada Hati. Kiranya 'hint' Hati tu terbalas la.. Kasian dia, hati.. Masa Diri tahu dia masih minat kat Hati tu, time tu Diri rasa gembira sangat. Diri sangka tuhan dah makbulkan doa Diri tapi masa tu hati dah takde pape dah. Perasaan Hati pada cinta dah hilang. Masa tu hati dah jadi tentera Israel dah.

Tu kisah 2 semester lepas. Tapi semalam Diri masih nampak dia masih beharap Hati masih boleh teima dia lagi. Hati, apa salahnya kalau Hati bagi peluang kedua untuk dia? Apa kata Hati longgarkan siket ruang tu?.. Diri kesihan tengok dia, harapan dia tu menggunung. Diri dengar, dia rela lepaskan orang lain demi Hati. Setianya dia.. Kalau Diri jadi dia, dah lama Diri cari orang lain..Hati, jangan hukum orang yang hati pernah sayang sepertimana hati menghukum Diri..sakit sangat...

Ikuti jawapan dari Hati nanti..

Corengan dari Diri untuk Hati..

cerpen : hati Kering


Dewan Kuliah Cempaka gamat seperti biasa dan hari2 lain ketika ketiadaan lecturer. Jam di laptop kelas menunjukkan pukul 9.30 pagi. Masing-masing dengan ragam masing-masing.. Kalau perempuan dengan makeup dan lelaki tidak kurang hebatnya dengan gadjet terkini. Wow!! Mengalahkan gaya dan cara hidup orang yang dah bekerja. Kadang2 terfikir juga dari mana mereka dapat duit banyak itu untuk menghabiskan untuk keperluan diri yang kadangkala bila difikirkan ia tidak diperlukan langsung.. Ada juga yang muka masih mengantuk. Di leher masing-masing tergantung kad matrik yang tertulis Diploma in Mass Communication. Lifestyle mereka memang kena dengan jurusan yang diambil. Sempadan. Kelihatan buku-buku masih berbalut kemas.. Baru. Seperti masih belum terusik walaupun ia dibeli setahun yang lepas dari Kedai Buku Kamal Sdn. Bhd.

"Perhatian" suasana hingar bingar tadi tiba-tiba diam. Suaranya lembut tapi  ada nada ketegasan disitu yang membuatkan dia sedikit diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua kelas. Tiada satu suara pun yang berbunyi kecuali Marissa.
"Marissa, dengar" nada suara Harris sengaja ditekan. Jelingan yang dibalas oleh Marry. Nama gelaran dikalangan rakan-rakannya..
"Hari ni Puan Lily tak..."
"Yeay"...belum pon sempat ketua kelasnya menghabiskan ayat terakhirnya itu, kelas hingar bingar. Seolah-olah mereka tahu ayat terakhir yang akan disampaikan oleh Harris. Dia menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal.

Masing-masing mula beredar. Sedikit demi sedikit keluar dari dewan kuliah yang suhunya sedikit sejuk membuatkan beberapa orang pelajar membawa mafla.
Ada yang masih tinggal di situ. Mungkin untuk membuat tugasan yang belum siap. Berbekalkan WiFi percuma oleh pihak UniTAR. Kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan dan kadang-kadang tiada sambungan terutamanya bila musim peperiksaan.

Gadis bertudung Siti Zulaikha. Tidak sedikit pun menunjukkan gaya tradisional yang dipakainnya seperti namanya. Orangnya cantik. Bertudung tapi bergaya dan menutup aurat. Tidak seperti kawan seusianya dan secantiknya. Sesiapa yang memandang pasti terpikat dengan kepandaiannya berfesyen ala-ala Shila Hamzah. Menarik. Pernah ditawarkan kerja part-time sebagai model majalah Anis tapi ditolaknya. Alasannya Cuma satu. Dia masih belajar dan dia bimbang jika dia tidak pandai membahagikan masa antara kerjaya yang tidak pasti boleh berikan dia wang disaat hilanya seri diwajahnya apabila dia berumur dan cita-citanya untuk menjadi salah seorang tulang belakang kuat di Astro, milik syarikat bapanya, Datuk Safwan.

Sehelai demi sehelai dibeleknya buku subjek Channel Networking. Nipis seperti tiada maklumat yang terlalu banyak. Tapi mudah untuk difaham setiap baris-baris ayat didalamnya. Diambil buku lain lagi yang berkaitan dengan subjek itu juga. Dihantar ke kaunter perpustakaan untuk dipinjam.
"Terima kasih" ucapnya kepada librarian itu. Sopan tapi sedikit tergagap. Mungkin kerana cara pendangan librarian lelaki itu. Senyuman tidak pernah lekang di bibir bergincu merah sedikit pudar. Gincu dari Maybelline yang dipakainya nampak sesuai dengan warna kulitnya yang mulus itu.
"Sorang je?" usha librarian itu yang tertera nama Zack di nametag baju kuning cokalt yang dipakainya.
Dibalasnya dengn anggukan. Kemudian beredar dari kaunter.

Dia tidak terus pergi dari perpustakaan. Diletakkan buku itu diatas meja bacaan sementara dia pergi mengambil surat kabar Berita Harian. Duduk kembali di tempat itu. Dibaca satu demi satu berita yang terpampang di dada akhbar itu. Nampak seperti menarik. Satu jam berlalu.
"Ika dah habis kelas? Nanti Pak Man jemput"..tertera pesanan dari seseorang. Dibacanya mesej dari pemandu peribadi keluarganya itu.
"Dah. Nanti Ika balik sendiri", itu sifat Ika. Tidak mahu menyusahkan sesiapa. Pernah dikata oleh kawan-kawannya dia memberika gaji buta kepada pemandu peribadinya.

Jam menunjukkan pukul 4.50 petang. Pengumuman perpustakaan akan ditutup 10 minit lagi berbunyi menandakan pergunjung perlu mengosongkan perpustakaan. Ika akur. Diaturnya langkah demi langkah ke stesen bas berdekatan. Hampir 15 minit menunggu bas Rapid KL ke Titiwangsa. Hampa. Tiada satu yang lalu. Namun dia tidak putus asa. Dibukanya buku yang dipinjam tadi. Pen yang tergantung di tali kad matriknya diambil dan sebiji buku nota biru pemberian Aqilah, semperna hari jadinya tahun lepas. Dijaganya betul-betul bagai menatang minyak yang penuh. Buku itu tercatat segala imu yang disampaikan oleh Puan Lily. Lengkap.

Tanpa membuang masa, dicedoknya sedikit demi sedikit isi yang dirasakan penting dari buku itu.
"Ping..ping…"sebuah kereta Toyota LEAF biru terpacak di depannya. Seperti kenal pimilik kereta itu. JDR 69. Kak Julia, jirannya.
"Jom", ajak Kak Julia. Seperti biasa dia jarang menolak ajakan orang yang dikenalinya. Katanya rezeki jangan ditolak.
"Lewat balik", Kak Julia memecah kesunyian.
"Baru habis study kat library. Pinjam buku ni skali", jawabnya.
"Study buku ke study pakwe? Maklumlah, gadis idaman pelajar lelaki UniTAR." Ika diam seketika. Ketawanya sedikit mengejutkan Kak Julia dengan tuduhan mengarut Kak Julia tadi.
"Mane la ada pakwe. Saya kan masih study lagi," dipertahankan haknya sebelum dikata bukan-bukan oleh  akauntan di Sime Darby Properties itu.
"Ok, dah sampai. Terima kasih kak. Ada ubi ada batas, ada hari tumpangkan lagi ye"..

to be continued...

Nov 20, 2012

...time darjah 2


Assalamualaikum..

Kesinambungan dari darjah satu..
Masa darjah dua aq jadi ketua kelas sampai darjah 6..fuyoooo...haha..bangga tau.. Pastu masa darjah tiga pegang jawatan AJK kebersihan bilik TV (bilik tu ada nama actually tapi aq x ingat), AJK Nilam la, pergi letak buku yang ada dalam bakul atas meja awal2 pagi pastu bila time balik jam 12.45 tengah hari tu kutip la balik..

Time darjah dua tu pernah sekali aq terlalu aktif sampaikan pegawas kejar aq sebab aq malas giler nak beratur..pastu kejar punya kejar, berlari la aq dgn dia macam citer hindustan tu..kesian pulak kt dia kan..dah la pakai kain...nak kena langkah panjang bagai...nama pengawas tu AINA...aq ingat lagi..garang giler..aq tak sure dia tulis ke tak nama aq dalam buku 555 tu..tapi time tu aq peduli hape.. Apa nak jadi pon jadilah..

Satu lagi time assembly aq boleh pulak duduk dalam kelas..sebab? Sebab aq datang lambat 5 minit..time tu pengawas memang dah sah2 tkde kt gate sebab nak control perhimpunan.. Aq dengan selamba badak masuk kelas (berdebar jugak siket2 bila time ada cikgu buat round then cepat2 aq menyorok kat bawah kerusi macam kura2 dalam cangkerang..haha..kecot perut)..duduk la aq dalam kelas tu sampai habeh perhimpunan..

Nakal bukan main la time skolah kan…nak degar lagi?haha..masa darjah dua masa dah nak hujung tahun tu aq dilantik jadi ketua kelas. Aq pikir 2 bulan sebelum sekolah nak cuti.. Masa tu whiteboard tkde lagi..masih pakai greenboard(orang panggil blackboard tapi dalam kelas aq board tu warna hijau) aq tak sure kemana ketua (ABDUL NAIM) tu sewaktu aq dilantik jadi ketua kelas..

Aada satu hari tu aq main kapur..ambik kapur pastu aq hancurka kt bawah meja aq.. Pastu ada la budak pompuan ni mengadu kt cikgu kelas aq time tu masa Bahasa Melayu (sekarang dah tukar Bahasa Malaysia), Cikgu Arifah..dan2 tu jugak aq kena pecat jadi ketua kelas..pastu korang nak tahu sape ganti aq?? Budak pompuan yang mengadu tu yang ganti tempat aq...haha...tergelak besar aq bila ingat2 balik kisah suka duka jadi darjah dua ni…

petang2 bila ada selection sukan, aq pergi jugak pastu bila balik dengan ayah pkol5 tu dia mesti tanya, dapat no bape? Aq dengan teragak-agak jawab dapat no 1 la, no 2 la..macam2 la jawapan aq..(sorry dad because I lie you..sebab masa tu aq taknak dorang cakap aq pergi tapi tak dapat ape2 nombor..padahal ayah aq dah boleh guess aq tak dapat satu pon nombor sebab tu hanyalah SELECTION bukan Competition sampaikan satu ketika tu, ada selection untuk bola jaring..

Aq bukan main bersemangat datang full tracksuit..datang pulak bukan 5 minit sebelum selection,,ada la 30 minit hingga 1 jam aq sampai tapi bila dah start temgok sumer perempuan..huahuahua...nasib baik time tu adik perempuan kesanyangan aq ada temankan..boleh la borank2 sambil tunggu ayah aq datang pkol 5 tu..a

Banyak je lagi peristiwa suka duka aq time darjah dua contohnya bila time Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK), waktu Muzik, waktu rehat, ada jugak berhutang dengan kekgkawan (Zainul Hakim - anak tokey minyak Petronas tapi aq x tua dah habeh ke belom aq bayar duit dia tu), da lagi citer tapi banyak yang dah lupa..pasal kt kantin la..

Corengan yang masih segar tentang ingatan masa tahun 2001..

...time darjah 1


Assalamualakum..

Sebenarnya part ni kesinambungan dari part UPSR tu tapi panjang sangat.
Ni nak citer kisah suka duka aq la time UPSR dulu2.. Aq dulu dan sekarang banyak sangat beza..dulu kanak-kanak sekarang pengakhiran kanak-kanak..dulu kulit licin sekarang kulit tegang..hihi.. Bukan tu yang aq nak citer.. Aq nak citer pasal UPSR dan life aq masa skulah rendah la..amboi, pengenalan dah nak sama panjang dengan isi karangan nampak..

Masa time skolah rendah dulu, aq budak biasa2 je.. Duduk kelas nombor dua..dari darjah 2 smapai darjah 6. masa darjah satu duduk kelas nombor 1..aq tak tahu macam mana arrangement dia sampai aq tersenarai dalam kelas nombor satu tu..nama kelas tu kelas 1 Amanah kt Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu.Mungkin disebabkan adjustment dari Tok Ki Ali (aq tak sure apa hubungan sebenar antara aq dan dia tapi yangaq tahu Cuma mameng kami ada pertalian sudara antara dia dan aq). Terima Kasih Allahyarham Tok Ki Ali..

Dah Berpuluh tahun aq tak pergi ke sekolah tu.. Last pergi masa darjah 6 last day kat skolah tu,..time tu la last skali aq pijak kaki ke skolah tu..ada la lebih kurang 8 tahun aq tak masuk gate skolah tu..lalu je depan skkolah bila balik cuti sem.. I miss pekerja kebersihan kt skolah tu especially Pak Cik Nobli, Mak Cik tukang sapu (sorry, aq lupa nama makcik tu tp dorang really2 baik dengan aq..terima kasih banyak2)..

Satu ayat yang pernah aq ingat Pak Cik Nobli pernah sebut : "Apih (dia panggil aq Apih, how special I'am..dia ingat nama aq,..haha) belajar sungguh2,,kekgi jangan jadi macam PakCik ni..ape pon tkde.." masa tu perasaan nak berjaya pon tkde dalam diri ni apatah lagi aq nak degar nasihat dia tu,..so,, aq seyum je lah...tapi bila kenang2 balik,,perkataan dia dan ayat2 dia tu boleh buat aq jadi sebak..don't know why =(

Masa darjah satu sampai darjah 6 aq sorang yang sangat hyperaktif tapi tahap ke'hyperaktif'an tu semakin menurun bila dah nak sampai ke darjah 6 tu.. Dan satu lagi yang masih aq x lupa ialah bila aq x pernah nak ambik tahu hal2 akademik..jadi,, time tu aq tkde la nak pikir langsung pasal pelajaran..apa yang ada dalam fikiran aq, main, tengok TV, main pondok2..bila ingat balik, kelakar pulak aq rasa.. Dan seriusly, aq suka bila aq tak pernah nak fikir langsung pasal pelajaran.. Aq langsung tak kisah bila aq dapat nombor 3(masa tu darjah 3) ke bape ke..aq rasa macam semuanya sama..tkde beza..macam konsep 1Malaysia la..haha..

Pernah jugak kawan aq kata kat aq, macam mana kau dari kelas pertama boleh drop ke kelas kedua..nak tau jawapan artis apa yang aq bagi? NO KOMEN.. Punya la selamba jawapan time tu..langsung tkde terasa hati ke, kecik hati ke, ape ke..tapi masa aq skolah rendah aq kuat berpesatuan dan pegang banyak giler jawatan..kiranya macam gila kuasa la..

Corengan dari hari yang masih rindukan sekolah rendah..

Tahniah Adik2 UPSR..


Assalamualaikum..

Adik2 UPSR apa khabar?wah2.. Hari ni dapat result kan? Macam mana? Mesti ada yang happy, semi-happy dan ada jugak yang yang sedih kn?. Ish, tak perlu la nak semi-happy ke,,sedih ke..yang penting ENJOY..haha.. UPSR just pra-step to the other journey.. Kalau takde pre-step tu pon tkpe..masih boleh jadi doktor, engineer, arkitek, PHARMACIST, Pharmacy Technician, Lawyer dan lain2 job yang konon2 gah pada mata la.. Once u fail ia tak bermakna adik2 fail sampai bila2 ok? Jadi Macam abang Syafiq (dah rase tua bebeno panggil Abang)

Lebih2 lagi zaman sekarang..zaman perubahan era pendidikan..nanti start dari tahun adik2 dah tkde PMR dan SPM bagai tu kan.. Which mean korang dah boleh la belajar sungguh2 untuk masa depan ye.. Tapi satu benefic korang ialah korang takyah susah-susah nak stresskan diri nak hadap exam bagai.. 'Just go with the flow' bak kata Honeykoyuki..

Corangan dari hati yang berlagak macam pakar motivasi..

Nov 19, 2012

Last part soal hati


Assalamualaikum.. Harap korang sihat..

Malam ni tak tahu kenapa tetibe nak tulis tajuk ni padahal tkde angin, tkde ribut dan takde petir.. Yang ada Cuma hujan renyai2 je kt kolej ni dan serangan tak berhati perut Israel keatas Palestin.. Aq tak nak sangat ulas pasal isu palestin ni sebab aq x tahu sangat dan aq harap suatu hari nanti I'll find out the real story..

Betul kata BFF aq (surat dari dia)..

'syafiq, kau bukan malaikat.. Kau bukan tuhan,, kau bukan makhluk lain selain MANUSIA..jadi sebagai manusia aq percaya kau seperti manusia lain..yang punyai hati dan perasaan..yang punyai nafsu kepada manusia lain.. Yang punyai 'apa' sepertimana manusia lain ada.. Tapi kenapa? Kenapa kau mesti NAFIKAN perasaan kau pada manusia yang hadir dalam hidup ngkau? Yang 'menari' di atas pentas dunia yang disaksikan oleh mata kau sendiri dan badan kau sebagai penonton?? Kau seolah2 biarkan mereka datang dan pergi macam tu je..macam angin..kau sedar tak semua tu? Atau kau memang sengaja buat2 tak sedar dan ianya bersebab??

Come on la syafiq.. Kau perlukan seseorang dalam hidup kau..seseorang yang boleh dibuat teman..seseorang yang boleh dijadikan suri di hati tu..kalau bukan sebagai girlfriend pon, boleh je kau buat as a WIFE.. Apa yang aq perasan sangat tetang diri kau,, kalau perempuan cantik macam bidadari yang lalu depan kau pon kau tak pandang dia sebagaimana lelaki lain pandang perempuan yang sama dengan biji mata terbonjol dan nafsu membuak-buak.. Jenis yang macam mana lagi yang jadi taste kau?? Kaya? Ada PhD? Gaji besar? Atau kau tunggu bidadari yang datang dari syurga?

Aq boleh cakap you are too demand!! Sangat2 demand..dalam kes kau ni aq boleh klasifikasikan sebagai kes orang yang susah sangat nak terima perubahan dalam hidup kau.. "Orang yang paling tidak bahagia ialah bila ia takut kepada perubahan" (Mignon McLaughLin)..Kau pikir semua lelaki beruntung macam kau? Kau pikir ada ke seorang perempuan yang sanggup tunggu seorang lelaki dalam hidup dia selama 10 tahun dengan dia menolak lamaran lelaki lain dalam hidup dia semata-mata kerana tunggu kau bagi jawapan kepada dia??

Bersepah perempuan tunggu kau kat luar sana.. Tu tak termasuk budak kolej kau lagi.. Kalau nak hitung-hitungkan dah berapa ratus budak sekolah kau dulu, budak kat tusyen kau, budak kt kelas tambahan kau..dan banyak lagi la.. Tapi kau tak pernah 'celik' dengan apa yang sedang mengejar kau.. Sebenarnnya, apa yang kau takut sangat? Kau takut perubahan dalam hidup kau? Kau takut prinsip hidup kau : bekerja sebelum matahari terbit dan berhenti kerja selepas matahari terbenam? Tu ke yang kau takutkan sangat?

Syafiq,, listen to me carefully.. Apa yang kau dapat dari buat semua tu? Kau pergi kerja awal subuh dan kau balik kerja lewat malam.. Memang aq akui kau ada duit banyak..harta kau aq rasa tak habes makan beberapa keturunan.. Orang jepun pon tak work hard macam kau.. Dorang kerja one day maksimum 15 jam..kau? One day kau kerja 16 jam..30 hari sebulan dan 365 hari setahun..

Kau tak pernah ke pikir masa depan kau yang tak pasti lagi? Orang lain pon tak pasti jugak tentang masa depan dorang tapi at least dorang ada perancangan tentang masa depan dorang..masa depan untuk anak dan isteri. Kau? Dah memang sah2 kau tkde masa depan kalau diri kau masih sama macam dulu..masih sama macam masa kau ada dalam perut mak kau beberapa puluh tahun dulu..

Kadang2 aq sedih dengan kau.. Kau cerdik, genius dan rajin, tapi kau hidup kau tkde life..Aq harap dengan hadirnya surat ni dalam hidup kau dan terbacanya surat ini dari keihklasan suara hati kau,, U will change.. Kalau tak ubah banyak pon,siket jadi lah..paling kurnag pon kau ubah diri kau dari "membiarkan perempuan yang 'lalu' di depan kau dengan sia-sia" kepada "jangan lepaskan peluang di setiap ruang yang ada"..

Good luck dude..
~Salam sayang dari BFF~

Reply dari aq…

Hamboi,, berjela kau mengarang + ceramah yang berbau hasutan.. Insyaallah aq akan cuba jawab semampu yang boleh terhadap tomahan kau kepada aq tu.. I'm not going to fight with you because I love and respect you as my BFF ok? Memang aq akui, aku biarkan mereka lalu depan aq macam angin je.. Tapi aq buat semua ni bersebab.. Aq takkan buat satu benda tu tanpa sebab dan ianya hanya sia-sia..

Punca kepada semua sebab.. Iaitu KERJAYA aq.. I love my job so much lebih dari diri aq sendiri.. Demi kerjaya, aq rela bujang sampai mati, demi kerjaya aq rela korbankan nafsu aq, demi kerjaya aq rela buat apa je yang aq rasa ia boleh memajukan diri aq dan kerjaya aq.. Aq buat semua benda sebab kerjaya aq.. Mungkin ada yang pikir,, kau hapir kepada gila..tapi tu kepuasan kepada diri aq sendiri..

Mmang aku akui terlalu banyak sangat perempuan yang terpaut di hati aq ni..betul kata kau aq biarkan mereka macam angin..tapi kau kena faham satu benda.. Aq tak berani, aq takut.. Kadang2 aq rasa aq jadi hamba kepada kerjaya aq sendiri dan benda yang aq masih fikirkan sekarang, bila aq berbudi kepada kerjaya aq, aq dapat duit..bila aq berbudi kepada buku, aq dapat ilmu.. Dan dalam masa yang sama bila aq berbudi pada seorang perempuan,,apa yang aq dapat? I got nothing unless sebuah kasih sayang yang aq boleh tagih dari parents aq..so?? So,,aq pikir aq x perlukan kasih sayang dari seorang perempuan bernama kekasih..

Aq nak kau tahu satu benda,, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..dan kekurangan aq ialah aq tak sanggup untuk terima sabuah perubahan kerana seorang perempuan..that's all..i hope u understand dan segala persoalan di fikiran kau terjawab.. Terima kasih..

Corengan dari hati yang sudah melepaskan semua denga yang terpendam selama ni..

Trip to Shah ALam by Komuter


Assalamualaikum…

Alhamdulillah masih dikurniakan kekuatan  untuk berblogging.. Mungkin doa dari korang aq masih sihat dan dariNya aq masih mampu menaip.. Terima Kasih bebanyak ye..

12 November 2012 aq ke Rumah K.pi di Seksyen 20 Shah Alam (actually x tau pon Seksyen bape kalau korang tanya sebelum ni sebab last day sebelum balik Sg Buloh baru tahu dia stay kt Seksyen 20..haha..teruk betul la aq ni..) Rumah sewa dia kt situ. Blakang KTM Shah Alam tu je..10 minit naik kereta.. 10 minit jugak jalan kaki (kalau guna shortcut) Apa yang aq nak citer kt sini adalah sedikit sebanyak tentang perjalanan dari stesen KTM Sungai Buloh ke KTM Shah Alam.. It's quiet fun sebab dah rasa macam seorang pengembara dari luar Malaysia (Indon? Nepal? Bangladesh? Atau Kemboja?haha) yang dah di guide dengan 'GPS' ..(GPS la sangat)...haha..



Perjalanan take time 1 jam 15 minit...tapi tu sumer depend pada kelajuan dan kelembapan (cuaca) dan ketangkasan tren korang naik la.. Mula-mula naik KTM dari Sg Buloh 'tercinta' then terpaksa ringankan kaki bertukar stesen (kalau dalam train announcement mesti sebut : INTERCHANGE STATION TO bla..bla..bla..) kat 4 tempat boleh buat.. Aq nak terang aq pon x pandai jugak (sebab tu aq x jadi Cikgu Syafiq..hehe)..nanti aq tempek maps dan korang tengok sendiri la ye dan I'll try my best to explain the route ok? =)

ni la 'GPS' nyer..
kredit to : zkeretapi.blogspot.com

Pertukaran stesen boleh berlaku @Putra (I miss Putra sebab kt situ la nostalgia kalau naik bas nak balik Terengganu tersayang), @Bank Negara, @Kuala Lumpur atau @KL Sentral.. Terpulang pada korang la nak pilih yang mana satu sebab dah memang sifat 4 setesen tu 'interchange station' kalau korang rasa malas nak tukar kt stesen ptama, korang boleh pergi ke stesen kedua, kalau korang malas ke stesen kedua boleh pergi stesen ke tiga, kalau malas jugak tukar di stesen ke empat.. Kalau malas jugak tak payah tukar langsung sebab memang korang dasar pemalas..haha..gurau je..kalau salah jugak korang akan dihantar ke stesen bertentangan la unless korang memang nak pergi ke stesen 'bertentangan' tu kan...haha..paham tak?? Ada ciri-ciri seorang cikgu tak??

Harga tiket dari Sg Buloh ke Shah Alam x mahal pon dengan berbekalkan kad Komuter 1Malaysia (Terima Kasih Rosmah punya suami) x mahal sangat pon cuma RM 2.10 je.. Kalau anda PATI, kena la bayar RM4.20.. Jauhkan beza harga dia..macam Sungai Buloh dengan Kuala Terengganu (when I became HOMESICK!!) Ye la,,dah nama pon 50% discount.. Maka, bersyukurlah anda bila menjadi warganegara Malaysia dibawah pimpinan Najib Razak..jangan suka bangkang2 bagai ok?? (sejak bila pulak aq pandai berpolitik bagai ni? =O <--- scary) dan kalau compared dengan naik kenderaan sendiri adakah anda dapat jimat dengan harga RM2.10?

Minyak lagi, tol lagi, tenaga dan kepakaran memandu lagi dan jem (bukan jem roti ye) lagi.. Too much to think about.. Nak parking lagi (amboi,, anti bebeno dengan private transport ni).. Berpadanan la RM2.10 kalau travel berpuluh kilometer pakai public transport.. Public transport yang aq maksudkan adalah Komuter ye, buka teksi..kalau teksi, aq lebih rela lantik sorang driver guna kereta BMW 7 Series, badan bidang (demand bukan kemain lagi si Syafiq ni,,macam cari calon isteri jugak..)

Kalau bas tu aq x tau la harganya bape.. Lebih kurang je kot tapi kelemahan bas adalah it just a short distance.. Maksud aq dia tkde la dari Sungai Buloh ke Shah Alam..Sungai Buloh ada bas ke? TKDE!! Ahli parlimen Sungai Buloh sila berbuat demikian dengan segera ye? Haha..kasihan kami student KSKB Sungai Buloh astik naik teksi je...dah la mahal..2 hengget skali naik..kalau naik Rapid KL mesti samah je (1 amah is equvalent to RM 0.50 ye? Harap dimaklumakn)...yg suka bebenor berjimat macam aq ni,, kalau boleh nak la pilih yang paling murah (tak kisah la susah siket pon kan?? Kalau macam tu jalan kaki boleh?? Free je -annoying- =p)

Aq rasa aq behenti kt sini dulu kot.. Nak pergi sembahyang asar kejap.. Nanti baca la post seterusnya..dan doakan idea aq semakin pulih dan semakin best untuk korang baca ye..

Corengan yang tak seberapa..

Nov 17, 2012

Pasar Malam Seksyen 19, Shah Alam


Assalamualaikum..korang masih sihat? Alhamdulilah...

Memandangkan kat rumah K.Pi tu bahan mentah basah dan kering dah habis sebab aq dah pulun habis2 24 jam, terpaksa la petang ni pergi cari makanan tunjuk..paham ke makanan tunjuk? Maksudnya tunjuk itu disekalikan dengan duit ye...hehe...rasa2 dah paham kot..kalau tak paham2 jugak tanya la sape2 yang paham ye..

Hari ni ada 2 pasar minggu pada hari yang sama..1 kt 'seksyen 19' yg aq pergi dan satu lagi kt 'seksyen 20'...sebelah menyebelah je kan tempat dia...pastu rezeki setiap peniaga tu hak masing2 la kan...dua dua pasar minggu ni dekat je dari umah K.Pi..cuma satu menghala ke utara dan satu bercabang ke selatan..Rumah K.Pi pulak kt tengah2 antara 2 pasar minggu ni.. 

Pasar minggu seksyen 19 ni banyak jugak la gerai dari hujung rambut ke hujung kaki barang2 yang dijualnya..aececeh..macam2 makanan ada jual.. ayam, ikan,nasi goreng, ayam percik dan banyak lagi la...macam kt pasar minggu atau pasar malam kt korang punya tempat jugak la ..sama je,,sejibik..hehe.. bila sebut pasar minggu atau pasar malam cuma yg bezakan adalah besar atau kecik je saiz kawasan tu dibuka...kalau kt kampung aq ada 7 gerai je yg bukak..kalau kt seksyen 19 ni ada 70 gerai kot...wah,,banyaknya...yes!!sangat banyak..

Kalau seksyen 20 ni aq tengok siket je gerai bukak..mungkin  dalam 40 grerai je.. tak tahu la pulak angka sebenar sebab tak kira pulak tadi...tapi dari survey aq kt seksyan 19 ramai orang Malaysia yang pergi beli makanan dan lain2 perkara kt sane..tapi kt sini dan sebaliknya berlaku pada seksyen 20.. mak ai,,rasa macam kt overseas je..hehe...overseas la sangat...ramai giler pelancong asing dari bangladesh, nepal, indonesia, nyamar dan tidak ketinggalan juga ada dari kemboja..

Harga makanan kt kedua dua pasar malam lebih kurang je lah.. tapi seriusly ia lagi mahal dari Terenganu contohnya semalam aq beli tengkorak ayam, kalau kt Terengganu harga dia RM 3.00 dan kat sini semalam harga dia RM 4.50 dengan kuantiti dan kualiti ayam yang sama.. dan banyak lagi lah.. ada jugak kuantiti makanan dia banyak dari terengganu.. yg ni harga yang sama tapi kuantiti yang berbeza.. aq x tau la sebab apa lagi banyak tapi rasanya 'kureng' la siket.. mungkin sebab tu la kot murah.. dan selebihnya aq x tau mungkin ada maksud tersurat dan rersirat di sebalok semua ini... Wallahualam...

Corengan yang tak seberapa.. ikuti post seterusnya..

Nov 15, 2012

Jalan-jalan ke Sekincan


Assalamulaikum w.b.t dan selamat petang…

Terima kasih sebab masih 'gagah' nak baca setiap post yang aq taip special untuk korang ni.. Cuma tangan ni je yang sejak dua menjak ni letih menari menyiapkan 'laporan' percutian selama seminggu cuti berblogging ni (syafiq, kau kena kuat kalau tkanak pembaca berasa hampa)..BERTAHAN!!!!!so, kepada korang...aq harap2 sangat baca la ye sampai habis walaupun aq tak dapat apa2 manfaat selain kepuasan menaip...

Sambungan dari hari semalam tetang post pasal shopping kt Sogo, Jalan TAR dan Masjid India, hari ni 15 November 2012 aq nak citer kat korang pasal jalan2 ke Sekincan. Ha? Sekincan? Kat mana tu? Tak pernah dengar pon..kalau Pavvilion tu pernah la dengar.. Hari ni satu tempat je aq jalan2 tapi syiokknya mengalahkan 10 tempat yang aq pernah aq pergi dan jejaki..nak tahu kenapa?? Roll VT…action!!

 First, Sekincan tu adalah rumah mak dan bapak husband K.Pi (Abg Akam).. Dorang (parents) adalah berasal dari Jawa dan kalau korang dengar dorang bcakap, tak sama macam Melayu tulen cakap.. Tapi kalau percakapan dorang di'slow motion'kan,, memang konfem korang akan faham unless anda adalah  silent reader aq yang berbangsa Nepal, Indon atau Bangladesh..haha

On the way nak sampai sekincan tu, ada la nampak satu tempat pelancongan yang biasa filem2 buat shooting kt atas bukit tu..monyet po banyak gak kat situ tapi monyet tu bukan geng2 aq la kan..hihi.. Yang aq pernah perasan cerita Sembilu arahan Yusof Haslan.. Mula2 nak singgah pastu bila tengok dah penuh giler orang + parking, tak jadi la aq nak merasa berada di puncak yang tinggi..kalau bukit tension tu boleh kira tempat pelancongan tak sebabkan dia ada jugak puncak yang tinggi..kira boleh nampak 1 asrama KSKB...haha

It's take 1 jam perjalanan dari rumah K.Pi kt Seksyen 20, Shah Alam.. Aq tolak dari umah pkol 10.30 malam dan sampai pkol 12.00 tengah hari sebab lalu via jalan jauh pastu singgah pasar lagi beli sayur, ikan dan lain2...yang penting ikan kat situ SEGAR & MURAH (macam iklan Giant la pulak)..Boleh tahan jugak la penatnya duduk dalam kereta tu.. Tu baru duduk dalam kereta,,habeh kalau jalan kaki? Tak ke putus kaki tu?haha..kiranya nak sahut seruan 10,000 lagkah yang macam dalam post GM Mall Klang & Jusco (AEON) tu la kan…

Overview tentang Kampung Sekincan ni (I'm not too sure 'Sekincan' tu kampung atau daerah) it's sangat seronok kepada pencinta wanita...eeeh silap...pencinta alam semula jadi. Sebab?? Sebabnya korang kena la baca sampai habis...sebabnya kat situ bukan main banyak lagi bendang sawah menghijau..ada yang dah menguning


infront of his house
mak, pikah n ain
si baju pink yang sangat tak boleh blah!!
Ye la, dah memang sesuai sangat sebab nampak sangat suasana kampung zaman dulu2 kt situ (aq mention 'zaman dulu-dulu' sebab zaman sekarang mane la ada lagi kawasan yang tanam padi banyak2 macam tu even kt Terengganu sendiri pon bendang padi tu dah pupus oleh kerana pembangunan yang konon2 memajukan sangat la negara Malaysia ni..i love nature so much..wekk..muntah darah)..


baru ada muka aq...kalau tak,,memang susah nak bergambar...sebabnya aq yang jadi kameraman..haha
candid and they don't know about it..
silau...
peace...
beratur jalan kat bendang..lastly aq jugak yang berpeleot...malang betol...








 sekali pandang tu ada la jugak macam emas.....nanti aq letak gambar then korang tatap la sampai mengantuk..hehe.. Kt situ jugak banyak shooting kalau dalam cerita yang berunsur ke'kampung'an.. Contohnya?? AIMAN SUPER TEMPE..



how cute I am??bab2 perasan memang serah kt aq lah...


 Kata Abg Akam, biasanya setiap tahun paddy (versi mat saleh) akan dituai 2 kali.. Dan sekali tuai biasanya seorang penuai atau pemilik tanah berpadi tu boleh dapat untung bernilai...dengar betol2 ye..bukak mata tu luas2..dorang boleh dapat hanya seciput RM 1,000,000.00 (kalau tak pandai baca angka kosong tu, aq tulis dalam perkataan.. RM 1 JUTA ye!! ) setahun bape? kila sendiri la..



Then bolah dikatakan orang yang bermata duitan seperti aq ($.$) terlintas nak beli sebendang tanah dari seseorang kt situ,..tapi mak aq lagi bijak idea dia...katanya "dari Syafiq beli tanah kat sini, apa kata kalau Syafiq 'beli' anak dia? Dah konfem2 tanah tu dapat free kan?"...mak dengan anak sama bijak jugak.. Kalau bab2 memiliki dan dimiliki ni, aq tak fikir panjang siket sebabnya korang bileh baca kt post 'last part soal hati'..


 Korang pikir apa boleh buat dengan duit RM2 juta tu ha? Simpan? Labur? Beli rumah? Kereta? Berjoli? Melancong? Atau shopping borong barang 1 Pavvilion tu? Kalau aq,,aq laburlah dalam Amanah Saham Berhad (konon bajet duta produk la ni kan)..Memang duit tak abes la makan beberapa keturunan kan? Anak cucu goyang kaki ke.. Duit masuk tiap2 tahun dan skali masuk bukan 1k, 2k atau 3k..beratus2 K ok?



 Dari tadi duk citer pasal Padi x habeh2..skarang nak citer pasal rumah kat situ pulak.. Rumah kat situ jauh2..sebab tanah sorang2 luas giler pastu satu tanah satu rumah..dah memang sah2 la rumah jauh2 kan.. Ada hikmah jugak la rumah jauh2 iaitu jauh dari dosa..dosa ape? Dosa buat ketupat..tapi kalau daya afiniti(daya tarikan) untuk bergosip lebih kuat dari kemalasan dalam diri tu, buat jugak dosa ketupat tu kan??faham ke apa aq tulis tu? Ke aq je yang paham sorang2?? Kalau tak paham tanya eeh kt ruangan komen tu ye,..


 Kalau malam2 pulak kat sini dah macam kat kutub utara..atau dengan kata lain, takyah pergi sana pon dah boleh merasa macam mana sejuknya kat situ.. Dari teori yang aq boleh kaitkan ialah..bila banyak pokok ditanam, jumlah cahaya matahari untuk sampai ke bumi adalah rendah,,so,,bila jumlah tu kecil, haba dari matahari tu tak sempat la nak terkumpul kat bumi ni..then, jadi la kawasan tu sejuk keto..betul ke teori aq tu?



 Kalau kat KL ada ke rasa sejuk semulajadi macam tu?? Tkde kan?? Dan jangan bermimpi lah nak rasa sejuk macam tu unless kat tempat korang tu dah ada pasang ekon siap2..tak pon bukak peti sejuk bahagian freeze tu 24 jam dah nak bagi sejuk sangat kan.. So,, nasihat aq,, kepada orang2 yang berkuasa,, jangan suka2 nak tebang pokok sana sini.. Dunia ni dah makin kurang oksigennya dan dah makin banyak karbon dioksidanya…



 So,, kepada DBKL, bawak2 la berbincang hal2 cenggini walaupun ianya nampak sangatlah remeh tapi bila perkara remeh tu tak dipindang seperti yang sepatutnya, ia boleh jadi 'barah' dalam masyarakat.. Kalau la aq jadi PM, mesti aq dah dapat gelaran Bapa Alam Semulajadi..haha..




 Apa nak tulis lAgi harrr??? Opps, ada lagi yang belom tulis ni.. Mula2 tu aq ingat pergi kejap je la Sekincan tu then balik la tengah hari ke hape ke...dah kalau sampai kat sana dah pkol 12 tengah hari, mane dan nyer nak balik tengah hari..nampak sangat la tak berbaloi perjalanan 1 jam pastu lepak2 kejap pastu balik...patotnya aq tido situ semalaman..baru la Syiokkk...dapat la rasa kutub utara kat situ...haha..


Nanti next post aq sambung lagi pasal Mee Udang Banjir Sekincan & sawah padi yang lebih lanjut..nak tahu sedap ke tak dan kisah yang berlaku di sebalik Mee Udang itu?? Rajin-rajin la baca ye..

Corengan dari hati yang baru bangun dari tido sebab tengah hari tadi tak sempat nak tido sebab sibok melayan laptop ni dengan WhatsApp =)

customer online

jangan klik kanan