adverlet atas


Jan 8, 2013

[Praktikal] 08012013 @Selasa


Assalamualaikum..
            Hujan renyai-renyai membasahi muka bumi 10 minit sebelum saya meninggalkan rumah untuk ke hospital. Keadaan jalan yang sesak adalah perkara yang biasa sepertimana sebelum ini. Saya berazam untuk punch card pada jam sebelum 7.30 pagi kerana saya ingin pulang ke rumah pada jam 4.30 petang. Itu azam saya pada hari ini.

8.00 am – 10.00 am :
            Kerja semalam masih saya lakukan iaitu memindahkan rekod dari bin card ke Buku Rekod Ubat Terkawal (Controlled Drug). 1 jam kemudian baru dapat saya siapkan semua rekod ubat controlled. Kemudian bin card lama dibungkus dalam 1 kotak untuk disimpan. Selepas itu saya ‘filling’ ubat. Ekoran daripada kerja semalam (kerja mengemas dan memindahkan ubat ke tingkat 2), banyak ubat yang terpaksa dihentikan untuk diberikan kepada pesakit kecuali pesakit sanggup untuk menunggu dalam tempoh 15 minit lagi.

10.30 am – 1.00 pm
            Kerja-kerja ‘filling’ masih terus berjalan. Untuk tempoh 30 minit kemudian saya top-up ubat yang kurang sehingga jam 12.30 pm kerana ubat dari tingkat 2 yang disimpan semalam baru sahaja dibawa turun semula. Mulanya saya bercadang untuk dapatkan fail meja PPF dari Puan M (U36) kerana beliau yang in charge semua perkara berkaitan PPF tetapi disebabkan banyak kerja, saya tangguhkan dahulu hasrat saya untuk berbuat demikian.

 2.00 pm – 5.00 pm :
            Setelah rehat selama 1 jam, pada sebelah petang saya mengambil peluang untuk belajar melabel ubat-ubat Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Drive Thru dengan PPF TA. Ada banyak perkara yang saya dapat belajar daripada beliau namun tidak semua perkara sempat saya dapat kerana ada beliau ada perkara lain perlu diselesaikan pada waktu dan ketika itu. Apa yang saya perasan, pada hari ini segalanya memudahkan. Contohnya label Metformin yang khusus untuk Metformin sahaja. Cuma yang membezakan adalah nama pesakit dan tarikh ubat pada label.

            1 jam sebelum pelang saya meminta untuk dapatkan fail meja PPF untuk dimasukkan dengan Puan M untuk dimasukkan ke dalam laporan saya di unit ini. Tanpa disedari jam telah melepasi 4.30 pm semasa saya mendengar azan Asar berkumandang dari masjid berhampiran. Tanpa membuang masa saya mengambil keputusan untuk sembahyang asar dahulu sebelum punch card sebelum pulang.

Kesimpulan :
            SPUB ialah apabila seorang pesakit ingin mengambil ubat di klinik kesihatan / hospital berdekatan. Jadi kakitangan farmasi yang bertugas di hospital asal perlu menyediakan ubat berkenaan dan akan diambil oleh kakitangan dari hospital / klinik kesihatan berkenaan untuk didispen kepada pesakit di hospital tersebut beberapa hari sebelum pesakit datang mengambil ubat.

Jan 7, 2013

[Praktikal] 07012013 @Isnin


Assalamualaikum..
            Hari ini hari lahir emak saya yang ke-49. Happy birthday mom. Bangga ada emak seperti beliau. Saya bertolak dari rumah pada jam 7.10 pagi kerana saya ingin punch card sebelum jam 7.30 pagi supaya saya boleh pulang pada jam 4.30 petang kononnya. Tetapi malangnya sesampai di hospital, pintu farmasi utama (tempat saya punch card) masih belum dibuka kuncinya kerana kunci berada dengan orang yang datang tepat pada jam 8.00 pagi. Jadi, hasrat saya untuk pulang awal terpaksa saya lupakan dengan segera. Hampeh!!

8.00 pagi – 10.00 pagi
            Masuk ke ACC saya terus disuruh untuk menyimpan kembali barang yang dipunggah semalam ke tempat asalnya. Selepas itu saya diminta untuk menukarkan bin card yang bewarna pink kepada Buku Ubat Terkawal yang dikeluarkan oleh bahagian farmasi HSNZ oleh PF Puan Amira. Ia tidaklah sesusah / serumit untuk dihandle tetapi perlu memanjat kerusi untuk mengambil ubat yang tinggi kedudukannya. Selain itu, rekod jumlah ubatyang ada perlu dalam kuantiti ‘biji’ bukan dalam kuantiti ‘kotak’.

10.30 am – 1.00 pm
            Tugasan sebelum ini iaitu merekod menggunakan buku baru diteruskan lagi sehingga rehat pada jam 1.00 pm tetapi pada jam 11.30 am saya diminta menghantar ubat ke Farmasi Pandu Lalu (Drive Thru) untuk diberikan kepada pesakit bagi membolehkan pesakit yang sibuk dengan rutih harian mendapat bekalan ubat dengan lancar dan mudah.

 2.00 – 5.00 pm
            Tugasan pada 10.30 pagi tadi diteruskan sehingga siap kira-kira pada jam 3.00 pm. Selepas itu semua staf  farmasi yang berada di ACC diminta menyimpan semua ubat yang ada didalam stor ACC untuk dibawa ke unit Kawalan Kualiti (QC) yang berada di tingkat 2 pada bangunan yang sama. Jam menunjukkan hampir 5.00 pm. Itu menunjukkan waktu untuk pulang. Semua staf ingin pulang pada masa yang sepatutnya. Jadi semua bekerjasama untuk menyiapkan tugasan dengan cepat. Operasi mengangkut barang termasuk peti sejuk yang mengisi ubat berakhir pada jam 5.30 petang.

Rumusan :
            Disini dapat saya lihat bagaimana aktiviti cold-chain dilaksanakan dimana sebelum peti sejuk diangkat ke tingkat 2, semua ubat yang memerlukan penyimpanan pada suhu 2-8 °C diletakkan didalam bekas gabus dan diletakkan bersama ice-pack.

customer online

jangan klik kanan