adverlet atas


Jan 8, 2013

[Praktikal] 08012013 @Selasa


Assalamualaikum..
            Hujan renyai-renyai membasahi muka bumi 10 minit sebelum saya meninggalkan rumah untuk ke hospital. Keadaan jalan yang sesak adalah perkara yang biasa sepertimana sebelum ini. Saya berazam untuk punch card pada jam sebelum 7.30 pagi kerana saya ingin pulang ke rumah pada jam 4.30 petang. Itu azam saya pada hari ini.

8.00 am – 10.00 am :
            Kerja semalam masih saya lakukan iaitu memindahkan rekod dari bin card ke Buku Rekod Ubat Terkawal (Controlled Drug). 1 jam kemudian baru dapat saya siapkan semua rekod ubat controlled. Kemudian bin card lama dibungkus dalam 1 kotak untuk disimpan. Selepas itu saya ‘filling’ ubat. Ekoran daripada kerja semalam (kerja mengemas dan memindahkan ubat ke tingkat 2), banyak ubat yang terpaksa dihentikan untuk diberikan kepada pesakit kecuali pesakit sanggup untuk menunggu dalam tempoh 15 minit lagi.

10.30 am – 1.00 pm
            Kerja-kerja ‘filling’ masih terus berjalan. Untuk tempoh 30 minit kemudian saya top-up ubat yang kurang sehingga jam 12.30 pm kerana ubat dari tingkat 2 yang disimpan semalam baru sahaja dibawa turun semula. Mulanya saya bercadang untuk dapatkan fail meja PPF dari Puan M (U36) kerana beliau yang in charge semua perkara berkaitan PPF tetapi disebabkan banyak kerja, saya tangguhkan dahulu hasrat saya untuk berbuat demikian.

 2.00 pm – 5.00 pm :
            Setelah rehat selama 1 jam, pada sebelah petang saya mengambil peluang untuk belajar melabel ubat-ubat Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Drive Thru dengan PPF TA. Ada banyak perkara yang saya dapat belajar daripada beliau namun tidak semua perkara sempat saya dapat kerana ada beliau ada perkara lain perlu diselesaikan pada waktu dan ketika itu. Apa yang saya perasan, pada hari ini segalanya memudahkan. Contohnya label Metformin yang khusus untuk Metformin sahaja. Cuma yang membezakan adalah nama pesakit dan tarikh ubat pada label.

            1 jam sebelum pelang saya meminta untuk dapatkan fail meja PPF untuk dimasukkan dengan Puan M untuk dimasukkan ke dalam laporan saya di unit ini. Tanpa disedari jam telah melepasi 4.30 pm semasa saya mendengar azan Asar berkumandang dari masjid berhampiran. Tanpa membuang masa saya mengambil keputusan untuk sembahyang asar dahulu sebelum punch card sebelum pulang.

Kesimpulan :
            SPUB ialah apabila seorang pesakit ingin mengambil ubat di klinik kesihatan / hospital berdekatan. Jadi kakitangan farmasi yang bertugas di hospital asal perlu menyediakan ubat berkenaan dan akan diambil oleh kakitangan dari hospital / klinik kesihatan berkenaan untuk didispen kepada pesakit di hospital tersebut beberapa hari sebelum pesakit datang mengambil ubat.

No comments:

customer online

jangan klik kanan