adverlet atas


Nov 14, 2012

Sogo, Jalan TAR dan Masjid India


Assalamualaikum,,

Citer kali ni pada hari Rabu ; 14 November 2012 ; sehari sebelum tahun baru Hijrah.. Selamat tahun baru Hijrah kepada pembaca yang beragama Islam. Hari ni segala buku amalan lama ditutup dan buku amalan baru akan dibuka.. Tapi bukan nak citer pasal Maal Hijrah tau,,nak citer pasal tajuk kt atas tu..dan untuk makluman, hari ni jugak K.Pi kerja.. Jadi,, aq dan mak dan adik2 tinggal d rumah la sementara tunggu K.Pi pgi kerja? No no no...aq boleh maju la...cewahh,, cakap besar…

Hari ni aq travelled naik KTM dari Shah Alam ke Bank Negara dengan mak dan adik2..berbekalkan ilmu traveller yang ada di dada dan Note, aq berjaya menjadi traveller untuk keluarga aq.. Ni jugak 1st time adik2 aq naik komuter.. Almaklumlah,, terengganu tkde semua ni,.bila ntah MB Terengganu nak buat kan?? Ada lagi ketanah kosong kt Terenggnau tu?..bertolak dari rumah pada jam 2.00 petang lepas sembahyang zohor + lunch + tido sekejap.. Haha.. Dengan harga tiket RM1.40 seorang yang dibelanjakan oleh emak aq, naiklah kami berempat.. Masa sampai ky stesen KTM tu dah memang ngam2 komuter sampai depan mata tapi disebabkan kaunter tutup sebab aq beli pakai kad komuter 1Malaysia tu yang hanya boleh dibeli di secara manual untuk dapatkan potongan harga 50%,, terpaksa la aq lepaskan dia pergi..jiwang stainless still betol.. Hihi.

Lepas beli tu tunggu la berempat kt platform 2. mula2 tu tak tengok lagi la pkol bape next train sebab dalam pikiran mesti dalam masa 10~15 minit je untuk train seterusnya sampai...tapi sekali tengok… hampeh,,, 40 minit kena tunggu...jadilah masa bertambah singkat sebab kata mak nak balik sebelum malam… sebelum malam maksudnya sebelom pkol 7 malam la KOT… kalau kita ada lebih kurang 4 jam je masa untuk shopping kat tiga2 tempat tu tapi apakan daya,, mampu ke setiap tempat tu mak shopping dalam masa  1 jam? Rasa2 macam tak menyempat je..pkol 2.40 pm sampailah komuter te terkedek2 seperti biasa kelembapannya.. Perjalanan ambil masa lebih kurang 45 minit tanpa ada sebarang interchange station..alhamdulillah..kalalau tak,,masa dan2 habis tunggu train je kan? Betol la kata seorang penulis buku 'Cinta High Class' : masa kita banyak dihabiskan dalam perjalanan..

Dah sampai kt Bank Negara, bermulalah misi aq anak beranak berjalan dengan penuh semangat ke Sogo.. Lebih kurang 10 minit kalau berjalan kaki ikut sidewalk yang memang dah diperuntukan untuk pejalan kaki..tapi ada one things yang aq sangat x puas hati ialah bila ada orang yang mintak sedekah kat tepi sidewalk tu..ya aq tahu Malaysian memang prihatin.. Sangat2 prihatin terhadap orang yang meminta sedekah ni.. Pantang ada orang mintak bantuan memang malaysian akan bagi nyer walaupun seringgit tapi bukan aq sebab ada satu cerita yang buatkan aq sedikit 'kedekut' dengan si peminta sedekah ni. .

Nak tahu? Citer indon yang aq layan time2 aq form 4 dulu.. Kalau tak silap tajuk dia Mutiara Hati.. Pesan si ibu kepada si anak dalam citer tu yang aq pegang sampai hari ni ialah 'kita tidak wajib bantu orang yang cukup sifatnya untuk bekerja mencari  rezeki yang halal.'.lebih kurang macam tu la kata-kata dalam citer tu..tapi ia sangat bermakna bagi aq dah sampai hari ni juga aq akan pegang prinsip : selagi aq masih ada kudrat, kuasa dan tenaga, aq akan kerja semampu yang boleh tanpa harapkan bantuan orang lain selain Allah..itu yang jadi pegangan aq..

Satu bila ada kudrat tapi MALAS bekerja.. Harapkan pertolongan orang sekeliling je.. Kalau diikutkan, dalam sehari dorang ni boleh dapat beratus ringgit kalau walaupun kerja 'office hour'..ye la kalau dalam masa 1 jam dorang boleh dapat RM 10 dan dalam masa 8 jam bersamaan RM80 dan kalau hari2 buat kerja 'terkutuk' ni boleh la dapat RM 2400..wow,, sama dengan gaji basic kerja sebagai seorang PEGAWAI PERUBATAN U41 di hospital kerajaan Malaysia.. Memang kaya la kan.. Tu belom si pengemis ni buat 'OT' lagi.. Kalau buat OT memang dah sah2 dapat gaji mengalahkan Pengarah Kementrian Kesihatan Malaysia kan..silap2 gaji sama taraf dengan JUSA A. hihi

Sejenis  lagi yang suka guna nama sekolah tertentu especially sekolah dari overseas la saperti kemboja, indonesia dan negara2 islam lain.. Yang aq peliknya, nama sekolah yang kat london ke, amerika ke, mexico ke, x pernah la pulak dorang guna kan?? Persoalannya di sini… ADAKAH NEGARA ISLAM MERUPAKAN NEGARA YANG MISKIN?? Aq tertanya soalan itu sendirian tanpa ada jawapan dari sesiapa..dan aq harap suatu hari nanti I'll found the answer.

Sesampainya di Sogo, orang tak ramai sangat sebab mungkin hari tu hari bekerja.. Jadi rakyat malaysia memang 'suka bekerja' dan tak ambil cuti.. Jadi, takde la sangat nak berebut dengan public nak cari barang2 ni semua.. Mak aq berjaya beli sepasang kasut kerja yang baru (sory, gambar aq x smpat nak snap) setelah beratus jenis kasut dicubanya dan finally the last shoes in the Sogo yang jadi pilihannya.. Kan bagus kalau kasut last found tu yang jadi 1st found kan.. Tkde la sangat si adik aq dua orang tu jadi model sambilan duduk try semua kasut termasuk sepasang kasut ballet yang sangat luntur.. Lentur la,,bukan luntur.. Use the correct word ye =)

Then adik aq pulak aq tak tahu dorang pilih ape tapi yang pasti aq boleh jugak cari sehelai baju DIESEL yang saiz paling kecik tapi masih besar bila attach to my body.. Menyumpah dan menyampah rasanya tapi terpaksa la jugak beli sebab nampak nice dan ianya ditaja sendiri oleh aq ye.. Penajanya bukan mak aq..harap maklum.. Tapi jauh di sudut hati aq harap ditaja saat nak buat payment tu tapi nak buat macam mana kan,, buak rezeki aq nak mencari penaja..tkpe lah..bukan mahal sangat pon..RM70 ++ sebelum diskaun..kalau lepas diskaun 'murah' je la...murah la sangat  kan…

Then mak aq jugak berjaya beli 2 helai baju kat ayah aq sebagai upah jaga rumah..haha..bapak kau mahal baju ayah aq..nanti tak pasal2 aq nyanyi lagu Yuna : "ini tidak adil bagi ku, ini tidak adil bla bla bla..."… keluar dari sogo pon masa tu dah pkol 6.00 petang..maknanya it's take lebih kurang 3 jam dalam sana untuk bershopping..so? Ada 1 jam lagi..sempat lagi ke nak pergi Jalan TAR dengan Jalam Masjid India? Time tu aq belom sembahyang asar pon lagi..

Then , dengan bersemangat aq melintas jalan dan menyusuri celah2 bangunan untuk ke Jalan TAR.. Jalan punya la jalan...mula2 aq pikir aq dah sesat sebab aq x jumpa sorang pon penjaja kt kawasan jalan TAR tu dan sebelum ni aq x pernah pon nampak kawasan yang sedemikian..jalan lagi dan jalan lagi.. Tetibe jumpa la Masjid India tu.. Pastu berlagak machonya cakap kt mak aq, 'mak pergi la jalan2 dulu kat sini then nanti patah balik sini. Syafiq tunggu kt masjid ni lepas sembahyang'..time tu rasa malas sangat nak jalan sebab aq rasa I'm not a good pemandu pelancong sebab aq pikir aq dah tak boleh pandu 'pelancong' aq dengan baik sampaikan Jalan TAR pon aq tak jumpa kt mana tempatnya..

Masuk masjid, nampak la ada orang baca2 doa.. Aq pikir la, apa doa yang dorang baca ni? Ada majlis tahlil ke? Ada kenduri kahwin ke? Time tu tak terlintas la kt fikiran aq ni esoknya dah tahun baru hijrah.. Tetibe je rasa bersalah bila balik umah..Ya, Allah..sesungguhnya hambamu ini seorang yang pelupa.. Oleh itu, kuatkanlah ingatanku kepada Mu dan segala suruhan Mu Ya Allah.. Sembahyang la asar sorang2..orang lain masa tu dah keluar masjid sebab doa dah habis baca..

Dah habis sembahyang janji tinggal janji.. Aq x tunggu pon dorang tapi aq pergi terjah  dorang bershopping sakan.. Tkde la sakan sangat tapi banyak jugak la yang dibelinya.. Aq tengok je lah..malas la nak bazir2 duit untuk benda yang dah ada dan masih boleh dipakai..unless kalau benda tu betol2 aq perlukan dan 'darurat' kan? Kt situ adik aq ada beli baju t-shirt Superman 10 ringgit.. Murah je,, padan la dengan harga dia dan kualiti dia..

Dah habis shopping kt Jalan MASjid India, konon2 nak pergi la Jalan TAR tapi tak bukak. Jalan yang biasa dilalui untuk mencuci mata di Jalan TAR nampak lengangg.. Hanya kenderaan peniaga je yang memenuhi ruang jalan.. Fikiran aq, mungkin hari ni dorang tak menjual kot.. Tapi aq rasa memang hari2 dorang menjual.. Nanti aq cari jawapannya.. And my part time job is as a researcher selain blogger boy kan?hahaa..

Then, lepas tu balik je la..waktu tu jam 7 malam.. Memang dah langgar pantang la kan?  Tadi cakap sampai pkol 7 je dah sampai kt Shah Alam kan? Kan tadi mak masa tengah hari tu kitorang makan nasi + yam tapi unless mak.. Katanya dah kenyang.. Tak tahu la kenyang betol2 ke atau sebab ulser kt mulut tu.. Pastu dan2 on the way nak balik ke stesen KTM tu dia tanya adik aq : Adik nak air tak?..aq tahu mak aq dahaga time tu.. Adik aq cakap la tak nak sebab tadi depan Jalan MSAjid India tu ada Tropicana Twister bagi air free..best!!

Kitorang adik beradik merasa la air tu.. Aq tanya mak, nak ke tak.. Dia cakap taknak..aq pon diam je la.. Kalau aq jadi dia, tak perlu la nak tanya adik aq kalau nak beli minuman tu. Just beli je la..buat ape la nak seksa diri tu kan.. Kadang2 aq kasihan jugak la kalau dah jadi macam tu..tak tahu nak cakap ape lagi kat mak aku tu.. She's sacrifices too much things to us (statement ni buat aq rasa sebak bila aq baca balik… I LOVE YOU MOM)..then at last sampai kt Shah Alam pkol 7.45 malam terus sembahyang Maghrib kt situ.. Guess sape Imam malam tu?? Haahaha…

*baru je beberapa sem yang lepas pergi kat Sini

Corengan yang tak seberapa..terima kasih sudi dengan luahan hati ini..

Nov 13, 2012

i-City = Bandar LED


Assalamualaikum..
baru je habis tulis post pasal GM Mall dan AEON..

Kedua-dua post ni berlaku pada hari yang sama. Cuma tempat je yang berbeza tapi masih di dalam negeri Selangor dan di daerah Shah Alam..ok? i-City, kalau korang tak pernah dengar, bermakna anda belum cukup meneroka Shah Alam secara keseluruhan.. i-City is under MSC (Multimedia Super Corridor) bukan MMC ye..

sambil2 baca ni boleh la jugak cuci mata..

kt tempat parking dia..FULL..

sorry gambar sedikit gelap sebab flash camera tak kuat sangat..
 Pergi i-City malam.. Lepas balik dari Jusco, mandi, makan (alas perut siket2) then gerak ke Seksyen 7 dimana i-City terletak.. Bertolak dari rumah K.Pi jam 9.00 malam then pergi beli makanan kt Pasar Malam (aq x tau seksyen bape sebab masa tu excited giler nak pergi Bandar LED..konon)..aq beli Nasi Goreng Pataya dengan harga RM2.00 dan ianya sangat murah..sebab?? Gerai dah nak tutup time tu.. Orang pon dah x ramai mane pon..boleh kira dengan jari la...dan juga beli air 4 bungkus RM 6.00..

Sebungkus?? RM2.00..sebungkus soya panas, soya sejuk , honeydew, dan air kelapa.. Mula2 tu rancang nak makan kt i-City tu la sebab pada anggapan kami, i-City tu macam Taman Shah Bandar sebab ada rumput yang mengalas yang boleh dibuat permaidani semulajidi untuk duduk bersantai + gossiping..tapi,, indah khabar dari rupa..apa yang ada hanyalah hamparan debu jalan sebab tu tu masih ada construction untuk buat HIGHWAY direct to i-City, ok? Aq ulang, HIGHWAY DIRECT TO i-CITY,, how special that places..kalau la rumah aq pon ada direct highway macam tu kan bagus.

Peniaga memang cerdik giler..mgalahkan cikgu Perdagangan dan Prinsip Akaun adik aq.. Tapi hampeh,, base(kalau bahasa kampung : pelarut) dia pakai air mentah,,esokkan aq sakit tengkuk (bahasa mediknya aq lupa apa istilah yang tepat..sorry ye Puan Ismaliza).. Rasa macam tengkuk kering sangat..nak je aq sapu Yellow Soft Paraffin (YSP) a.k.a Vasselin® (sila dapatkan di Guardian ye=) biar rasa kering tu hilang..tapi YSP tu untuk kegunaan luar je tau,,ni ajaran sesat <--- dah WARNING jgn ikut ye..

nice...kan..
pokok LED
bunga matahari yang sentiasa segar pada malam hari...haha

10 minit kemudian sampai la kt bandar LED tu  lepas isi minyak kt Shell..nak sampai kt i-city tu kejap je..nak beratur tu masuk dalam i-city tu,,bukan kemain panjang + lama + aq rasa sempat tengok Adam Hawa (masa tu pkol 9.50 malam).. Dari jauh dah nampak lampu2 LED bertaburan.. Cantik.. Macam2 bentuk ada.. Sunflower, haiwan, p okok yang tak keluarkan oksigen dan menyedut karbon dioksida.. Setahun yang lepas aq pernah jugak la datang sini tapi time tu renovation sedang dilakukan.. Just ada pokok n haiwan.. Tapi malam tu aq pergi,, apa yang ada?? Jeng..jeng..jeng… let me tell you.. Ada pokok matahari (as what I told u before), mainan (ala2 funfair), Eye On i-City (pandai2 je aq bagi nama sendiri), Rumah Salji dan Taman Tema Air.. Banyak lagi tapi aq tak menyempat nak menjelajah semua sebab besar sangat..

adik no 2 aq..afiqah
sorry dik paksa kau jadi model aq..haha
muka terpaksa,,,
kalau budak KSKB ada sini jugak memang konfem kenal aq...sebab?? BAJU!!
senyum yang terpaksa diukir..
Eye On i-City
 Kalau korang nak masuk fun fair tu bayaran tiket RM 5/person untuk satu permainan..'murah' JER...kalau nak naik kereta yang pusing 360° dalam kawasan seluas sekankang kera, harganya Cuma RM20/car..kalau aq stay kt hostel seminggu boleh support RM20 tu compare dengan 20 hengget dalam masa 10 minit naik benda tu.. Memang kaya la peneraju i-City tu,, kalau satu kereta RM20, sehari bukak 12 jam, dah jadi RM240 untuk 1 kereta dalam masa 12 jam.. Kalau ada 20 kereta dalam tu, dah jadi RM4800,, dah memang sah2 ia beroperasi 30 hari sebulan.. Total up jadi RM144,000 dan setahun? RM 1.8 Juta dalam masa setahun hanya untuk permainan kereta sahaja.. Tu belom lagi kira Eye On i-City dan lain2 lagi..dalam fikiran aq time tu, duit..duit..duit..duit...kaya..kaya,,kaya..kaya...


Untuk tiket taman tema air pulak, harganya RM50 (pakej dengan Snow Walk) kira ok la tu,,tapi bagi aq masih lagi KO dgn harga tu sebab mahal (berkira sangat aq ni kan?).. Nak kira lagi untung untuk Taman Tema Air?jom.. Sehari beroperasi 12 jam dengan bayaran RM50.. Kalau ada 1000 pelanggan dah kira 50,000 hengget dan setahun 1.8 MILLION.. Memang kaya raya la kalau aq peneraju benda ni.. Tu baru harga promosi,, nanti klo dah betol2 dia fixedkan harga,, tk ke boleh mengalahkan orang terkaya di dunia? Sape sangka kan, tanah yang kosong, boleh jadi pendapatan lumayan hinggakan berbillion ringgit setahun.. Tu la orang cakap,, berbudi pada tanah, dapat hasil..betol ke tu peribahasa?

it's look like CNY right? ape2 pon model tu la tak leh blah sangat.. haha

Dalam pkol 12 tu mak aq dah nak balik dah.. Dah ngantok kot.. K.Pi pon kerja jugak keesokkan harinya.. Kesian jugak la kalau dia bangon lambat nak pergi kerja sebab aq pernah terbaca,, hidup di KL kalau anda lambat 10 minit ia boleh menyebabkan anda lambat 1 jam diatas jalan..dan aq rasa statement tu betol dan hampir sesuai untuk diaplikasikan di Terengganu.. Bila mak dah nak balik,, aq pon kena la stop citer pasal i-City ni sebab dah habes story mery pasal i-City ni..ape2 pon, best dan one fine day aq pasti aq akan datang lagi lepas ni..tapi yang tak best sebab aq just ambik gambar pakai Note aq je..kamera tak bawak..rugi2..sesampai rumah, terus melahap Nasi goreng Patayya sebab lapar giler..

Corengan yang tak seberapa.. 

customer online

jangan klik kanan