adverlet atas


Showing posts with label syafiq. Show all posts
Showing posts with label syafiq. Show all posts

Nov 27, 2012

Sambutan Maal Hijrah 1434H


Assaalamualaikum..

Ia belum terlambat untuk aq wish Salam maal hijrah 1434h.. Harap korang semua sihat..
Semperna maal hijrah ni, marilah sama2 kita melakukan perubahan dalam hidup kita dari negatif kepada positif.. Tak banyak, siket pon jadilah,, at least ada perubahan seperti kata pujangga : HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI..

Semalam aq ada 2 event dalam masa 24 jam...ececece… first Maal Hijrah ni and 2nd ialah Dinner (nak tahu pasal dinner, klik sini)

Ceritanya bermula bila aq bangon seawal jam 5.30 pagi then mandi dan breakfast pkol 6.15 pagi (first time dalam hidup breakfast seawal jam tu)…nak bangon pagi tu bukan main liat lagi,..bese pagi2 aq bangun tido pon paling AWAL jam 6.00pagi dan paling lewat pkol 6.45 pagi..kalau masa tu dah nak bergajah la suboh aq,,,kuangkuangkuang...

Pkol 6.45 pagi gerak pergi kolej sebab bas tak ambik kami di asrama and I don't know kenapa bas tak datang jemput kami di asrama..mungkin sebab aq bukan anak raja/mana2 datuk/Tan Sri2... Tp masih bersyukur sebab masa daki bukit tension matahari belom menampakkan dirinya.. Ye la,, pkol 6.45 pagi mana la ada matahari lagi time tu.. Sejuk tapi berpeluh..sebab aq jalan laju sangat (memang jalan laju tu habit aq yang aq asah sejak aq form 4 sebab yang aq nampak cikgu2 sekolah aq yang jalan laju sumer nampak superb = cerdik + macam albert einstein..so, aq  pon ader la cita2 nak jadi macam dorang jugak..insyaAllah)

Gerak pergi sana pkol 7.30 pagi…punya la awal aq pergi kolej...dan dan masa jejak kaki ke kolej tu bas tu belom panaskan enjin lagi..hampeh...sebab tu la lambat siket bertolaknya.. Pastu pulak orang yang perginya 18 orang je..bas boleh muat 48 orang.. Membazir je minyak..ape la salahnya kalau guna bas mini tu je kan..banyak pulak  aq kritik...haha..perjalanan ambil masa 1 jam ++...termasuk jem..ish,, yang ni memang aq x suka...kalau naik KTM dari Sg Buloh ke Putra ambik masa 20 minit je..semalam, 1 jam lebih kot baru sampai...menyampah giler aq rasa tapi nasib baik la aq mingantok time tu..teros la aq tido je dalam bas tu…

Dan akhirnya kami sampai juga…tempat tu bertentangan dengan MAsjid Negara...

tak berapa clear..
tak menompek aq kat situ....
Masa masuk tu, mula2 dah pikir lewat sangat ni..pastu receptionist suruh breakfast dlu..time tu aq kenyang lagi breakfast pkol 6.15 pagi tadi...tapi disebabkan nafsu nak naikkan berat badan yang sangat melampau, aq pulun jugak amik kuit pau..mula2 3 biji je pastu aq rasa sedap pulak la kan..haha..ambik sebiji lagi..tu pun dah last2 dah...REZEKI...hehe.. Makan la dengan lahapnya...manis..tapi tkpe...ada air masak yang aq bawak…24 jam mesti ada dengan aq air masak tu..mane boleh tinggal...demi kecantikan kulit..cantik ke?perasan...

Ummi, Mimi n Aida..breakfast time...

Mimi, Aida n Sabirah...sambung makan..hehe
ni yg aq cakap pau tu...ape kuih ni hah?

door gift yang aq dapat dari receptionist tu..
Lepas melahap, aq masuk ke dewan tu..uih,, orang yang datang tu semua pakai baju pejabat..aq je pakai baju melayu dan beberapa orang crew kat situ...terasa macam crew bertugas la pulak kan...berangan lagi… ramai orang...besar dewan tu...cantik? Macam bese2 je...tapi ok la...not too bad…mula2 ada ceramah dari ustaz mane yang aq tak tahu sementara tunggu VIP datang..lepas dorang sampai, majlis start...mula2 perasmian by Ketua Pengarah JAKIM + ceramah2..

DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
tapi aq TIDO!!!!kurang hajar punya budak...boleh kau tido time orang bagi ucapan...mgantuk la..so, tido la...tak perlu jadi H.I.P.O.K.R.I.T sesangat la kan...tapi yang anehnya bila dia dah bagi ucapan salam nak tutup majlis tu tetibe mata aq jadi segar balik macam tido dah 10 tahun lepas..hehe..setan ramai sangat yang admire kat aq kot...

Lepas tu ada penyampaian TOKOH MAAL HIJRAH 1434 H..guess sape?? Aq?? Bagai langit dan bumi jauhnya beza aq dan dia..hehe..


orangnya adalah DATO' HASSAN AZHARI...wow!! Memang bangga la dengan beliau...salute..umur sekarang adalah 80++ sebab dia lahir tahun 192X..lupa dah..tapi masih mampu berdiri Cuma perlu pimpin la kalau beliau nak pergi mana2…

Pastu ada persembahan nasyid dari mana aq tak pasti tapi best...then bersurai...dia bagi bekal nasi minyak bawak balik...best jugak..rasa tak cukup 1 bekas je..maklumlah,,breakfast dari awal pagi pastu makan lunch pkol 2 petang...mana tak laparnya…pastu naik bas aq sambung tido lagi..memang suka tido mamat ni...aq tak tahu kenapa la aq macam tu kan..letih sangat berfikir tu..huahuahua...

time to cuci mata...












Dalam door gift tu ada dia letak ni...




btw, thanks for the book... i love it so much..

Corengan dari hati yang rindukan Islam...

Nov 23, 2012

saya terima ujian tuhan..


Assalamulaikum..
Selamat pagi Jumaat..

Ni salah satu part dalam cerpen HATI KERING yang aq akan sambung lagi nanti..selamat membaca

Hari ni nak tulis pasal isi hati yang aq pendam selama ni pada seseorang dan hari ni aq nak luahkan semuanya dan sehabisnya sebab aq tak nak lagi tanggung semua ni sebelum aq balik Terengganu bulan December nanti..seksa tau =(

Awak, maafkan saya sebab tak cuba untuk 'datang' dekat dengan diri awak. Bukan saya tak nak buat macam tu tapi sebab saya takut.takut sangat2. Takut ada hati yang terluka dan berdarah. Saya tahu awak sangat2 berharap yang satu hari nanti saya akan pergi kepada awak dan bercakap dengan awak, senyum pada awak, tenung mata awak, dengar isi hati awak yang terbuku tu. Tapi apakan daya saya..Dari riak wajah awak saya nampak semua tu.. Sangat berharap pada saya.

Satu harapan yang sangat tidak pasti entah bila harapan akan bertukar menjadi kenyataan. Tapi saya tahu, jika saya buat semua tu, ada hati yang akan terluka. Memang betul status awak kat Facebook tu : kadang2 kita tak boleh nak pusakan hati semua orang terhadap apa yang kita buat. Ya, saya akui benda tu semua. Saya setuju 100%.. Tapi demi seorang kawan, saya rela korbankan perasaan saya kepada awak walaupun saya tahu awak tak suka dia sepertimaan awak suka saya. 

Kalau lepas ni awak nak berpindah hati pada dia pon saya tak kisah sebab saya lebih rela tengok orang yang saya sayang pergi pada orang yang dia sayang walaupun hati saya berdarah berbanding saya tengok hati orang lain terluka kerana perbuatan saya sebab lepas tu luka tu akan tinggal parut walaupun ianya akan tetap kekal dalam diri saya tapi saya yakin saya masih sembunyikan parut tu. Saya tahu, bila awak baca post ni mesti awak rasa marah sangat kat saya kan..kat sini saya nak tegaskan prinsip diri awak sekali lagi : Kita tak boleh nak pusakan hati semua orang..dalam kes ni, saya TERPAKSA untuk tidak puaskan hati awak. biarlah saya bersikap hati kering kali ni dengan awak dan dengan perasaan saya sendiri.

Awak, boleh tak kalau awak berhenti berharap pada saya? Bukan saya tak suka tapi saya tahu awak sakit sangat kan bila kita berharap tapi harapan tu macam tak berapa nak berbalas kan? Saya pon pernah rasa juga banda tu suatu ketika dulu sebelum saya kenal sape awak dan sebelum awak masuk dalam hidup saya..satu lagi saya nak cakap kat awak, saya harap awak jangan tunggu sangat saya sebab saya takut harapan awak tu musnah. Nanti awak sendiri yang frust. Saya tak nak orang yang saya sayang frust.

Awak ingat tau, saya pon sayang awak. Saya pon suka awak. Mungkin disebabkan satu benda yang saya fikirkan ianya penting demi menjaga hati dan perasaan kaum sejenis dengna saya, saya terpaksa beralah dan memendam je parasaan ni. Maafkan saya lagi sekali. Awak kena pegang satu benda. Kalau awak fikir memang kita akan dijodohkan bersama akhirnya, kita memang tetap akan bersama walau apa cara sekali pun, awak tak perlu risau. Awak tak perlu takut okey? awak akan sentiasa ada di hati saya... selamanya..sampai bila2..

JANGAN TUNGGU SAYA LAGI..SAYA TAKUT NANTI AWAK SAKIT & SAYA  JADI SERBA SALAH!!!



Corengan dari hati yang rindukan renungan mata dia..Saya sayang awak!!

jawapan dari Hati untuk Diri..


Assalamualaikum…

Post ni Hati jawab untuk kritikan Diri semalam. Kalau korang tak baca lagi, korang tak bape faham sangat la. Kalau nak baca klik link merah atas tu.

Jawapan dari Hati untuk Diri.

Panjang lebar Diri persoalkan kenapa kenapa dan kenapa. Berulang kali Hati baca mesej dari Diri tu. Menarik tapi ada bahagian yang Hati rasa serba salah nak jawab sebab Hati rasa Hati patut rahsiakan benda tu dari Diri. Hati memang dah ready untuk jawab semua soalan dan kritikan Diri tu. Hati tak marah pon Cuma Hati nak Diri tahu yang Hati buat semua ni ada sebab. Bukan suka-suka.. Kalau suka-suka, hati pon taknak benda cenggini..Hati tahu macam mana sakitnya Diri tanggung semua ni.. Firstly, Hati minta maaf dulu ye..rasanya Jawapan dari hati ni tak sepanjang taipan yang Diri tulis untuk Hati tu..pendek je sebab Hati takde banyak sangat idea nak tulis..kalau masa Hati masih ada ruang untuk seseorang dalam Hati ni, Hati ada banyak idea sebab Hati sedang mengalami benda tu. Jadi senang la Hati nak tulis apa-apa yang terlintas pada diri hati time tu.

Itu je yang mampu Hati tulis untuk Diri. Hati tahu Diri takkan puas hati dengan jawapan Hati tapi satu je yang Hati mintak pada Diri. Terima seseorang itu dengan apa adanya =)

Coretan jawapan dari Hati untuk Diri..

Nov 22, 2012

luahan dari Diri untuk HAti..


Assalamualaikum..

Hari ni tak tahu kenapa perasaan ni sangat-sangat membuak nak mem'blog'kan isi hati Diri ni. Sebenarnya dari semalam sebelum aq tido pkol 2 pagi lagi aq rasa nak tulis. Tapi masa tu mata dah kuyu dan masa tu jugak idea mencurah-curah nak suruh tulis. Tapi nak buat macam mana, kekuatan nak tido itu lebih lagi dari nak buka laptop then taip entri ni. Post kat bawah ni korang baca je la ye. Dalam watak ni ada karakter DIRI & HATI. Siapakah mereka? Bacalah..

Satu benda yang Diri ni perasan sangat tentang Hati adalah dia mudah mengalah. Contohnya bila dia terpandang sorang yang dia minat tu, mula-mula dia memang menaruh harapan tinggi macam bukit tension (tetibe teringat lagu Harapan by Hyper Act - Harapan...harapan menjadi layu..ingin ku bahgia bersama..mengukir kenangan..memburu impian blablabla..) Kira time tu dah admire giler la kat minah ni.. Pastu 2 3 hari lepas tu dia ternampak minah ni borak-borak dengan laki lain (yang dilabel sebagai anonymous)

Disaat itu dan ketika tu jugak, hati dia berubah walaupun Hati sendiri tak pasti orang tu Bf dia ke, Bff dia ke Enemy dia ke).. 100% berubah. Pudar. Pastu lepas dari saat tu, bila minah sama lalu kat depan dia pon, dia buat derk je la.. Buat macam takde pape yang pernah berlaku. Seperti hari semalam tidak pernah wujud baginya dan tidak pernah hadir dalam hati dan seolah-olah Hati tak pernah kenal sape  si minah tu. Seriusly, Diri tak pernah faham tentang Hati. Sekejap berubah begitu, sekejap berubah begini. Kadang-kadang nak juga Diri ni tanya pada Hati, kenapa hati buat macam ni pada Diri. Diri sakit tau bila Hati buat macam tu pada Diri. Kalau nak cakap pasal seksa tu takyah sebut la.. Sekali azab pon ada..

Kalau dulu, pernah jugak Hati minat kat seseorang, pastu bila insiden 'contoh' kat atas tu berlaku, Hati masih lagi beri peluang pada Diri untuk terima orang tu semula untuk kali kedua,ketiga,keempat,kelima dan kali ke infiniti.. Kira time tu Hati tak tolak mentah2 la orang yang Hati minat tu.. Tapi sekarang, Hati dah teruk.. Hati hari ni bukan macam hati sebelum ni, dan bukan juga macam sebelum-sebelum ni.. Hati kejam sangat, Hati lagi jahat Cuma kadangkala Diri fikir Hati ni macam tentera Zionis.

Tak pernah langsung nak bagi ruang dan peluang untuk Diri ni rasa disayangi dan menyayangi orang lain. Hati memang takde hati perut kan? Hari-hari Diri berdoa pada Allah supaya Hati dilembutkan oleh Nya (time ni sedikit sebak bila aq tulis, tak tahu kenapa).. Tapi sampai hari ni Allah masih tak makbulkan doa Diri. Takpe, Diri masih boleh bersabar dengan ego Hati tu. Diri rasa Diri masih kuat walaupun tidak dapat mengalahkan Hati.

Haritu pernah juga Diri  dengar Hati berdoa pada Allah. Doa Hati bunyi macam ni, "Ya Allah, jika aku dilahirkan diatas muka bumi ini bukan untuk sesiapa dan jika tiada siapa pemilik tulang rusukku maka hapuskanlah personanya dari diri ini dan Kau tutupkanlah pintu hati aq ini dari menerima sesiapa  sampai bila-bila..aq redha ya Allah.."  Diri ni sedih tau bila Hati buat macam tu.. Tu bukan Redha..tu namanya Pasrah..

Lastly, Allah makbulkan jugak doa Hati dan Hati sangat gembira sampaikan orang yang nak muncul dalam diri Hati pon, Hati dah tak kisah.Hati buat2 tak nampak je kan? Kasian mereka. Lagi kasihan pada Diri sebab diri rasa sunyi sangat. Macam malam pungguk yang rindukan bulan. Hati takpe la sebab Hati tkde perasaaan cinta. Yang masalah sekarang adalah Diri ni. Yang punyai perasaan cinta sepertimana lumrah alam.. Diri ni dah puas dipujuk biar ia sentiasa tenang.

Tiap-tiap kali dan tiap-tiap hari Diri nampak orang yang sedang bermadu kasih. Di mana-mana. Diri ni mesti fikir, "bila Diri boleh jadi macam mereka? Diri pon nak jadi manusia normal. Nak rasa nikmat yang tuhan kepada hambanya. Kalau la Hati boleh bercakap secara lisan, dah lama Diri ni 'interview' Hati.. Nak tanye banyak sangat soalan yang ada dalam Diri ni. Diri pernah ingat satu insiden ni. Insiden yang membuatkan Hati tertutup untuk selamanya dan sampai sekarang tidak juga Hati buka.

Hari tu, Hati ada minat kat sorang minah ni, dah admire tahap gaban la. Siap Hati pernah bagi 'hint' bagai lagi kat dia dan dia pon perasan. Cuma dia tak terlalu tergopoh gapah la nak balas cinta Hati. Tapi dalam masa yang sama ada jugak kawan Hati yang minat kat dia. Hari2 kawan Hati tu selalu citer pasal dia kat Hati. Hati dengar je. Khusyuk. Tapi Diri tahu, Hati sedih pasal benda ni. Semakin hari, semakin kecik lubang untuk terima dia dalam diri Hati dan semakin pudar perasaaan Hati pada dia. Last2 'ruang' tu tertutup terus dan perasaan tawar tu kekal sebati dalam diri Hati sampai saat jari menaip post ni.

Lepas insiden tu, Hati nangis 2 hari tak henti2. lepas tu la baru Hati doa pada tuhan doa tadi tu.. Masa tu Diri kesian jugak tengok Hati. Diri pon takleh nak buat apa sebab Diri bukan tuhan. Diri takde kuasa nak halang kawan Hati minat kat Dia. Maafkan Diri sebab takleh bantu Hati. Masa tu Hati jadi serba salah nak teruskan bagi 'hint' pada dia sebab Hati takut kawan Hati tu terluka. Salah hati jugak,, kenapa Hati perlu jaga perasaan orang lain sedangkan Hati hati sendiri terluka? Parut tu masih ada lagi ke Hati?

Dan ada lagi sambungan dari kisah kawan Hati tadi. Rupanya moinah tu bukan minat kat kawan Hati tapi dia minat pada Hati. Kiranya 'hint' Hati tu terbalas la.. Kasian dia, hati.. Masa Diri tahu dia masih minat kat Hati tu, time tu Diri rasa gembira sangat. Diri sangka tuhan dah makbulkan doa Diri tapi masa tu hati dah takde pape dah. Perasaan Hati pada cinta dah hilang. Masa tu hati dah jadi tentera Israel dah.

Tu kisah 2 semester lepas. Tapi semalam Diri masih nampak dia masih beharap Hati masih boleh teima dia lagi. Hati, apa salahnya kalau Hati bagi peluang kedua untuk dia? Apa kata Hati longgarkan siket ruang tu?.. Diri kesihan tengok dia, harapan dia tu menggunung. Diri dengar, dia rela lepaskan orang lain demi Hati. Setianya dia.. Kalau Diri jadi dia, dah lama Diri cari orang lain..Hati, jangan hukum orang yang hati pernah sayang sepertimana hati menghukum Diri..sakit sangat...

Ikuti jawapan dari Hati nanti..

Corengan dari Diri untuk Hati..

Feb 3, 2011

internet punyer pasal


ARGHH…..GILA!!GILA!!GILA!!!GILA PUNYER LINE INTERNET..DARI SEMALAM AQ TRY CONNECT TP MASIH X DAPAT…STUPID NETWORK!!!TKDE KUALITI LANGSUNG!!STUPID!!STUPID!!STUPID!!!!.....BENCINYA AQ,,,NYAMUK NI PON SATU HAL…AQ JUGAK JADI MANGSANYA..SUDAH TERANG LAGI BERSULUH YANG AQ NI KURUS KERING MCM LIDI…KENAPA LA AQ YG JADI MANGSA???RAMAI LAGI ORANG LAIN YANG ADA BANYAK DARAH UTK DIHISAP..DAN KALAU AQ ADA BANYAK DARAH SEKALIPUN TAKKAN NYA AQ NAK SUMBANG KT KAU TU WAHAI NYAMUK EEHH…RELA AQ PGI DERMA JE DARAH AQ TU KAT MANA2 HOSPITAL KERAJAAN MEMENDANGKAN BEKALAN DARAH SEMAKIN KURANG SETIAP HARI(DARI SUMBER YANG DIPERCAYAI)…SEMALAM BULAN 1..HARI NI DAH BULAN 2..SEKEJAP E RASA,,,TP CUACA MASIH X PERNAH BERUBAH,,MASIH SEPERTI DULU JUGAK…PANAS + MENDUNG + HUJAN….BUKAN AQ X BERSYUKUR TP IA MENYUKARKAN TUGASAN HARIAN AQ…ORANG YG JD MANGSA KAT JOHOR(ESPECIALLY SEGAMAT) MMG KASIHAN..SEKOLAH TKDAPAT PERGI..AKTIVITI HARIAN TERBANTUT..MACAM2 LA PROBLEM YANG TIMBUL…NAMUN,,SEMUA INI AQ SEDAR BAHAWA IANYA ADALAH UJIAN TUHAN UNTUK HAMBANYA…UNTUK MENGUJI KEKUATAN KEIMANAN SETIAP MANUSIA YANG DIA RASAKAN KITA MAMPU HARUNGI ITU SEMUA..MACAM SITUASI AQ JUGAK LA SEKARANG..INTERNET!!INTERNET!!APA LAH NASIB KAU KAN…

hidup bergantung pada orang lain....sampai bila???

SUSAHKAN KALAU HIDUP NI ASYIK BERGANTUNG PADA ORANG LAIN JERK KAN???AQ LAH TU..HAHAHA…TP TKDE LAH SEMUA BENDA AQ BERGANTUNG PADA ORANG LAIN 100%..HANYA 30% JE..DAN DALAM 30% TU TERMASUKLAH LINE INTERNET…YE LA KAT UMAH AQ NI MNE LOR ADA INTERNET(Wi-Fi a.k.a WIRELESS)..ADA JUGAK PARENTS AQ TANYA NAK MASUK INTERNET X KT UMAH AQ JAWAB TAKYAH..TP DALAM HATI AQ ASYIK JER MEMBERONTAK NAK !!NAK!!NAK!!TERPAKSA LAH AQ PENDAM PERASAAN TU JAUH DISUDUT HATI AQU..CEHWAH…AYAT JIWANG KARAT..AHAKS(AKRAM PUNYA TRADE MARK…)MUNGKUN ANDA JUGAK TERTANYA2 KENAPA AQ X CAKAP ‘YE’ JER..KLO AQ CAKAP YE..JAWABNYA PERBELANJAAN ISI UMAH AQ AAKAN MENINGKAT SEDIKIT WALAUPUN X BANYAK…KLO DIFIKIRKAN DENGAN NILAI SEDIKIT ITU BOLEH JE DORANG SIMPAN UTK EDUCATION AQ NANTI..SIKIT2 LAMA2 JD BUKIT…YE X???SO,,SKARNAG NI AQ POST ENTRY KT BLOG NI PKAI LINE TENET JIRAN AQ LAH(THANKS TO CIK LAH)..MSE MULA2 MINTAK PASSWORD DGN DIA TU MALU JUGAK SBB NANTI APE PULAK KATA DIA KAN??TP MUJURLAH DIA TU JENIS YANG X BERAPA KISAH SANGAT TTG APE2…TP MALU TU SEKALI JE..LEPAS TU AQ JUST SIT AT MY KITCHEN UTK DAPATKAN LINE TENET TU..TP BUKAN 24 JAM LAH…YANG SELAMA NI AQ PERASAN LAA DIA AKAN SWITCH OFF TENET TU DALAM PKOL 3 PAGI(MYB DILLA@WANI YANG OOFKAN TU) DAN ON BALIK DALAM PKOL 10 PAGI(LEPAS DORANG SIAP BANGUN TIDO + MANDI)…TAK LAMA LAGI UMAH YANG AQ TINGGAL SEKARANG AKAN ADA INTERNET JUGAK TP MASIH BUKAN YANG AQ PUNYA…YANG COUSIN AQ PUNYER(THANKS TO K.ET COZ SUDI BEKORBAN PROPERTIES UTK LIHAT AQ SENANG+KAMUU PON SENANG JUGAK KAN???)…NANTI TU DALAM 2 WEEKS LAGI KOT…HARAP2 KURANG DARI 2WEEKS LA…DAN DALAM MASA YG SAMA TKYAH LAH LAGI AQ SIBUK2 PGI KE DAPUR NAK CARI LINE TENET…OWH LUPA NAK CAKAP…AQ TINGGAL SERUMAH DGN K.ET TU..AQ  JER TAU…FAMILY AQ YANG LAIN TINGGAL KT UMAH LAIN…KT MANA UMAH TU???JARAKNYA DALAM 2 CM SAHAJA DARI RUMAH AQ DDK SEKARANG NI…KIRANYA DEKAAT JUGAK LAH..MMMG DEKAT PON…

customer online

jangan klik kanan