adverlet atas


Nov 19, 2012

Last part soal hati


Assalamualaikum.. Harap korang sihat..

Malam ni tak tahu kenapa tetibe nak tulis tajuk ni padahal tkde angin, tkde ribut dan takde petir.. Yang ada Cuma hujan renyai2 je kt kolej ni dan serangan tak berhati perut Israel keatas Palestin.. Aq tak nak sangat ulas pasal isu palestin ni sebab aq x tahu sangat dan aq harap suatu hari nanti I'll find out the real story..

Betul kata BFF aq (surat dari dia)..

'syafiq, kau bukan malaikat.. Kau bukan tuhan,, kau bukan makhluk lain selain MANUSIA..jadi sebagai manusia aq percaya kau seperti manusia lain..yang punyai hati dan perasaan..yang punyai nafsu kepada manusia lain.. Yang punyai 'apa' sepertimana manusia lain ada.. Tapi kenapa? Kenapa kau mesti NAFIKAN perasaan kau pada manusia yang hadir dalam hidup ngkau? Yang 'menari' di atas pentas dunia yang disaksikan oleh mata kau sendiri dan badan kau sebagai penonton?? Kau seolah2 biarkan mereka datang dan pergi macam tu je..macam angin..kau sedar tak semua tu? Atau kau memang sengaja buat2 tak sedar dan ianya bersebab??

Come on la syafiq.. Kau perlukan seseorang dalam hidup kau..seseorang yang boleh dibuat teman..seseorang yang boleh dijadikan suri di hati tu..kalau bukan sebagai girlfriend pon, boleh je kau buat as a WIFE.. Apa yang aq perasan sangat tetang diri kau,, kalau perempuan cantik macam bidadari yang lalu depan kau pon kau tak pandang dia sebagaimana lelaki lain pandang perempuan yang sama dengan biji mata terbonjol dan nafsu membuak-buak.. Jenis yang macam mana lagi yang jadi taste kau?? Kaya? Ada PhD? Gaji besar? Atau kau tunggu bidadari yang datang dari syurga?

Aq boleh cakap you are too demand!! Sangat2 demand..dalam kes kau ni aq boleh klasifikasikan sebagai kes orang yang susah sangat nak terima perubahan dalam hidup kau.. "Orang yang paling tidak bahagia ialah bila ia takut kepada perubahan" (Mignon McLaughLin)..Kau pikir semua lelaki beruntung macam kau? Kau pikir ada ke seorang perempuan yang sanggup tunggu seorang lelaki dalam hidup dia selama 10 tahun dengan dia menolak lamaran lelaki lain dalam hidup dia semata-mata kerana tunggu kau bagi jawapan kepada dia??

Bersepah perempuan tunggu kau kat luar sana.. Tu tak termasuk budak kolej kau lagi.. Kalau nak hitung-hitungkan dah berapa ratus budak sekolah kau dulu, budak kat tusyen kau, budak kt kelas tambahan kau..dan banyak lagi la.. Tapi kau tak pernah 'celik' dengan apa yang sedang mengejar kau.. Sebenarnnya, apa yang kau takut sangat? Kau takut perubahan dalam hidup kau? Kau takut prinsip hidup kau : bekerja sebelum matahari terbit dan berhenti kerja selepas matahari terbenam? Tu ke yang kau takutkan sangat?

Syafiq,, listen to me carefully.. Apa yang kau dapat dari buat semua tu? Kau pergi kerja awal subuh dan kau balik kerja lewat malam.. Memang aq akui kau ada duit banyak..harta kau aq rasa tak habes makan beberapa keturunan.. Orang jepun pon tak work hard macam kau.. Dorang kerja one day maksimum 15 jam..kau? One day kau kerja 16 jam..30 hari sebulan dan 365 hari setahun..

Kau tak pernah ke pikir masa depan kau yang tak pasti lagi? Orang lain pon tak pasti jugak tentang masa depan dorang tapi at least dorang ada perancangan tentang masa depan dorang..masa depan untuk anak dan isteri. Kau? Dah memang sah2 kau tkde masa depan kalau diri kau masih sama macam dulu..masih sama macam masa kau ada dalam perut mak kau beberapa puluh tahun dulu..

Kadang2 aq sedih dengan kau.. Kau cerdik, genius dan rajin, tapi kau hidup kau tkde life..Aq harap dengan hadirnya surat ni dalam hidup kau dan terbacanya surat ini dari keihklasan suara hati kau,, U will change.. Kalau tak ubah banyak pon,siket jadi lah..paling kurnag pon kau ubah diri kau dari "membiarkan perempuan yang 'lalu' di depan kau dengan sia-sia" kepada "jangan lepaskan peluang di setiap ruang yang ada"..

Good luck dude..
~Salam sayang dari BFF~

Reply dari aq…

Hamboi,, berjela kau mengarang + ceramah yang berbau hasutan.. Insyaallah aq akan cuba jawab semampu yang boleh terhadap tomahan kau kepada aq tu.. I'm not going to fight with you because I love and respect you as my BFF ok? Memang aq akui, aku biarkan mereka lalu depan aq macam angin je.. Tapi aq buat semua ni bersebab.. Aq takkan buat satu benda tu tanpa sebab dan ianya hanya sia-sia..

Punca kepada semua sebab.. Iaitu KERJAYA aq.. I love my job so much lebih dari diri aq sendiri.. Demi kerjaya, aq rela bujang sampai mati, demi kerjaya aq rela korbankan nafsu aq, demi kerjaya aq rela buat apa je yang aq rasa ia boleh memajukan diri aq dan kerjaya aq.. Aq buat semua benda sebab kerjaya aq.. Mungkin ada yang pikir,, kau hapir kepada gila..tapi tu kepuasan kepada diri aq sendiri..

Mmang aku akui terlalu banyak sangat perempuan yang terpaut di hati aq ni..betul kata kau aq biarkan mereka macam angin..tapi kau kena faham satu benda.. Aq tak berani, aq takut.. Kadang2 aq rasa aq jadi hamba kepada kerjaya aq sendiri dan benda yang aq masih fikirkan sekarang, bila aq berbudi kepada kerjaya aq, aq dapat duit..bila aq berbudi kepada buku, aq dapat ilmu.. Dan dalam masa yang sama bila aq berbudi pada seorang perempuan,,apa yang aq dapat? I got nothing unless sebuah kasih sayang yang aq boleh tagih dari parents aq..so?? So,,aq pikir aq x perlukan kasih sayang dari seorang perempuan bernama kekasih..

Aq nak kau tahu satu benda,, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..dan kekurangan aq ialah aq tak sanggup untuk terima sabuah perubahan kerana seorang perempuan..that's all..i hope u understand dan segala persoalan di fikiran kau terjawab.. Terima kasih..

Corengan dari hati yang sudah melepaskan semua denga yang terpendam selama ni..

No comments:

customer online

jangan klik kanan