adverlet atas


Nov 13, 2012

i-City = Bandar LED


Assalamualaikum..
baru je habis tulis post pasal GM Mall dan AEON..

Kedua-dua post ni berlaku pada hari yang sama. Cuma tempat je yang berbeza tapi masih di dalam negeri Selangor dan di daerah Shah Alam..ok? i-City, kalau korang tak pernah dengar, bermakna anda belum cukup meneroka Shah Alam secara keseluruhan.. i-City is under MSC (Multimedia Super Corridor) bukan MMC ye..

sambil2 baca ni boleh la jugak cuci mata..

kt tempat parking dia..FULL..

sorry gambar sedikit gelap sebab flash camera tak kuat sangat..
 Pergi i-City malam.. Lepas balik dari Jusco, mandi, makan (alas perut siket2) then gerak ke Seksyen 7 dimana i-City terletak.. Bertolak dari rumah K.Pi jam 9.00 malam then pergi beli makanan kt Pasar Malam (aq x tau seksyen bape sebab masa tu excited giler nak pergi Bandar LED..konon)..aq beli Nasi Goreng Pataya dengan harga RM2.00 dan ianya sangat murah..sebab?? Gerai dah nak tutup time tu.. Orang pon dah x ramai mane pon..boleh kira dengan jari la...dan juga beli air 4 bungkus RM 6.00..

Sebungkus?? RM2.00..sebungkus soya panas, soya sejuk , honeydew, dan air kelapa.. Mula2 tu rancang nak makan kt i-City tu la sebab pada anggapan kami, i-City tu macam Taman Shah Bandar sebab ada rumput yang mengalas yang boleh dibuat permaidani semulajidi untuk duduk bersantai + gossiping..tapi,, indah khabar dari rupa..apa yang ada hanyalah hamparan debu jalan sebab tu tu masih ada construction untuk buat HIGHWAY direct to i-City, ok? Aq ulang, HIGHWAY DIRECT TO i-CITY,, how special that places..kalau la rumah aq pon ada direct highway macam tu kan bagus.

Peniaga memang cerdik giler..mgalahkan cikgu Perdagangan dan Prinsip Akaun adik aq.. Tapi hampeh,, base(kalau bahasa kampung : pelarut) dia pakai air mentah,,esokkan aq sakit tengkuk (bahasa mediknya aq lupa apa istilah yang tepat..sorry ye Puan Ismaliza).. Rasa macam tengkuk kering sangat..nak je aq sapu Yellow Soft Paraffin (YSP) a.k.a Vasselin® (sila dapatkan di Guardian ye=) biar rasa kering tu hilang..tapi YSP tu untuk kegunaan luar je tau,,ni ajaran sesat <--- dah WARNING jgn ikut ye..

nice...kan..
pokok LED
bunga matahari yang sentiasa segar pada malam hari...haha

10 minit kemudian sampai la kt bandar LED tu  lepas isi minyak kt Shell..nak sampai kt i-city tu kejap je..nak beratur tu masuk dalam i-city tu,,bukan kemain panjang + lama + aq rasa sempat tengok Adam Hawa (masa tu pkol 9.50 malam).. Dari jauh dah nampak lampu2 LED bertaburan.. Cantik.. Macam2 bentuk ada.. Sunflower, haiwan, p okok yang tak keluarkan oksigen dan menyedut karbon dioksida.. Setahun yang lepas aq pernah jugak la datang sini tapi time tu renovation sedang dilakukan.. Just ada pokok n haiwan.. Tapi malam tu aq pergi,, apa yang ada?? Jeng..jeng..jeng… let me tell you.. Ada pokok matahari (as what I told u before), mainan (ala2 funfair), Eye On i-City (pandai2 je aq bagi nama sendiri), Rumah Salji dan Taman Tema Air.. Banyak lagi tapi aq tak menyempat nak menjelajah semua sebab besar sangat..

adik no 2 aq..afiqah
sorry dik paksa kau jadi model aq..haha
muka terpaksa,,,
kalau budak KSKB ada sini jugak memang konfem kenal aq...sebab?? BAJU!!
senyum yang terpaksa diukir..
Eye On i-City
 Kalau korang nak masuk fun fair tu bayaran tiket RM 5/person untuk satu permainan..'murah' JER...kalau nak naik kereta yang pusing 360° dalam kawasan seluas sekankang kera, harganya Cuma RM20/car..kalau aq stay kt hostel seminggu boleh support RM20 tu compare dengan 20 hengget dalam masa 10 minit naik benda tu.. Memang kaya la peneraju i-City tu,, kalau satu kereta RM20, sehari bukak 12 jam, dah jadi RM240 untuk 1 kereta dalam masa 12 jam.. Kalau ada 20 kereta dalam tu, dah jadi RM4800,, dah memang sah2 ia beroperasi 30 hari sebulan.. Total up jadi RM144,000 dan setahun? RM 1.8 Juta dalam masa setahun hanya untuk permainan kereta sahaja.. Tu belom lagi kira Eye On i-City dan lain2 lagi..dalam fikiran aq time tu, duit..duit..duit..duit...kaya..kaya,,kaya..kaya...


Untuk tiket taman tema air pulak, harganya RM50 (pakej dengan Snow Walk) kira ok la tu,,tapi bagi aq masih lagi KO dgn harga tu sebab mahal (berkira sangat aq ni kan?).. Nak kira lagi untung untuk Taman Tema Air?jom.. Sehari beroperasi 12 jam dengan bayaran RM50.. Kalau ada 1000 pelanggan dah kira 50,000 hengget dan setahun 1.8 MILLION.. Memang kaya raya la kalau aq peneraju benda ni.. Tu baru harga promosi,, nanti klo dah betol2 dia fixedkan harga,, tk ke boleh mengalahkan orang terkaya di dunia? Sape sangka kan, tanah yang kosong, boleh jadi pendapatan lumayan hinggakan berbillion ringgit setahun.. Tu la orang cakap,, berbudi pada tanah, dapat hasil..betol ke tu peribahasa?

it's look like CNY right? ape2 pon model tu la tak leh blah sangat.. haha

Dalam pkol 12 tu mak aq dah nak balik dah.. Dah ngantok kot.. K.Pi pon kerja jugak keesokkan harinya.. Kesian jugak la kalau dia bangon lambat nak pergi kerja sebab aq pernah terbaca,, hidup di KL kalau anda lambat 10 minit ia boleh menyebabkan anda lambat 1 jam diatas jalan..dan aq rasa statement tu betol dan hampir sesuai untuk diaplikasikan di Terengganu.. Bila mak dah nak balik,, aq pon kena la stop citer pasal i-City ni sebab dah habes story mery pasal i-City ni..ape2 pon, best dan one fine day aq pasti aq akan datang lagi lepas ni..tapi yang tak best sebab aq just ambik gambar pakai Note aq je..kamera tak bawak..rugi2..sesampai rumah, terus melahap Nasi goreng Patayya sebab lapar giler..

Corengan yang tak seberapa.. 

No comments:

customer online

jangan klik kanan