adverlet atas


Jan 8, 2013

[Praktikal] 08012013 @Selasa


Assalamualaikum..
            Hujan renyai-renyai membasahi muka bumi 10 minit sebelum saya meninggalkan rumah untuk ke hospital. Keadaan jalan yang sesak adalah perkara yang biasa sepertimana sebelum ini. Saya berazam untuk punch card pada jam sebelum 7.30 pagi kerana saya ingin pulang ke rumah pada jam 4.30 petang. Itu azam saya pada hari ini.

8.00 am – 10.00 am :
            Kerja semalam masih saya lakukan iaitu memindahkan rekod dari bin card ke Buku Rekod Ubat Terkawal (Controlled Drug). 1 jam kemudian baru dapat saya siapkan semua rekod ubat controlled. Kemudian bin card lama dibungkus dalam 1 kotak untuk disimpan. Selepas itu saya ‘filling’ ubat. Ekoran daripada kerja semalam (kerja mengemas dan memindahkan ubat ke tingkat 2), banyak ubat yang terpaksa dihentikan untuk diberikan kepada pesakit kecuali pesakit sanggup untuk menunggu dalam tempoh 15 minit lagi.

10.30 am – 1.00 pm
            Kerja-kerja ‘filling’ masih terus berjalan. Untuk tempoh 30 minit kemudian saya top-up ubat yang kurang sehingga jam 12.30 pm kerana ubat dari tingkat 2 yang disimpan semalam baru sahaja dibawa turun semula. Mulanya saya bercadang untuk dapatkan fail meja PPF dari Puan M (U36) kerana beliau yang in charge semua perkara berkaitan PPF tetapi disebabkan banyak kerja, saya tangguhkan dahulu hasrat saya untuk berbuat demikian.

 2.00 pm – 5.00 pm :
            Setelah rehat selama 1 jam, pada sebelah petang saya mengambil peluang untuk belajar melabel ubat-ubat Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Drive Thru dengan PPF TA. Ada banyak perkara yang saya dapat belajar daripada beliau namun tidak semua perkara sempat saya dapat kerana ada beliau ada perkara lain perlu diselesaikan pada waktu dan ketika itu. Apa yang saya perasan, pada hari ini segalanya memudahkan. Contohnya label Metformin yang khusus untuk Metformin sahaja. Cuma yang membezakan adalah nama pesakit dan tarikh ubat pada label.

            1 jam sebelum pelang saya meminta untuk dapatkan fail meja PPF untuk dimasukkan dengan Puan M untuk dimasukkan ke dalam laporan saya di unit ini. Tanpa disedari jam telah melepasi 4.30 pm semasa saya mendengar azan Asar berkumandang dari masjid berhampiran. Tanpa membuang masa saya mengambil keputusan untuk sembahyang asar dahulu sebelum punch card sebelum pulang.

Kesimpulan :
            SPUB ialah apabila seorang pesakit ingin mengambil ubat di klinik kesihatan / hospital berdekatan. Jadi kakitangan farmasi yang bertugas di hospital asal perlu menyediakan ubat berkenaan dan akan diambil oleh kakitangan dari hospital / klinik kesihatan berkenaan untuk didispen kepada pesakit di hospital tersebut beberapa hari sebelum pesakit datang mengambil ubat.

Jan 7, 2013

[Praktikal] 07012013 @Isnin


Assalamualaikum..
            Hari ini hari lahir emak saya yang ke-49. Happy birthday mom. Bangga ada emak seperti beliau. Saya bertolak dari rumah pada jam 7.10 pagi kerana saya ingin punch card sebelum jam 7.30 pagi supaya saya boleh pulang pada jam 4.30 petang kononnya. Tetapi malangnya sesampai di hospital, pintu farmasi utama (tempat saya punch card) masih belum dibuka kuncinya kerana kunci berada dengan orang yang datang tepat pada jam 8.00 pagi. Jadi, hasrat saya untuk pulang awal terpaksa saya lupakan dengan segera. Hampeh!!

8.00 pagi – 10.00 pagi
            Masuk ke ACC saya terus disuruh untuk menyimpan kembali barang yang dipunggah semalam ke tempat asalnya. Selepas itu saya diminta untuk menukarkan bin card yang bewarna pink kepada Buku Ubat Terkawal yang dikeluarkan oleh bahagian farmasi HSNZ oleh PF Puan Amira. Ia tidaklah sesusah / serumit untuk dihandle tetapi perlu memanjat kerusi untuk mengambil ubat yang tinggi kedudukannya. Selain itu, rekod jumlah ubatyang ada perlu dalam kuantiti ‘biji’ bukan dalam kuantiti ‘kotak’.

10.30 am – 1.00 pm
            Tugasan sebelum ini iaitu merekod menggunakan buku baru diteruskan lagi sehingga rehat pada jam 1.00 pm tetapi pada jam 11.30 am saya diminta menghantar ubat ke Farmasi Pandu Lalu (Drive Thru) untuk diberikan kepada pesakit bagi membolehkan pesakit yang sibuk dengan rutih harian mendapat bekalan ubat dengan lancar dan mudah.

 2.00 – 5.00 pm
            Tugasan pada 10.30 pagi tadi diteruskan sehingga siap kira-kira pada jam 3.00 pm. Selepas itu semua staf  farmasi yang berada di ACC diminta menyimpan semua ubat yang ada didalam stor ACC untuk dibawa ke unit Kawalan Kualiti (QC) yang berada di tingkat 2 pada bangunan yang sama. Jam menunjukkan hampir 5.00 pm. Itu menunjukkan waktu untuk pulang. Semua staf ingin pulang pada masa yang sepatutnya. Jadi semua bekerjasama untuk menyiapkan tugasan dengan cepat. Operasi mengangkut barang termasuk peti sejuk yang mengisi ubat berakhir pada jam 5.30 petang.

Rumusan :
            Disini dapat saya lihat bagaimana aktiviti cold-chain dilaksanakan dimana sebelum peti sejuk diangkat ke tingkat 2, semua ubat yang memerlukan penyimpanan pada suhu 2-8 °C diletakkan didalam bekas gabus dan diletakkan bersama ice-pack.

Jan 6, 2013

[Praktikal] 06012013 @Ahad


Assalamualaikum…
            Saya punch card pada jam 7.25 pagi. Saya fikir saya turun dari rumah pada jam 7.05 pagi. Hari ini saya mula dapat jadual tugasan sepanjang semester ini. Tidak sabar rasanya untuk tahu unit pertama untuk ditempatkan.

8.00 am – 10.00 am
            Hari ini saya ditempatkan di Farmasi Klinik Pakar (FKP) atau dikenali sebagai Ambulatory Care Center (ACC) selama 3 minggu bermula pada saat ini sehingga 24 Januari 2013 (Khamis). Mula-mula masuk ke ACC saya melaporkan diri kepada Puan M (PPF U32). Bermula dari jam 8 pagi hingga 10.30 pagi saya hanya ‘filling’ ubat sahaja. Pesakit yang menunggu giliran untuk mengambil ubat seperti biasa ramainya. Tidak saya nafikan dalam masa 2 jam saya bergerak tanpa henti dan ia adalah sangat memenatkan kaki saya. Namun, bersyukurlah ruang farmasi yang agak sempit menjadikan ianya tidak banyak langkah yang perlu saya atur dan bazirkan untuk mencari sesuatu ubat namun letih tetap letih.

10.30 am – 1.00 pm
            Baru sahaja melepasi pintu masuk ke ACC PF TM meminta saya untuk ke farmasi satelit 7 untuk mengambil Rosuvastatin. Tanpa membantah saya akur akan arahan tesebut. Akur bukan bermakna saya seperti lembu dicucuk hidung tetapi kerana mengikut  arahan orang atasan. Sesampai di lobi lif pada tingkat ground (G), saya lihat lif tidak berfungsi. Saya dengan sangat dan amat berbesar hati memanjat tangga dari tingkat 1 hingga ke tingkat 7 tanpa sebarang kompromi. Can U imagine that? Bermodalkan keletihan kaki yang pagi tadi belum pun sempat hilang, saya mendaki tangga selangkah demi selangkah dengan sebaiknya sambil menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya semula dengan gigihnya. Sesampai di tingkat 7 saya rasa sedikit kejang pada otot peha saya. Kalau Ketoprofen transdermal ada mesti saya dah pakai masa tu juga.

2.00 pm – 5.00 pm
            Kerja..kerja..kerja dan kerja seperti biasa. Itulah rutin harian saya setiap hari. Pernah juga saya terfikir untuk mengikut Pegawai Farmasi Pelatih (PRP) ke Medical Therapy Adherence Clinic (MTAC) tapi saya belum sempat mengemukakan hasrat saya kepada Local Preceptor (LP) kerana beliau sangat sibuk. Mungkin esok atau lusa. Atau mungkin juga tidak sama sekali saya menkhabarkan kepada LP. Ada juga saya top-up ubat yang sudah melepasi paras minimum.

5.00 pm – 5.30 pm
            “Student sila KIV dulu untuk balik,” arah ketua Pegawai Farmasi unit ACC, Puan A (U54). Beliau meminta kami untuk mengangkat barang termasuk ubat-ubatan yang berada di aras paling bawah ke atas rak kosong kerana ada maklumat mengatakan pantai Terengganu akan mengalami Ribut Tropika Sonamo (TS). Ia dijangkakan berlaku pada 8 Januari 2013 (Selasa). Jadi hari ini saya punch card pada jam 5.30 petang.

Jan 3, 2013

[Praktikal] 03012013 @Khamis


Assalamualaikum…

            Hari ini saya datang ke hospital sangat awal. Tidak seperti semalam yang penuh dengan kesesakan jalan. Saya punch card pada jam 7.05 am. Saya datang awal kerana khuatir hari akan hujan. Maklumlah, sekarang musim hujan di pantai timur. Bercakap tentang datang awal, saya teringat pada prinsip hidup seorang ahli koprat Jepun iaitu bekerja sebelum matahari terbit dan berhanti kerja selepas matahari terbenam. Mungkin itulah rahsia kejayaan Negara matahari terbit itu pada hari ini. Namun, mampukah saya jadi seperti itu? Saya terfikir sejenak..I’ll be…

8.00 am ~ 10.00 am :
            Awal-awal pagi lagi saya sudah berada di meja Encik Z, KPPF untuk dapatkan jadual namun jawapan masih sama seperti semalam. Saya faham kesibukannya untuk menjayakan majlis perlancaran 5’s. Selepas itu saya terus ke unit galenikal untuk membuat persiapan semperna majlis 5’s seperti yang saya ceritakan semalam. Tidak saya nafikan suhu di unit galenikal sangat sejuk tambahan pula dengan suhu di luar baru selepas hujan. Saya tidak fikir seperti saya ada di Malaysia yang teletak di garisan khatulistiwa sekarang. Disebabkan kerja yang banyak dan memerlukan pergerakan yang pantas dan mitokondria menjalankan fungsinya dengan sempurna menyebabkan saya lupa akan kesejukan itu buat seketika
.
10.30 am ~ 1.00 pm :
            Saya menghantar ubat yang di inden dari farmasi satelit 4 iaitu alcohol 70%, Potassium Permanganate (KMnO4) dan aques cream. Setiap penghantaran perlu ditandatangani pada borang inden oleh penolong pegawai farmasi (PPF) yang bertugas di unit berkenaan. Selepas ubat-ubatan yang diinden sampai, ia akan terus disusun di tempat yang sepatutnya bagi menggelakkan berlaku kekurangan ruang memandangkan farmasi satelit sangat sempit ruangnya. Pada kebiasaannya urusan menghantaran inden ini dilakukan oleh Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK), Encik N tetapi beliau sibuk menghias unit galenikal untuk 5s’.

2.00 pm ~ 5.00 pm :
            Saya diminta menyediakan inden ubat dari farmasi satelit 7. Berbekalkan ilmu yang dipelajari semasa di kolej, saya dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan baik walaupun ia memakan masa yang agak lambat. Tetapi, malangnya tiada siapa yang ingin memuji saya. Haha.. Sebelum jam 3.30 petang saya sempat menyiapkan semua inden itu dan menghantarnya
.
Kesimpulan :
            Hari ini tidak banyak seperti semalam perkara yang boleh saya pelajari mungkin kerana pulang awal pada jam 3.30 pm dan mungkin juga disebabkan oleh kesibukan staf farmasi membuat persediaan 5s’ sebelum majlis perlancaran pada hari selasa ini.
            Hari ini merupakan hari Khamis, jadi petang ini saya balik awal. Gembira bukan kepalang kurasakan. Tapi ku ingat panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menyiapkan diari ini.

Jan 2, 2013

[Praktikal] 02022013 @Rabu


Assalamulaikum…

Pada jam 7.50 pagi saya melaporkan diri di farmasi utama Hospital ABC

8.00 am ~ 10.00 am :
          Pada hari ini ramai staff sibuk dengan persiapan perasmian Majlis Perlancaran 5s’ yang akan berlangsung pada 8 Januari 2013 iaitu pada hari Selasa. Oleh itu, ketua Penolong Pegawai Farmasi (U40), Encik Z belum sempat menyediakan jadual saya untuk sepanjang tempoh berada di HABC sehingga tamat tahun 2 semester 2 ini.

          Pada mulanya kami dikehendaki mendaftarkan diri sebagai sebahagian kecil daripada kakitangan HABC di bahagian latihan HABC yang dibawa oleh pelatih tahun 3 semester 1, Cik M ke sana. Seterusnya kami dibawa meninjau setiap unit farmasi yang ada di HABC seperti Jabatan Pelakit Luar (JPL), Farmasi Klinik Pakar (ACC), unit Total Drug Monitoring (TDM), Total Parenteral Nutrition (TPN), Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), stor integrasi, stor pusat, Farmasi Utama, Satelit 4 dan 7, farmasi Trauma dan Kecemasan (A&E) dan unit galenikal.

10.30 am ~ 1.00 pm :
          Tugas yang kami lakukan sepanjang hari di farmasi utama hanyalah menolong melaksanakan perlancaran projek perasmian 5’s. Selain itu, ada juga saya menolong pelajar dari Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) menyiapkan inden ubat Unit of Use (UoU) dari farmasi satelit 7 seperti Simvastatin, Alfuzosin, Terazosin dan Lactulose Syrup. Kami juga ada menyediakan stok ubat Unit of Dose (UoD). Jadi, saya sudah tahu cara menggunakan mesin pencetak label bagi UoU dan UoD.
2.00 pm ~ 5.00 pm :
          Sebelum balik, saya menolong melipat jumpsuit yang telah digunakan semasa di unit TPN dan CDR dengan cara betul oleh Encik N untuk dihantar untuk dibersihkan (sterile) oleh pihak Redicare.

Kesimpulan :
          Walaupun baru hari pertama saya melaporkan diri, banyak benda yang saya dapat belajar pada hari ini. Justeru, ia membuatkan semangat saya untuk mempelajari perkara baru atau perkara yang telah saya belajar secara teori semasa di kolej dapat saya aplikasikan semasa di lapangan semakin membara.

1st day praktikal


Assalamulaikum…
Pada jam 7.50 pagi saya melaporkan diri di farmasi utama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
8.00 am ~ 10.00 am :
            Pada hari ini ramai staff sibuk dengan persiapan perasmian Majlis Perlancaran 5s’ yang akan berlangsung pada 8 Januari 2013 iaitu pada hari Selasa. Oleh itu, ketua Penolong Pegawai Farmasi (U40), Encik Zamri belum sempat menyediakan jadual saya untuk sepanjang tempoh berada di HSNZ sehingga tamat tahun 2 semester 2 ini.
            Pada mulanya kami dikehendaki mendaftarkan diri sebagai sebahagian kecil daripada kakitangan HSNZ di bahagian latihan HSNZ yang dibawa oleh pelatih tahun 3 semester 1, Muslihah ke sana. Seterusnya kami dibawa meninjau setiap unit farmasi yang ada di HSNZ seperti Jabatan Pelakit Luar (JPL), Farmasi Klinik Pakar (ACC), unit Total Drug Monitoring (TDM), Total Parenteral Nutrition (TPN), Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), stor integrasi, stor pusat, Farmasi Utama, Satelit 4 dan 7, farmasi Trauma dan Kecemasan (A&E) dan unit galenikal.
10.30 am ~ 1.00 pm :
            Tugas yang kami lakukan sepanjang hari di farmasi utama hanyalah menolong melaksanakan perlancaran projek perasmian 5’s. Selain itu, ada juga saya menolong pelajar dari Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) menyiapkan inden ubat Unit of Use (UoU) dari farmasi satelit 7 seperti Simvastatin, Alfuzosin, Terazosin dan Lactulose Syrup. Kami juga ada menyediakan stok ubat Unit of Dose (UoD). Jadi, saya sudah tahu cara menggunakan mesin pencetak label bagi UoU dan UoD.
2.00 pm ~ 5.00 pm :
            Sebelum balik, saya menolong melipat jumpsuit yang telah digunakan semasa di unit TPN dan CDR dengan cara betul oleh Encik Nazri untuk dihantar untuk dibersihkan (sterile) oleh pihak Redicare.
Kesimpulan :
            Walaupun baru hari pertama saya melaporkan diri, banyak benda yang saya dapat belajar pada hari ini. Justeru, ia membuatkan semangat saya untuk mempelajari perkara baru atau perkara yang telah saya belajar secara teori semasa di kolej dapat saya aplikasikan semasa di lapangan semakin membara.

Jan 1, 2013

Tahun 2013 & Style tulisan


Assalamualaikum…
Korang sihat walafiat? Of course right?

Kt sini aq nak explain sikit la pasal style blogging tahun 2013 ni...bukan nak explain sikit. Tapi banyak ok? Keep reading okey baby?

Mungkin post untuk tahun ni korang pikir, ayat aq skema + ber'saya' + macam ayat budak skolah yang kena paksa buat karangan 250 patah perkataan kan.. Haha...btw, tu semua ada betolnya jugak.,.tapi satu benda yang aq mintak..PLEASE DON'T COPY MY RIGHT!!! Aq perah sendiri  tau hotak aq ni nak tulis sampai siapkan semua tu..korang ingat senang ke nak fikir one by one werd tu sampai 250 patah perkataan? Tak mudah bukan?

Firstly, tahun 2013 ni aq dah start praktikal @ Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kt department Pharmacy. Kalau nak tau best ke x menerjunkan diri dalam bidang farmasi as a Diploma holder, baca la post aq stiap hari.. Every day aq akan update kecuali Jumaat, sabtu dan public hoiday kecuali aq kerja hari tu..okey?

Kenapa ayat mesti skema? Sebabnya stiap apa yang korang baca, yang tu jugak as my assignment..yg tu jugak aq hantat kt lecturer aq tiap2 bulan okey?that's y aq warning..jgn copy nk letak kt esemen korg sesuka hati ye...

Corengan dari hati yang penat memerah otak.

customer online

jangan klik kanan