Assalamualaikum,,
Citer kali ni pada
hari Rabu ; 14 November 2012 ; sehari sebelum tahun baru Hijrah.. Selamat tahun
baru Hijrah kepada pembaca yang beragama Islam. Hari ni segala buku amalan lama
ditutup dan buku amalan baru akan dibuka.. Tapi bukan nak citer pasal Maal Hijrah
tau,,nak citer pasal tajuk kt atas tu..dan untuk makluman, hari ni jugak K.Pi
kerja.. Jadi,, aq dan mak dan adik2 tinggal d rumah la sementara tunggu K.Pi
pgi kerja? No no no...aq boleh maju la...cewahh,, cakap besar…
Hari ni aq travelled
naik KTM dari Shah Alam ke Bank Negara dengan mak dan adik2..berbekalkan ilmu
traveller yang ada di dada dan Note, aq berjaya menjadi traveller untuk
keluarga aq.. Ni jugak 1st time adik2 aq naik komuter.. Almaklumlah,,
terengganu tkde semua ni,.bila ntah MB Terengganu nak buat kan?? Ada lagi
ketanah kosong kt Terenggnau tu?..bertolak dari rumah pada jam 2.00 petang
lepas sembahyang zohor + lunch + tido sekejap.. Haha.. Dengan harga tiket
RM1.40 seorang yang dibelanjakan oleh emak aq, naiklah kami berempat.. Masa
sampai ky stesen KTM tu dah memang ngam2 komuter sampai depan mata tapi
disebabkan kaunter tutup sebab aq beli pakai kad komuter 1Malaysia tu yang
hanya boleh dibeli di secara manual untuk dapatkan potongan harga 50%,, terpaksa
la aq lepaskan dia pergi..jiwang stainless still betol.. Hihi.
Lepas beli tu tunggu
la berempat kt platform 2. mula2 tu tak tengok lagi la pkol bape next train
sebab dalam pikiran mesti dalam masa 10~15 minit je untuk train seterusnya
sampai...tapi sekali tengok… hampeh,,, 40 minit kena tunggu...jadilah masa
bertambah singkat sebab kata mak nak balik sebelum malam… sebelum malam
maksudnya sebelom pkol 7 malam la KOT… kalau kita ada lebih kurang 4 jam je
masa untuk shopping kat tiga2 tempat tu tapi apakan daya,, mampu ke setiap
tempat tu mak shopping dalam masa 1 jam?
Rasa2 macam tak menyempat je..pkol 2.40 pm sampailah komuter te terkedek2
seperti biasa kelembapannya.. Perjalanan ambil masa lebih kurang 45 minit tanpa
ada sebarang interchange station..alhamdulillah..kalalau tak,,masa dan2 habis
tunggu train je kan? Betol la kata seorang penulis buku 'Cinta High Class' :
masa kita banyak dihabiskan dalam perjalanan..
Dah sampai kt Bank
Negara, bermulalah misi aq anak beranak berjalan dengan penuh semangat ke
Sogo.. Lebih kurang 10 minit kalau berjalan kaki ikut sidewalk yang memang dah
diperuntukan untuk pejalan kaki..tapi ada one things yang aq sangat x puas hati
ialah bila ada orang yang mintak sedekah kat tepi sidewalk tu..ya aq tahu
Malaysian memang prihatin.. Sangat2 prihatin terhadap orang yang meminta
sedekah ni.. Pantang ada orang mintak bantuan memang malaysian akan bagi nyer
walaupun seringgit tapi bukan aq sebab ada satu cerita yang buatkan aq sedikit
'kedekut' dengan si peminta sedekah ni. .
Nak tahu? Citer
indon yang aq layan time2 aq form 4 dulu.. Kalau tak silap tajuk dia Mutiara
Hati.. Pesan si ibu kepada si anak dalam citer tu yang aq pegang sampai hari ni
ialah 'kita tidak wajib bantu orang yang cukup sifatnya untuk bekerja mencari rezeki yang halal.'.lebih kurang macam tu la
kata-kata dalam citer tu..tapi ia sangat bermakna bagi aq dah sampai hari ni
juga aq akan pegang prinsip : selagi aq masih ada kudrat, kuasa dan tenaga, aq
akan kerja semampu yang boleh tanpa harapkan bantuan orang lain selain
Allah..itu yang jadi pegangan aq..
Satu bila ada kudrat
tapi MALAS bekerja.. Harapkan pertolongan orang sekeliling je.. Kalau
diikutkan, dalam sehari dorang ni boleh dapat beratus ringgit kalau walaupun
kerja 'office hour'..ye la kalau dalam masa 1 jam dorang boleh dapat RM 10 dan
dalam masa 8 jam bersamaan RM80 dan kalau hari2 buat kerja 'terkutuk' ni boleh
la dapat RM 2400..wow,, sama dengan gaji basic kerja sebagai seorang PEGAWAI
PERUBATAN U41 di hospital kerajaan Malaysia.. Memang kaya la kan.. Tu belom si
pengemis ni buat 'OT' lagi.. Kalau buat OT memang dah sah2 dapat gaji
mengalahkan Pengarah Kementrian Kesihatan Malaysia kan..silap2 gaji sama taraf
dengan JUSA A. hihi
Sejenis lagi yang suka guna nama sekolah tertentu
especially sekolah dari overseas la saperti kemboja, indonesia dan negara2
islam lain.. Yang aq peliknya, nama sekolah yang kat london ke, amerika ke,
mexico ke, x pernah la pulak dorang guna kan?? Persoalannya di sini… ADAKAH
NEGARA ISLAM MERUPAKAN NEGARA YANG MISKIN?? Aq tertanya soalan itu sendirian
tanpa ada jawapan dari sesiapa..dan aq harap suatu hari nanti I'll found the
answer.
Sesampainya di Sogo,
orang tak ramai sangat sebab mungkin hari tu hari bekerja.. Jadi rakyat
malaysia memang 'suka bekerja' dan tak ambil cuti.. Jadi, takde la sangat nak
berebut dengan public nak cari barang2 ni semua.. Mak aq berjaya beli sepasang
kasut kerja yang baru (sory, gambar aq x smpat nak snap) setelah beratus jenis
kasut dicubanya dan finally the last shoes in the Sogo yang jadi pilihannya..
Kan bagus kalau kasut last found tu yang jadi 1st found kan.. Tkde la sangat si
adik aq dua orang tu jadi model sambilan duduk try semua kasut termasuk
sepasang kasut ballet yang sangat luntur.. Lentur la,,bukan luntur.. Use the
correct word ye =)
Then adik aq pulak
aq tak tahu dorang pilih ape tapi yang pasti aq boleh jugak cari sehelai baju
DIESEL yang saiz paling kecik tapi masih besar bila attach to my body..
Menyumpah dan menyampah rasanya tapi terpaksa la jugak beli sebab nampak nice
dan ianya ditaja sendiri oleh aq ye.. Penajanya bukan mak aq..harap maklum..
Tapi jauh di sudut hati aq harap ditaja saat nak buat payment tu tapi nak buat
macam mana kan,, buak rezeki aq nak mencari penaja..tkpe lah..bukan mahal
sangat pon..RM70 ++ sebelum diskaun..kalau lepas diskaun 'murah' je la...murah
la sangat kan…
Then mak aq jugak
berjaya beli 2 helai baju kat ayah aq sebagai upah jaga rumah..haha..bapak kau
mahal baju ayah aq..nanti tak pasal2 aq nyanyi lagu Yuna : "ini tidak adil
bagi ku, ini tidak adil bla bla bla..."… keluar dari sogo pon masa tu dah
pkol 6.00 petang..maknanya it's take lebih kurang 3 jam dalam sana untuk
bershopping..so? Ada 1 jam lagi..sempat lagi ke nak pergi Jalan TAR dengan
Jalam Masjid India? Time tu aq belom sembahyang asar pon lagi..
Then , dengan
bersemangat aq melintas jalan dan menyusuri celah2 bangunan untuk ke Jalan
TAR.. Jalan punya la jalan...mula2 aq pikir aq dah sesat sebab aq x jumpa
sorang pon penjaja kt kawasan jalan TAR tu dan sebelum ni aq x pernah pon
nampak kawasan yang sedemikian..jalan lagi dan jalan lagi.. Tetibe jumpa la
Masjid India tu.. Pastu berlagak machonya cakap kt mak aq, 'mak pergi la jalan2
dulu kat sini then nanti patah balik sini. Syafiq tunggu kt masjid ni lepas
sembahyang'..time tu rasa malas sangat nak jalan sebab aq rasa I'm not a good
pemandu pelancong sebab aq pikir aq dah tak boleh pandu 'pelancong' aq dengan
baik sampaikan Jalan TAR pon aq tak jumpa kt mana tempatnya..
Masuk masjid, nampak
la ada orang baca2 doa.. Aq pikir la, apa doa yang dorang baca ni? Ada majlis
tahlil ke? Ada kenduri kahwin ke? Time tu tak terlintas la kt fikiran aq ni
esoknya dah tahun baru hijrah.. Tetibe je rasa bersalah bila balik umah..Ya, Allah..sesungguhnya
hambamu ini seorang yang pelupa.. Oleh itu, kuatkanlah ingatanku kepada Mu dan
segala suruhan Mu Ya Allah.. Sembahyang la asar sorang2..orang lain masa tu dah
keluar masjid sebab doa dah habis baca..
Dah habis sembahyang
janji tinggal janji.. Aq x tunggu pon dorang tapi aq pergi terjah dorang bershopping sakan.. Tkde la sakan
sangat tapi banyak jugak la yang dibelinya.. Aq tengok je lah..malas la nak
bazir2 duit untuk benda yang dah ada dan masih boleh dipakai..unless kalau
benda tu betol2 aq perlukan dan 'darurat' kan? Kt situ adik aq ada beli baju
t-shirt Superman 10 ringgit.. Murah je,, padan la dengan harga dia dan kualiti
dia..
Dah habis shopping
kt Jalan MASjid India, konon2 nak pergi la Jalan TAR tapi tak bukak. Jalan yang
biasa dilalui untuk mencuci mata di Jalan TAR nampak lengangg.. Hanya kenderaan
peniaga je yang memenuhi ruang jalan.. Fikiran aq, mungkin hari ni dorang tak
menjual kot.. Tapi aq rasa memang hari2 dorang menjual.. Nanti aq cari
jawapannya.. And my part time job is as a researcher selain blogger boy
kan?hahaa..
Then, lepas tu balik
je la..waktu tu jam 7 malam.. Memang dah langgar pantang la kan? Tadi cakap sampai pkol 7 je dah sampai kt
Shah Alam kan? Kan tadi mak masa tengah hari tu kitorang makan nasi + yam tapi
unless mak.. Katanya dah kenyang.. Tak tahu la kenyang betol2 ke atau sebab
ulser kt mulut tu.. Pastu dan2 on the way nak balik ke stesen KTM tu dia tanya
adik aq : Adik nak air tak?..aq tahu mak aq dahaga time tu.. Adik aq cakap la
tak nak sebab tadi depan Jalan MSAjid India tu ada Tropicana Twister bagi air
free..best!!
Kitorang adik
beradik merasa la air tu.. Aq tanya mak, nak ke tak.. Dia cakap taknak..aq pon
diam je la.. Kalau aq jadi dia, tak perlu la nak tanya adik aq kalau nak beli
minuman tu. Just beli je la..buat ape la nak seksa diri tu kan.. Kadang2 aq
kasihan jugak la kalau dah jadi macam tu..tak tahu nak cakap ape lagi kat mak
aku tu.. She's sacrifices too much things to us (statement ni buat aq rasa
sebak bila aq baca balik… I LOVE YOU MOM)..then at last sampai kt Shah Alam
pkol 7.45 malam terus sembahyang Maghrib kt situ.. Guess sape Imam malam tu??
Haahaha…
*baru je beberapa
sem yang lepas pergi kat Sini
Corengan yang tak
seberapa..terima kasih sudi dengan luahan hati ini..
No comments:
Post a Comment