adverlet atas


Jan 2, 2013

[Praktikal] 02022013 @Rabu


Assalamulaikum…

Pada jam 7.50 pagi saya melaporkan diri di farmasi utama Hospital ABC

8.00 am ~ 10.00 am :
          Pada hari ini ramai staff sibuk dengan persiapan perasmian Majlis Perlancaran 5s’ yang akan berlangsung pada 8 Januari 2013 iaitu pada hari Selasa. Oleh itu, ketua Penolong Pegawai Farmasi (U40), Encik Z belum sempat menyediakan jadual saya untuk sepanjang tempoh berada di HABC sehingga tamat tahun 2 semester 2 ini.

          Pada mulanya kami dikehendaki mendaftarkan diri sebagai sebahagian kecil daripada kakitangan HABC di bahagian latihan HABC yang dibawa oleh pelatih tahun 3 semester 1, Cik M ke sana. Seterusnya kami dibawa meninjau setiap unit farmasi yang ada di HABC seperti Jabatan Pelakit Luar (JPL), Farmasi Klinik Pakar (ACC), unit Total Drug Monitoring (TDM), Total Parenteral Nutrition (TPN), Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), stor integrasi, stor pusat, Farmasi Utama, Satelit 4 dan 7, farmasi Trauma dan Kecemasan (A&E) dan unit galenikal.

10.30 am ~ 1.00 pm :
          Tugas yang kami lakukan sepanjang hari di farmasi utama hanyalah menolong melaksanakan perlancaran projek perasmian 5’s. Selain itu, ada juga saya menolong pelajar dari Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) menyiapkan inden ubat Unit of Use (UoU) dari farmasi satelit 7 seperti Simvastatin, Alfuzosin, Terazosin dan Lactulose Syrup. Kami juga ada menyediakan stok ubat Unit of Dose (UoD). Jadi, saya sudah tahu cara menggunakan mesin pencetak label bagi UoU dan UoD.
2.00 pm ~ 5.00 pm :
          Sebelum balik, saya menolong melipat jumpsuit yang telah digunakan semasa di unit TPN dan CDR dengan cara betul oleh Encik N untuk dihantar untuk dibersihkan (sterile) oleh pihak Redicare.

Kesimpulan :
          Walaupun baru hari pertama saya melaporkan diri, banyak benda yang saya dapat belajar pada hari ini. Justeru, ia membuatkan semangat saya untuk mempelajari perkara baru atau perkara yang telah saya belajar secara teori semasa di kolej dapat saya aplikasikan semasa di lapangan semakin membara.

No comments:

customer online

jangan klik kanan