adverlet atas


Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Nov 23, 2012

saya terima ujian tuhan..


Assalamulaikum..
Selamat pagi Jumaat..

Ni salah satu part dalam cerpen HATI KERING yang aq akan sambung lagi nanti..selamat membaca

Hari ni nak tulis pasal isi hati yang aq pendam selama ni pada seseorang dan hari ni aq nak luahkan semuanya dan sehabisnya sebab aq tak nak lagi tanggung semua ni sebelum aq balik Terengganu bulan December nanti..seksa tau =(

Awak, maafkan saya sebab tak cuba untuk 'datang' dekat dengan diri awak. Bukan saya tak nak buat macam tu tapi sebab saya takut.takut sangat2. Takut ada hati yang terluka dan berdarah. Saya tahu awak sangat2 berharap yang satu hari nanti saya akan pergi kepada awak dan bercakap dengan awak, senyum pada awak, tenung mata awak, dengar isi hati awak yang terbuku tu. Tapi apakan daya saya..Dari riak wajah awak saya nampak semua tu.. Sangat berharap pada saya.

Satu harapan yang sangat tidak pasti entah bila harapan akan bertukar menjadi kenyataan. Tapi saya tahu, jika saya buat semua tu, ada hati yang akan terluka. Memang betul status awak kat Facebook tu : kadang2 kita tak boleh nak pusakan hati semua orang terhadap apa yang kita buat. Ya, saya akui benda tu semua. Saya setuju 100%.. Tapi demi seorang kawan, saya rela korbankan perasaan saya kepada awak walaupun saya tahu awak tak suka dia sepertimaan awak suka saya. 

Kalau lepas ni awak nak berpindah hati pada dia pon saya tak kisah sebab saya lebih rela tengok orang yang saya sayang pergi pada orang yang dia sayang walaupun hati saya berdarah berbanding saya tengok hati orang lain terluka kerana perbuatan saya sebab lepas tu luka tu akan tinggal parut walaupun ianya akan tetap kekal dalam diri saya tapi saya yakin saya masih sembunyikan parut tu. Saya tahu, bila awak baca post ni mesti awak rasa marah sangat kat saya kan..kat sini saya nak tegaskan prinsip diri awak sekali lagi : Kita tak boleh nak pusakan hati semua orang..dalam kes ni, saya TERPAKSA untuk tidak puaskan hati awak. biarlah saya bersikap hati kering kali ni dengan awak dan dengan perasaan saya sendiri.

Awak, boleh tak kalau awak berhenti berharap pada saya? Bukan saya tak suka tapi saya tahu awak sakit sangat kan bila kita berharap tapi harapan tu macam tak berapa nak berbalas kan? Saya pon pernah rasa juga banda tu suatu ketika dulu sebelum saya kenal sape awak dan sebelum awak masuk dalam hidup saya..satu lagi saya nak cakap kat awak, saya harap awak jangan tunggu sangat saya sebab saya takut harapan awak tu musnah. Nanti awak sendiri yang frust. Saya tak nak orang yang saya sayang frust.

Awak ingat tau, saya pon sayang awak. Saya pon suka awak. Mungkin disebabkan satu benda yang saya fikirkan ianya penting demi menjaga hati dan perasaan kaum sejenis dengna saya, saya terpaksa beralah dan memendam je parasaan ni. Maafkan saya lagi sekali. Awak kena pegang satu benda. Kalau awak fikir memang kita akan dijodohkan bersama akhirnya, kita memang tetap akan bersama walau apa cara sekali pun, awak tak perlu risau. Awak tak perlu takut okey? awak akan sentiasa ada di hati saya... selamanya..sampai bila2..

JANGAN TUNGGU SAYA LAGI..SAYA TAKUT NANTI AWAK SAKIT & SAYA  JADI SERBA SALAH!!!



Corengan dari hati yang rindukan renungan mata dia..Saya sayang awak!!

jawapan dari Hati untuk Diri..


Assalamualaikum…

Post ni Hati jawab untuk kritikan Diri semalam. Kalau korang tak baca lagi, korang tak bape faham sangat la. Kalau nak baca klik link merah atas tu.

Jawapan dari Hati untuk Diri.

Panjang lebar Diri persoalkan kenapa kenapa dan kenapa. Berulang kali Hati baca mesej dari Diri tu. Menarik tapi ada bahagian yang Hati rasa serba salah nak jawab sebab Hati rasa Hati patut rahsiakan benda tu dari Diri. Hati memang dah ready untuk jawab semua soalan dan kritikan Diri tu. Hati tak marah pon Cuma Hati nak Diri tahu yang Hati buat semua ni ada sebab. Bukan suka-suka.. Kalau suka-suka, hati pon taknak benda cenggini..Hati tahu macam mana sakitnya Diri tanggung semua ni.. Firstly, Hati minta maaf dulu ye..rasanya Jawapan dari hati ni tak sepanjang taipan yang Diri tulis untuk Hati tu..pendek je sebab Hati takde banyak sangat idea nak tulis..kalau masa Hati masih ada ruang untuk seseorang dalam Hati ni, Hati ada banyak idea sebab Hati sedang mengalami benda tu. Jadi senang la Hati nak tulis apa-apa yang terlintas pada diri hati time tu.

Itu je yang mampu Hati tulis untuk Diri. Hati tahu Diri takkan puas hati dengan jawapan Hati tapi satu je yang Hati mintak pada Diri. Terima seseorang itu dengan apa adanya =)

Coretan jawapan dari Hati untuk Diri..

Nov 22, 2012

luahan dari Diri untuk HAti..


Assalamualaikum..

Hari ni tak tahu kenapa perasaan ni sangat-sangat membuak nak mem'blog'kan isi hati Diri ni. Sebenarnya dari semalam sebelum aq tido pkol 2 pagi lagi aq rasa nak tulis. Tapi masa tu mata dah kuyu dan masa tu jugak idea mencurah-curah nak suruh tulis. Tapi nak buat macam mana, kekuatan nak tido itu lebih lagi dari nak buka laptop then taip entri ni. Post kat bawah ni korang baca je la ye. Dalam watak ni ada karakter DIRI & HATI. Siapakah mereka? Bacalah..

Satu benda yang Diri ni perasan sangat tentang Hati adalah dia mudah mengalah. Contohnya bila dia terpandang sorang yang dia minat tu, mula-mula dia memang menaruh harapan tinggi macam bukit tension (tetibe teringat lagu Harapan by Hyper Act - Harapan...harapan menjadi layu..ingin ku bahgia bersama..mengukir kenangan..memburu impian blablabla..) Kira time tu dah admire giler la kat minah ni.. Pastu 2 3 hari lepas tu dia ternampak minah ni borak-borak dengan laki lain (yang dilabel sebagai anonymous)

Disaat itu dan ketika tu jugak, hati dia berubah walaupun Hati sendiri tak pasti orang tu Bf dia ke, Bff dia ke Enemy dia ke).. 100% berubah. Pudar. Pastu lepas dari saat tu, bila minah sama lalu kat depan dia pon, dia buat derk je la.. Buat macam takde pape yang pernah berlaku. Seperti hari semalam tidak pernah wujud baginya dan tidak pernah hadir dalam hati dan seolah-olah Hati tak pernah kenal sape  si minah tu. Seriusly, Diri tak pernah faham tentang Hati. Sekejap berubah begitu, sekejap berubah begini. Kadang-kadang nak juga Diri ni tanya pada Hati, kenapa hati buat macam ni pada Diri. Diri sakit tau bila Hati buat macam tu pada Diri. Kalau nak cakap pasal seksa tu takyah sebut la.. Sekali azab pon ada..

Kalau dulu, pernah jugak Hati minat kat seseorang, pastu bila insiden 'contoh' kat atas tu berlaku, Hati masih lagi beri peluang pada Diri untuk terima orang tu semula untuk kali kedua,ketiga,keempat,kelima dan kali ke infiniti.. Kira time tu Hati tak tolak mentah2 la orang yang Hati minat tu.. Tapi sekarang, Hati dah teruk.. Hati hari ni bukan macam hati sebelum ni, dan bukan juga macam sebelum-sebelum ni.. Hati kejam sangat, Hati lagi jahat Cuma kadangkala Diri fikir Hati ni macam tentera Zionis.

Tak pernah langsung nak bagi ruang dan peluang untuk Diri ni rasa disayangi dan menyayangi orang lain. Hati memang takde hati perut kan? Hari-hari Diri berdoa pada Allah supaya Hati dilembutkan oleh Nya (time ni sedikit sebak bila aq tulis, tak tahu kenapa).. Tapi sampai hari ni Allah masih tak makbulkan doa Diri. Takpe, Diri masih boleh bersabar dengan ego Hati tu. Diri rasa Diri masih kuat walaupun tidak dapat mengalahkan Hati.

Haritu pernah juga Diri  dengar Hati berdoa pada Allah. Doa Hati bunyi macam ni, "Ya Allah, jika aku dilahirkan diatas muka bumi ini bukan untuk sesiapa dan jika tiada siapa pemilik tulang rusukku maka hapuskanlah personanya dari diri ini dan Kau tutupkanlah pintu hati aq ini dari menerima sesiapa  sampai bila-bila..aq redha ya Allah.."  Diri ni sedih tau bila Hati buat macam tu.. Tu bukan Redha..tu namanya Pasrah..

Lastly, Allah makbulkan jugak doa Hati dan Hati sangat gembira sampaikan orang yang nak muncul dalam diri Hati pon, Hati dah tak kisah.Hati buat2 tak nampak je kan? Kasian mereka. Lagi kasihan pada Diri sebab diri rasa sunyi sangat. Macam malam pungguk yang rindukan bulan. Hati takpe la sebab Hati tkde perasaaan cinta. Yang masalah sekarang adalah Diri ni. Yang punyai perasaan cinta sepertimana lumrah alam.. Diri ni dah puas dipujuk biar ia sentiasa tenang.

Tiap-tiap kali dan tiap-tiap hari Diri nampak orang yang sedang bermadu kasih. Di mana-mana. Diri ni mesti fikir, "bila Diri boleh jadi macam mereka? Diri pon nak jadi manusia normal. Nak rasa nikmat yang tuhan kepada hambanya. Kalau la Hati boleh bercakap secara lisan, dah lama Diri ni 'interview' Hati.. Nak tanye banyak sangat soalan yang ada dalam Diri ni. Diri pernah ingat satu insiden ni. Insiden yang membuatkan Hati tertutup untuk selamanya dan sampai sekarang tidak juga Hati buka.

Hari tu, Hati ada minat kat sorang minah ni, dah admire tahap gaban la. Siap Hati pernah bagi 'hint' bagai lagi kat dia dan dia pon perasan. Cuma dia tak terlalu tergopoh gapah la nak balas cinta Hati. Tapi dalam masa yang sama ada jugak kawan Hati yang minat kat dia. Hari2 kawan Hati tu selalu citer pasal dia kat Hati. Hati dengar je. Khusyuk. Tapi Diri tahu, Hati sedih pasal benda ni. Semakin hari, semakin kecik lubang untuk terima dia dalam diri Hati dan semakin pudar perasaaan Hati pada dia. Last2 'ruang' tu tertutup terus dan perasaan tawar tu kekal sebati dalam diri Hati sampai saat jari menaip post ni.

Lepas insiden tu, Hati nangis 2 hari tak henti2. lepas tu la baru Hati doa pada tuhan doa tadi tu.. Masa tu Diri kesian jugak tengok Hati. Diri pon takleh nak buat apa sebab Diri bukan tuhan. Diri takde kuasa nak halang kawan Hati minat kat Dia. Maafkan Diri sebab takleh bantu Hati. Masa tu Hati jadi serba salah nak teruskan bagi 'hint' pada dia sebab Hati takut kawan Hati tu terluka. Salah hati jugak,, kenapa Hati perlu jaga perasaan orang lain sedangkan Hati hati sendiri terluka? Parut tu masih ada lagi ke Hati?

Dan ada lagi sambungan dari kisah kawan Hati tadi. Rupanya moinah tu bukan minat kat kawan Hati tapi dia minat pada Hati. Kiranya 'hint' Hati tu terbalas la.. Kasian dia, hati.. Masa Diri tahu dia masih minat kat Hati tu, time tu Diri rasa gembira sangat. Diri sangka tuhan dah makbulkan doa Diri tapi masa tu hati dah takde pape dah. Perasaan Hati pada cinta dah hilang. Masa tu hati dah jadi tentera Israel dah.

Tu kisah 2 semester lepas. Tapi semalam Diri masih nampak dia masih beharap Hati masih boleh teima dia lagi. Hati, apa salahnya kalau Hati bagi peluang kedua untuk dia? Apa kata Hati longgarkan siket ruang tu?.. Diri kesihan tengok dia, harapan dia tu menggunung. Diri dengar, dia rela lepaskan orang lain demi Hati. Setianya dia.. Kalau Diri jadi dia, dah lama Diri cari orang lain..Hati, jangan hukum orang yang hati pernah sayang sepertimana hati menghukum Diri..sakit sangat...

Ikuti jawapan dari Hati nanti..

Corengan dari Diri untuk Hati..

customer online

jangan klik kanan