Dewan Kuliah Cempaka
gamat seperti biasa dan hari2 lain ketika ketiadaan lecturer. Jam di laptop
kelas menunjukkan pukul 9.30 pagi. Masing-masing dengan ragam masing-masing..
Kalau perempuan dengan makeup dan lelaki tidak kurang hebatnya dengan gadjet terkini.
Wow!! Mengalahkan gaya dan cara hidup orang yang dah bekerja. Kadang2 terfikir
juga dari mana mereka dapat duit banyak itu untuk menghabiskan untuk keperluan
diri yang kadangkala bila difikirkan ia tidak diperlukan langsung.. Ada juga
yang muka masih mengantuk. Di leher masing-masing tergantung kad matrik yang
tertulis Diploma in Mass Communication. Lifestyle mereka memang kena dengan
jurusan yang diambil. Sempadan. Kelihatan buku-buku masih berbalut kemas..
Baru. Seperti masih belum terusik walaupun ia dibeli setahun yang lepas dari
Kedai Buku Kamal Sdn. Bhd.
"Perhatian"
suasana hingar bingar tadi tiba-tiba diam. Suaranya lembut tapi ada nada ketegasan disitu yang membuatkan dia
sedikit diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua kelas.
Tiada satu suara pun yang berbunyi kecuali Marissa.
"Marissa,
dengar" nada suara Harris sengaja ditekan. Jelingan yang dibalas oleh
Marry. Nama gelaran dikalangan rakan-rakannya..
"Hari ni Puan
Lily tak..."
"Yeay"...belum
pon sempat ketua kelasnya menghabiskan ayat terakhirnya itu, kelas hingar
bingar. Seolah-olah mereka tahu ayat terakhir yang akan disampaikan oleh
Harris. Dia menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal.
Masing-masing mula
beredar. Sedikit demi sedikit keluar dari dewan kuliah yang suhunya sedikit
sejuk membuatkan beberapa orang pelajar membawa mafla.
Ada yang masih
tinggal di situ. Mungkin untuk membuat tugasan yang belum siap. Berbekalkan
WiFi percuma oleh pihak UniTAR. Kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan dan
kadang-kadang tiada sambungan terutamanya bila musim peperiksaan.
Gadis bertudung Siti
Zulaikha. Tidak sedikit pun menunjukkan gaya tradisional yang dipakainnya
seperti namanya. Orangnya cantik. Bertudung tapi bergaya dan menutup aurat.
Tidak seperti kawan seusianya dan secantiknya. Sesiapa yang memandang pasti
terpikat dengan kepandaiannya berfesyen ala-ala Shila Hamzah. Menarik. Pernah
ditawarkan kerja part-time sebagai model majalah Anis tapi ditolaknya.
Alasannya Cuma satu. Dia masih belajar dan dia bimbang jika dia tidak pandai
membahagikan masa antara kerjaya yang tidak pasti boleh berikan dia wang disaat
hilanya seri diwajahnya apabila dia berumur dan cita-citanya untuk menjadi
salah seorang tulang belakang kuat di Astro, milik syarikat bapanya, Datuk
Safwan.
Sehelai demi sehelai
dibeleknya buku subjek Channel Networking. Nipis seperti tiada maklumat yang
terlalu banyak. Tapi mudah untuk difaham setiap baris-baris ayat didalamnya.
Diambil buku lain lagi yang berkaitan dengan subjek itu juga. Dihantar ke kaunter
perpustakaan untuk dipinjam.
"Terima
kasih" ucapnya kepada librarian itu. Sopan tapi sedikit tergagap. Mungkin
kerana cara pendangan librarian lelaki itu. Senyuman tidak pernah lekang di
bibir bergincu merah sedikit pudar. Gincu dari Maybelline yang dipakainya
nampak sesuai dengan warna kulitnya yang mulus itu.
"Sorang
je?" usha librarian itu yang tertera nama Zack di nametag baju kuning
cokalt yang dipakainya.
Dibalasnya dengn
anggukan. Kemudian beredar dari kaunter.
Dia tidak terus
pergi dari perpustakaan. Diletakkan buku itu diatas meja bacaan sementara dia
pergi mengambil surat kabar Berita Harian. Duduk kembali di tempat itu. Dibaca
satu demi satu berita yang terpampang di dada akhbar itu. Nampak seperti
menarik. Satu jam berlalu.
"Ika dah habis
kelas? Nanti Pak Man jemput"..tertera pesanan dari seseorang. Dibacanya
mesej dari pemandu peribadi keluarganya itu.
"Dah. Nanti Ika
balik sendiri", itu sifat Ika. Tidak mahu menyusahkan sesiapa. Pernah
dikata oleh kawan-kawannya dia memberika gaji buta kepada pemandu peribadinya.
Jam menunjukkan
pukul 4.50 petang. Pengumuman perpustakaan akan ditutup 10 minit lagi berbunyi
menandakan pergunjung perlu mengosongkan perpustakaan. Ika akur. Diaturnya
langkah demi langkah ke stesen bas berdekatan. Hampir 15 minit menunggu bas
Rapid KL ke Titiwangsa. Hampa. Tiada satu yang lalu. Namun dia tidak putus asa.
Dibukanya buku yang dipinjam tadi. Pen yang tergantung di tali kad matriknya
diambil dan sebiji buku nota biru pemberian Aqilah, semperna hari jadinya tahun
lepas. Dijaganya betul-betul bagai menatang minyak yang penuh. Buku itu
tercatat segala imu yang disampaikan oleh Puan Lily. Lengkap.
Tanpa membuang masa,
dicedoknya sedikit demi sedikit isi yang dirasakan penting dari buku itu.
"Ping..ping…"sebuah
kereta Toyota LEAF biru terpacak di depannya. Seperti kenal pimilik kereta itu.
JDR 69. Kak Julia, jirannya.
"Jom",
ajak Kak Julia. Seperti biasa dia jarang menolak ajakan orang yang dikenalinya.
Katanya rezeki jangan ditolak.
"Lewat
balik", Kak Julia memecah kesunyian.
"Baru habis
study kat library. Pinjam buku ni skali", jawabnya.
"Study buku ke
study pakwe? Maklumlah, gadis idaman pelajar lelaki UniTAR." Ika diam
seketika. Ketawanya sedikit mengejutkan Kak Julia dengan tuduhan mengarut Kak
Julia tadi.
"Mane la ada
pakwe. Saya kan masih study lagi," dipertahankan haknya sebelum dikata
bukan-bukan oleh akauntan di Sime Darby
Properties itu.
"Ok, dah
sampai. Terima kasih kak. Ada ubi ada batas, ada hari tumpangkan lagi
ye"..
to be continued...
No comments:
Post a Comment