adverlet atas


Jan 6, 2013

[Praktikal] 06012013 @Ahad


Assalamualaikum…
            Saya punch card pada jam 7.25 pagi. Saya fikir saya turun dari rumah pada jam 7.05 pagi. Hari ini saya mula dapat jadual tugasan sepanjang semester ini. Tidak sabar rasanya untuk tahu unit pertama untuk ditempatkan.

8.00 am – 10.00 am
            Hari ini saya ditempatkan di Farmasi Klinik Pakar (FKP) atau dikenali sebagai Ambulatory Care Center (ACC) selama 3 minggu bermula pada saat ini sehingga 24 Januari 2013 (Khamis). Mula-mula masuk ke ACC saya melaporkan diri kepada Puan M (PPF U32). Bermula dari jam 8 pagi hingga 10.30 pagi saya hanya ‘filling’ ubat sahaja. Pesakit yang menunggu giliran untuk mengambil ubat seperti biasa ramainya. Tidak saya nafikan dalam masa 2 jam saya bergerak tanpa henti dan ia adalah sangat memenatkan kaki saya. Namun, bersyukurlah ruang farmasi yang agak sempit menjadikan ianya tidak banyak langkah yang perlu saya atur dan bazirkan untuk mencari sesuatu ubat namun letih tetap letih.

10.30 am – 1.00 pm
            Baru sahaja melepasi pintu masuk ke ACC PF TM meminta saya untuk ke farmasi satelit 7 untuk mengambil Rosuvastatin. Tanpa membantah saya akur akan arahan tesebut. Akur bukan bermakna saya seperti lembu dicucuk hidung tetapi kerana mengikut  arahan orang atasan. Sesampai di lobi lif pada tingkat ground (G), saya lihat lif tidak berfungsi. Saya dengan sangat dan amat berbesar hati memanjat tangga dari tingkat 1 hingga ke tingkat 7 tanpa sebarang kompromi. Can U imagine that? Bermodalkan keletihan kaki yang pagi tadi belum pun sempat hilang, saya mendaki tangga selangkah demi selangkah dengan sebaiknya sambil menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya semula dengan gigihnya. Sesampai di tingkat 7 saya rasa sedikit kejang pada otot peha saya. Kalau Ketoprofen transdermal ada mesti saya dah pakai masa tu juga.

2.00 pm – 5.00 pm
            Kerja..kerja..kerja dan kerja seperti biasa. Itulah rutin harian saya setiap hari. Pernah juga saya terfikir untuk mengikut Pegawai Farmasi Pelatih (PRP) ke Medical Therapy Adherence Clinic (MTAC) tapi saya belum sempat mengemukakan hasrat saya kepada Local Preceptor (LP) kerana beliau sangat sibuk. Mungkin esok atau lusa. Atau mungkin juga tidak sama sekali saya menkhabarkan kepada LP. Ada juga saya top-up ubat yang sudah melepasi paras minimum.

5.00 pm – 5.30 pm
            “Student sila KIV dulu untuk balik,” arah ketua Pegawai Farmasi unit ACC, Puan A (U54). Beliau meminta kami untuk mengangkat barang termasuk ubat-ubatan yang berada di aras paling bawah ke atas rak kosong kerana ada maklumat mengatakan pantai Terengganu akan mengalami Ribut Tropika Sonamo (TS). Ia dijangkakan berlaku pada 8 Januari 2013 (Selasa). Jadi hari ini saya punch card pada jam 5.30 petang.

No comments:

customer online

jangan klik kanan