adverlet atas


Jul 19, 2011

aq sayang dia


“KRING,,,,”..
Loceng berbunyi..ramai pelajar tingkatan empat Sentosa mengusung beg yang beratnya kira-kira empat kilogram. Masing-masing menuju ke pintu pagar utama. Macam-macam gelagat dapat dilihat. Ada yang berebut-rebut untuk menaiki bas dan ada juga yang menaiki motosikal menuju keluar dari perkarangan sekolah. Namun, tidak ketinggalan ada juga yang masih belum berangkat pulang. Mungkin mereka mahu menyiapkan kerja sekolah ataupun belajar berkumpulan.

                Tidak ketinggalan juga Putri Nur Anisa yang masih berada dalam kelas lima Sentosa. Berseorangan. Gadis berdarah kacukan Malaysia Jerman itu masih setia dengan buku biologinya. Diselaknya sehelai demi sehelai kulit buku bewarna hijau kuning itu dari kulit ke kulit. Entah apa yang dicarinya. Kemudian dia menyimpan buku tersebut di dalam beg. Gadis  bermata galak itu melangkah menuju ke kafe dan memesan segelas air ‘fresh orange’ dan sepinggang mee goreng.

“Terima kasih..” ucap Nisa kepada penjaga kafe itu beserta senyuman.

 Walaupun dia seorang anak doktor dan peguam, dia tidak sesombang pelajar yang sama taraf kemewahan dengan keluarganya. Banyak mata yang melihat Putri Nur Anisa. Tidak ketinggalan juga ada yang memanggil namanya dengan menggoda. Namun, itu semua sudah biasa bagi dirinya. Dia tidak melayani semua layanan tersebut bukan kerana dia sombong tetapi dia tidak mahu dilabel oleh orang sekeliling sebagai ‘perempuan murahan.’

*********************************************************************************
“Nisa ni ada bunga untuk engkau.” Kata Zaimah, rakan sekelasnya.

“Kawan kita ni dah ada peminat.hahahaha,”
 hingar bingar satu kelas dengan suara gelak tawa kawan-kawannya.

“Hish korang ni,,mana ada..kawan je lar..” marah Nisa dengan suara halus.

 Nisa keluarkan kad dari celah bunga mawar putih itu.
‘selamat ulang tahun yang ke-15..
dari :- Jiman.’

“Jiman mane pulak ni?? Tapi yang pastinya hari jadi aku lambat lagi..lima bulan lagi..”
bisik Nisa dalam hati. Dia tergelak sendirian.

*********************************************************************************
“Hoi,,termenung jauh Nampak.”jerkah Harris.

“opocot Jiman ku sayang..”lantah Nisa. Mukanya merah padam.

Harris dan ketawa berdekah-dekah hingga ada antara pelajar yang tidak senang dengan sikapnya. Tapi tidak dipedulikannya. Diteruskan ketawanya.

“Ish ko ni,,aku baru nak berangan sikit ko dah sakat aku..” marah nisa..mukanya mencuka.

“alahai sayang, jangan la marah,,gurau pon tak boleh ke?” balas Harris dengan suara yang ala-ala macho.
Setiap kali Nisa teringatkan kisah kad itu dia asyik tergelak sendirian. Hingga hari ini dia masih tidak kenal siapa Jiman sebenarnya.

Harris, lelaki yang sangat suka menyakat Nisa walaupun dimana-mana Nisa berada.
Harris pelajat tingkatan lima Adrenal yang berbadan sasa dan lelaki melayu tulen cukup terkenal dengan kenakalannya mengusik pelajar perempuan di sekolahnya termasuk Nisa.

“ape sayang-sayang..get out from here and I want to continue my lunch..menyakat orang je kerja dia..” marah Nisa dengan suara sedikit mengada.

“okey sayang ku,,jumpa lagi.Jiman kirim salam” Haris berlalu pergi.

“wait!!”harris berhenti melangkah.

” Ape yang awak cakap? Jiman? Siapa jiman tu??”Tanya Nisa dengan rasa ingin tahu.

“Jiman? Bila masa pulak saya sebut nama tu?”Harris melemparkan senyum sinis kepada Nisa.

“Awak jangan pura-pura tak tahu la..saya dengar awak sebut nama Jiman tadi,”
Nisa menegakkan pendiriannya.

“Balik nanti pergi hospital atau mana-mana ‘specialist hospital’ untuk buat x-ray kat telinga tu..mane la tau ada batu bersumbat di lubang telinga awak tu.”ejek Harris.

“Awak ingat saya pekak ke hah ? Sistem pendengaran saya masih elok la,”marah Nisa.
Nisa sempat mencebikkan bibirnya  kepada Harris sebelum Harris berlalu pergi.

“Mak cik, bungkuskan air jambu bati untuk saya satu,”
pesan Nisa selepas dia menghabiskan makan tengah harinya tadi.

“Tadi lelaki tampan tu siapa?boyfriend ke?”
Tanya Mak Cik Rosmah selepas dia membawa minuman yang dipesan Nisa tadi.

‘boyfriend?’ perkataan itu yang membuatkan Nisa hampir tersedak ketika sedang sedap meminum air jambu batu.

“Orang macam tu nak buat boyfriend? Mati hidup semula pon saya takkan sanggup jadi pakwe dia.”balas Nisa dengan nada sinis.

********************************************************************************
Begitulah kehidupan Nisa dari sehari ke sehari.
Dan perkara yang tidak pernah lupa untuk terjadi dalam dirinya ialah diganggu oleh Harris.
Dia pergi dan pulang sekolah seperti biasa. Namun, dia merasa ada yang kekurangan dalam hidupnya. Nisa berasa sunyi. Bukan seperti hari-hari biasa.

“Harris?”dia teringatkan Harris. Namun, dia menafikan perasaan sunyinya terjadi kerana Harris.
************************************************************************************* “Sudah seminggu aku tak Nampak Harris. Kemanakah dia menghilang?” ditulisnya ayat itu diatas sebuah diari bewarna merah jambu hadiah daripada kawan mamanya ketika dia mendapat keputusan cemerlanh dalam peperiksaan PMR tahun lepas.

Dia kembali memadam apa yang ditulisnya.

“Apa yang aku tulis ni? Kenapa Harris yang aku ingat?stop it Nisa!!stop it!!”
suara hatinya membantah. Dia kembali memadam apa yang ditulisnya.

Jam menunjukkan tepat 12.30 pagi. Biasanya pada waktu begitu dia sudah lena diulit mimpi.
 Jantungnya terus berdegup laju. Peluru berpandu yang ditembak oleh polis.
*********************************************************************************
Puteri Nur Anisa memasuki pintu utama perkarangan sekolahnya dengah langkah yang lemah. Pemandu peribadinya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar dia ke depan kelas atas arahan pengetua Sekolah Tinggi Seri Titiwangsa, Selangor itu.

“Nisa, kenapa mata kau nampak kuyu je?” Tanya kawan sebelah mejanya, Katrina.

“Takde papelah, aku cuma tak cukup tidur je semalam,”
jawabnya bersahaja yang sudah jelas jawapannya diprecayai Katrina.

“Selamat pagi cikgu,”ucap ketua kelas empat Sentosa kemudian diikuti oleh pelajar lain.

20 minit berlalu. Nisa tidak dapat memahami apa yang Puan Jamilah mengajar.

‘Harrris…Harris..aku rindu kau Harris….’entah apa yang Nisa sebutkan. Tidak jelas dari pendengaran semua orang tetapi kuat.

“Nisa!!!”suara guru itu lantang memanggil Puteri Nur Anisa lantas dia terkejut .

Satu kelas bergema dengan suara sorakan dan ketawa.

“Masa rehat nanti awak ke bilik saya,” arah cikgu siviknya.

“kenapa awak tidur dalam kelas waktu saya mengajar tadi?”
Tanya Puan Jamilah. Serius tetapi tetap Nampak kejelitaan di wajahnya itu..

“Saya mintak maaf cikgu, saya ulangkaji sampai larut malam,”terang Nisa tergagap-gagap.

“Betul ke awak ulangkaji? Habis tadi kenapa cikgu dengar awak sebut nama budak lelaki?”
Tanya puan jamilah dengan rasa sangsi.
Nisa sedikit terperanjat tetapi disembunyikan perasaan itu.

“Kali ini saya maafkan awak..lain kali jangan ulangi kesalahan yang sama lagi faham?”
Nisa masuk ke kelas dengan perasaan lega.
Keadaan kelas bising seperti biasa.
“Makwe Harris dah masuk la..”
suara ejekan daripada beberapa orang lelaki nakal sengaja dikuatkan.
Nisa buat-buat tidak tahu je.
*********************************************************************************
“Hai,,sayang..”seperti biasa perangai Harris yang suka mengacau Nisa.

Suara itu seperti sudah biasa nisa dengar. Begitu sebati dengan dirinya. Hormone yang terhasil mula diransang oleh kelanjar pituitari membuakan ventrikel jantungnya tiba-tiba berdegup pantas.
Dia berpaling kea rah Harris. Sedikit terkejut dengan ketampanan wajah Harris yang sedikit berubah.

“Ya Encik Harris? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Tanya Nisa dengan nada seperti tiada apa yang berlaku.

“Cik Puteri Nur Anisa,, lama kita tak jumpa kan?Tak rindu ke?”Tanya Harris dengan sedikit nada manja.

“Sorry,,takde masa nak rindu orang. Orang kat sini tak ingat pon orang kat sane..”
jawab Nisa dengan sedikit tergagap. Dia menafikan perasaan dia terhadap Harris.

“Betul ke tak rindu??Rasa-rasa orang yang bernama Puteri Nur Anisah rindu jerk kat Tengku Muhammad Harris..”balas anak tunggal kepada pasangan Datin Haliman dan Datuk Tengku Roslan.

“Perasan orang rindu kat dia..kalau iye pone kte rindu kt awak,,apa buktinya?”Tanya Nisa.

“Betul nak bukti?” Tanya Harris. Nisa mengangguk.

“Buktinya ialah.. ‘Harris…Harris..aku rindu kau Harris….’”Harris menjuk seperti apa yang dilakukan oleh Nisa seperti apa yang dia berngigau tampoh hari.

Harris ketawa terbahak-bahak. Muka Nisa mula merah padam. Nisa berlalu pergi entah kemana.
*********************************************************************************
Telefon Blackberry Curve i-200 Nisa berbunyi menendakan ada pesanan.

“Hai sayang..tengah buat apa tu? Dah tidur ke?orang kat sini rindu sangat kat sayang..”
Nisa baca satu demi satu perkataan berulang kali. Seperti tidak percaya apa yang dibacanya.

Nisa bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Cintanya berbalas.
Tidak dapat bayangkan bertapa gembiranya hati dia saat ini.

‘mesej dari Harris,’bisik hati kecilnya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan..
Hubungan mereka semakin akrab. Mereka mula belajar bersama selepas waktu persekolahan.
Namun, disebalik kemesraan mereka berdua, ada pihak yang tidak senang dengan hubungan mereka tetapi mereka tidak pedulikan. Lama-lama mereka semua biarkan sahaja hubugan Nisa dan Harris. Hubungan kekeluargaan Nisa dan Harris juga bertambah rapat.
*********************************************************************************
Seperti biasa selepas habis waktu persekolahan mereka akan mengulangkaji bersama-sama.
Selepas ini cuti semester bermula.

“Mana Harris ni?? Takkan tak datang sekolah kot hari ini..”
rungut Nisa sendirian.Dia semakin risau.Wajah Harris tidah juga kelihatan.
Perasaan bimbang menguasai dirinya.

Dia mendail telefon bimbit Harris tetapi “sila tinggalkan pesanan anda sel..”belum sempat operator itu menghabiskan kata-katanya Nisa sudah mematikan panggilan.
Dia tidak berputus asa. Dia mendail nombor telefon rumah Harris..

“selamat siang..mau bicara sama siapa?”terdengar sayup suara orang berbahasa Indonesia,
pembantu rumah Harris.

“Boleh saya bercakap dengan Harris?”tanya Nisa.

“Dia ada di rumah sakit.”kata bibik Za. Pembantu rumah tadi.

“Tapi kenapa? Dia sakit ke?”Nisa semakin bimbang.

“Pagi tadi masa dia mahu ke sekolah tiba-tiba dia jatuh pengsan.”
jawab bibik dalam bahasa Malaysia. Sedikit gagap.
********************************************************************************
Lisa menaiki kereta yang dipandu Pak Hamid. Dia tidak terus balik tetapi dia ke ‘Ampang Specialist Hospital’ - pusat rawatan keluarga Harris.

“Boleh saya bantu?”sapa jururawat berbaju merah jambu itu. Mesra.

“Saya nak  tahu nombor bilik pesakit yang bernama Tengku Harris bin Datuk Roslan”
Tanya Nisa dengan tergesa-gesa.

“Bilik bernombor 124.”balas jururawat itu bengan tenang. Sedikit senyuman.

Sesampai di bilik tersebut dia terlihat Datuk Tengku Roslan dan Datin Haliman sedang menunggu di luar bilik bernombor 124 yang tertulis ‘pembadahan sedang dijalankan’. Keadaan sunyi.

“Aunty, kenapa Harris masuk hospital?”Tanya Nisa.

“Maaf nisa, bukan niat aunty untuk rahsiakan perkara ini kepada Nisa tetapi ini semua atas permintaan Harris.”kata mama yang dipanggil oleh Harris.

“Please aunty,,”suara nisa sayu. Datin Haliman sebak.

“Dia menghidap barah otak sejak lima tahun lalu dan sekarang keadaanya kritikal..”
Datuk Tengku Osman memberikan kebenaran.

Nisa jatuh terjelepuk ke lantai. Air matamnya setitik demi setitik berguguran.
Dia tidak menyangka orang yang seceria Harris bertarung dengan penyakit berkenaan.
Pintu bilik dibuka. Doktor keluar dengan muka sedikit hampa.

 “Harapannya untuk terus hidup amat tipis.”kata doktor.

Wajah ibu bapa harris kelihatan tenang tetapi bukan Nisa. Datin Halimah cuba menenangkan Nisa.
Malam itu nisa tidak dapat tidur. Fikirannya asyik teringatkan tentang Harris sahaja. Dia merenung gambar dia dan Harris dalam telefon bimbit bewarna kuning keemasannya..

“Saya sayang awak…forever..”
ucap Nisa. Ikhlas. Air mata menemani lenanya malam itu.
*********************************************************************************
Cuti semesta bermula.

Nisa melawat Harris. Dia berseorangan tanpa ditemani sesiapapun di balam bilik berhawa dingin itu.
Nisa mendekati Harris. Harris tersedar dari tidur.
Buah anggur yang dibawanya untuk Harris diletaknya di tepi katil.

“Kenapa awak tidak cakap pada saya yang awak ada penyakit barah otak?”Nisa memulakan bicara.

“sebab saya tak nak sayang risau pasal saya..”jawab Harris dengan nada lemah.

“Tapi saya akan lebih tersiksa kalau awak gantung cinta kita tak bertali macam ni..”.air mata Nisa Memulakan kerjanya seperti biasa.

“sayang,, jangan terlalu berharap pada yang tak pasti,”bibir Harris pucat.

“shhh,,”jari telunjuk Nisa diletakkan pada bibir Harris. Ditenungnya mata Harris sedalamnya.

“I love you, Harris..awak adalah cinta pertama saya. Awak adalah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hati saya.”satu kucupan lembut hinggap di dahi Harris.

“I love u too,,sayang,”Harris menggengam erat tangan NIsa. Sejuk.

Tiba-tiba,,Harris mengerang kesakitan..
Nisa paniK. Dia memanggil doktor.
Nisa semakin berdebar-debar Bimbang dan gusar.
Datuk dan datin sampai.

‘tiiiiiiiiiiii……………….’
Bunyi mesin oksigen terhenti berfungsi.

“Maafkan kami,,kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak datuk dan datin tetapi tuhan lebih sayangkan dia,” jawab Doktor Jazman.

Datuk dan Datin kelihatan tenang. Mungkin dia sudah bersedia dengan pemergian anaknya.
Tetapi Nisa.. masih tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang dia sayang sudah pergi meninggalkan dirinya. Dia kelihatan sangat sedih.
*********************************************************************************
Sudah dua tahun Nisa kehilangan Harris namun dia masih belum berjumpa penganti diri Harris. Dia kini membuat persediaan menyambung pelajaran ke United Kingdom dalam jurusan perubatan.

Adakah jurusan yang diambilnya itu berkait rapat dengan penyakit Harris dan adakah dia akan menemui pengganti harris dalam dirinya?

No comments:

customer online

jangan klik kanan