adverlet atas


Nov 23, 2012

saya terima ujian tuhan..


Assalamulaikum..
Selamat pagi Jumaat..

Ni salah satu part dalam cerpen HATI KERING yang aq akan sambung lagi nanti..selamat membaca

Hari ni nak tulis pasal isi hati yang aq pendam selama ni pada seseorang dan hari ni aq nak luahkan semuanya dan sehabisnya sebab aq tak nak lagi tanggung semua ni sebelum aq balik Terengganu bulan December nanti..seksa tau =(

Awak, maafkan saya sebab tak cuba untuk 'datang' dekat dengan diri awak. Bukan saya tak nak buat macam tu tapi sebab saya takut.takut sangat2. Takut ada hati yang terluka dan berdarah. Saya tahu awak sangat2 berharap yang satu hari nanti saya akan pergi kepada awak dan bercakap dengan awak, senyum pada awak, tenung mata awak, dengar isi hati awak yang terbuku tu. Tapi apakan daya saya..Dari riak wajah awak saya nampak semua tu.. Sangat berharap pada saya.

Satu harapan yang sangat tidak pasti entah bila harapan akan bertukar menjadi kenyataan. Tapi saya tahu, jika saya buat semua tu, ada hati yang akan terluka. Memang betul status awak kat Facebook tu : kadang2 kita tak boleh nak pusakan hati semua orang terhadap apa yang kita buat. Ya, saya akui benda tu semua. Saya setuju 100%.. Tapi demi seorang kawan, saya rela korbankan perasaan saya kepada awak walaupun saya tahu awak tak suka dia sepertimaan awak suka saya. 

Kalau lepas ni awak nak berpindah hati pada dia pon saya tak kisah sebab saya lebih rela tengok orang yang saya sayang pergi pada orang yang dia sayang walaupun hati saya berdarah berbanding saya tengok hati orang lain terluka kerana perbuatan saya sebab lepas tu luka tu akan tinggal parut walaupun ianya akan tetap kekal dalam diri saya tapi saya yakin saya masih sembunyikan parut tu. Saya tahu, bila awak baca post ni mesti awak rasa marah sangat kat saya kan..kat sini saya nak tegaskan prinsip diri awak sekali lagi : Kita tak boleh nak pusakan hati semua orang..dalam kes ni, saya TERPAKSA untuk tidak puaskan hati awak. biarlah saya bersikap hati kering kali ni dengan awak dan dengan perasaan saya sendiri.

Awak, boleh tak kalau awak berhenti berharap pada saya? Bukan saya tak suka tapi saya tahu awak sakit sangat kan bila kita berharap tapi harapan tu macam tak berapa nak berbalas kan? Saya pon pernah rasa juga banda tu suatu ketika dulu sebelum saya kenal sape awak dan sebelum awak masuk dalam hidup saya..satu lagi saya nak cakap kat awak, saya harap awak jangan tunggu sangat saya sebab saya takut harapan awak tu musnah. Nanti awak sendiri yang frust. Saya tak nak orang yang saya sayang frust.

Awak ingat tau, saya pon sayang awak. Saya pon suka awak. Mungkin disebabkan satu benda yang saya fikirkan ianya penting demi menjaga hati dan perasaan kaum sejenis dengna saya, saya terpaksa beralah dan memendam je parasaan ni. Maafkan saya lagi sekali. Awak kena pegang satu benda. Kalau awak fikir memang kita akan dijodohkan bersama akhirnya, kita memang tetap akan bersama walau apa cara sekali pun, awak tak perlu risau. Awak tak perlu takut okey? awak akan sentiasa ada di hati saya... selamanya..sampai bila2..

JANGAN TUNGGU SAYA LAGI..SAYA TAKUT NANTI AWAK SAKIT & SAYA  JADI SERBA SALAH!!!



Corengan dari hati yang rindukan renungan mata dia..Saya sayang awak!!

No comments:

customer online

jangan klik kanan