adverlet atas


Apr 6, 2012

cerpen : Sepi Seorang Pendatang


"Jun 2011, Jun 2012, Jun 2013...."
"buat ape tu Mak Mah". Belum sempat Mak Mah menghabiskan kiraannya sudah aq menegurnya. Entah apa yang dikiranya tanpa sedar akan kehadiranku. Wanita yang berusia lebih dari 4 abad itu biasa aq panggil dengan penggilan Mak Mah sungguh mesra dengan sesiapa juga yang berada dekat dengannya.

"Ni ha Mak Mah kira tarikh berakhir kontrak kat Malaysia ni." balasnya selamba. Tiada riaksi sedih atau pilu tergambar diwajahnya namun disebalik hati kecil itu aku sedar perasaannya bukan seperti yang digambarkan di wajahnya. Aku tahu rasa hatinya. Pilu, rindu, siksa dan bermacam-macam lagi rasa yang kadanglaka tidak mampu aku rasai kerana aku tidk pernah berjauhan dengan keluarga lebih dari 2 bulan. Ditinggalkan anak-anak, suami dan kampung halaman demi mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada anak-anak dan sedikit rezeki untuk dibalaskan kepada ibu bapanya yang berada di kampung nun jauh di Sumatera Utara, Indonesia.

"Mak Mah rindu pada orang disana ke?" sedikit demi sedikit aku cuba berempati terhadap diri Mah Mah. Aku harap dengan perkataan 'orang di sana' Mak Mah faham apa maksud tersirat dan tersurat dari sebaris ayat itu. Nota Hipertensi yang aku baca tadi terus aku terbalikkan. Mata Mak Mah mula berkaca. Aku mula jadi serba salah bertanyakan soalan sedemikian. Suasana sepi dan sunyi seketika. Hanya bunyi pendingin udara sahaja yang memenuhi ruang di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Sungai Buloh. 'Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku terhadap Mak Mah seandainya soalan aku itu menghiris perasaannya.' bermonolog aq sendirian.

Sejurus selepas itu, ada reaksi di wajah letihnya. Mengangguk tapi perlahan. Air jernih mula memenuhi ruang di kelompok matanya. Aku cepat-cepat mengambil sapu tangan yang sentiasa aku bawa kemana-mana aku pergi lalu memberikan kepadanya. Dia tidak terus mengambilnya sehingga setitik air hangat singgah di pipinya. "Ya nak..Mak Mah rindu pada keluarga di sana. Mak Mah rindu sangat-sangat. Teringin betul Mak Mah pegang anak-anak Mak Mah, cium mereka. Luangkan masa bersama mereka". Begitu ikhlas dan jujur pengakuannya namun suaranya tersekat-sekat tapi masih dapat aku fahami maksudnya. Usianya berada di lubuk rezeki ini membuatkan selama sudah hampir 5 tahun membuatkan dia fasih berbahasa Malaysia. Aku tahu betapa sakitnya menahan rindu pada orang yang kita sayang kerana aku pernah berjauhan dari keluarga selama beberapa bulan tapi Mak Mah lebih lama. 5 tahun. Bukan satu waktu yang singkat. Jika seorang penuntut Ijazah Perubatan mula pengajiannya sama tarikh dengan tarikh Mak Mah datang ke Malaysia, pasti hari ini dia sudah bergelar seorang Houseman ship atau doktor pelatih.

"Mesti anak-anak Mak Mah dah besar sekarang. "agakku bagi memecah kesunyian yang sekian lama berkumpul di ruang udara.
"paling kecil berumur 7 tahun." jawabnya. Ya tujuh tahun. Bermaksud semasa dia ditinggalkan dia berusia 2 tahun. Umur yang masih tidak tahu apa-apa. Jauh sekali untuk memahami maksud perpisahan sementara sewaktu dia ditinggalkan. Sementara? Entah lah. Sementara atau istilah lain yang sepatutnya aku gunakan untuk mengambarkan keadaan dirinya. Tidakkah dia tahu erti rindu pada emaknya. Tidakkah dia dahagakan kasih sayang seorang insan bernama ibu? Lengkapkah kehidupannya sebagai seorang kanak-kanak yang sedang membesar tanpa ibu di sisi? Semua persoalan itu menerjah kotak fikiranku. Boleh digantikan dengan istilah infinity. 'Ya Allah Engkau hilangkanlah rasa susah hati dan gelisah dalam diri seorang hambamu ini' bermonolog lagi dalam hati. Tapi kali ini lebih kepada mengharapkan permintaan dari Allah.

To be continued….

No comments:

customer online

jangan klik kanan