adverlet atas


Nov 19, 2012

Trip to Shah ALam by Komuter


Assalamualaikum…

Alhamdulillah masih dikurniakan kekuatan  untuk berblogging.. Mungkin doa dari korang aq masih sihat dan dariNya aq masih mampu menaip.. Terima Kasih bebanyak ye..

12 November 2012 aq ke Rumah K.pi di Seksyen 20 Shah Alam (actually x tau pon Seksyen bape kalau korang tanya sebelum ni sebab last day sebelum balik Sg Buloh baru tahu dia stay kt Seksyen 20..haha..teruk betul la aq ni..) Rumah sewa dia kt situ. Blakang KTM Shah Alam tu je..10 minit naik kereta.. 10 minit jugak jalan kaki (kalau guna shortcut) Apa yang aq nak citer kt sini adalah sedikit sebanyak tentang perjalanan dari stesen KTM Sungai Buloh ke KTM Shah Alam.. It's quiet fun sebab dah rasa macam seorang pengembara dari luar Malaysia (Indon? Nepal? Bangladesh? Atau Kemboja?haha) yang dah di guide dengan 'GPS' ..(GPS la sangat)...haha..



Perjalanan take time 1 jam 15 minit...tapi tu sumer depend pada kelajuan dan kelembapan (cuaca) dan ketangkasan tren korang naik la.. Mula-mula naik KTM dari Sg Buloh 'tercinta' then terpaksa ringankan kaki bertukar stesen (kalau dalam train announcement mesti sebut : INTERCHANGE STATION TO bla..bla..bla..) kat 4 tempat boleh buat.. Aq nak terang aq pon x pandai jugak (sebab tu aq x jadi Cikgu Syafiq..hehe)..nanti aq tempek maps dan korang tengok sendiri la ye dan I'll try my best to explain the route ok? =)

ni la 'GPS' nyer..
kredit to : zkeretapi.blogspot.com

Pertukaran stesen boleh berlaku @Putra (I miss Putra sebab kt situ la nostalgia kalau naik bas nak balik Terengganu tersayang), @Bank Negara, @Kuala Lumpur atau @KL Sentral.. Terpulang pada korang la nak pilih yang mana satu sebab dah memang sifat 4 setesen tu 'interchange station' kalau korang rasa malas nak tukar kt stesen ptama, korang boleh pergi ke stesen kedua, kalau korang malas ke stesen kedua boleh pergi stesen ke tiga, kalau malas jugak tukar di stesen ke empat.. Kalau malas jugak tak payah tukar langsung sebab memang korang dasar pemalas..haha..gurau je..kalau salah jugak korang akan dihantar ke stesen bertentangan la unless korang memang nak pergi ke stesen 'bertentangan' tu kan...haha..paham tak?? Ada ciri-ciri seorang cikgu tak??

Harga tiket dari Sg Buloh ke Shah Alam x mahal pon dengan berbekalkan kad Komuter 1Malaysia (Terima Kasih Rosmah punya suami) x mahal sangat pon cuma RM 2.10 je.. Kalau anda PATI, kena la bayar RM4.20.. Jauhkan beza harga dia..macam Sungai Buloh dengan Kuala Terengganu (when I became HOMESICK!!) Ye la,,dah nama pon 50% discount.. Maka, bersyukurlah anda bila menjadi warganegara Malaysia dibawah pimpinan Najib Razak..jangan suka bangkang2 bagai ok?? (sejak bila pulak aq pandai berpolitik bagai ni? =O <--- scary) dan kalau compared dengan naik kenderaan sendiri adakah anda dapat jimat dengan harga RM2.10?

Minyak lagi, tol lagi, tenaga dan kepakaran memandu lagi dan jem (bukan jem roti ye) lagi.. Too much to think about.. Nak parking lagi (amboi,, anti bebeno dengan private transport ni).. Berpadanan la RM2.10 kalau travel berpuluh kilometer pakai public transport.. Public transport yang aq maksudkan adalah Komuter ye, buka teksi..kalau teksi, aq lebih rela lantik sorang driver guna kereta BMW 7 Series, badan bidang (demand bukan kemain lagi si Syafiq ni,,macam cari calon isteri jugak..)

Kalau bas tu aq x tau la harganya bape.. Lebih kurang je kot tapi kelemahan bas adalah it just a short distance.. Maksud aq dia tkde la dari Sungai Buloh ke Shah Alam..Sungai Buloh ada bas ke? TKDE!! Ahli parlimen Sungai Buloh sila berbuat demikian dengan segera ye? Haha..kasihan kami student KSKB Sungai Buloh astik naik teksi je...dah la mahal..2 hengget skali naik..kalau naik Rapid KL mesti samah je (1 amah is equvalent to RM 0.50 ye? Harap dimaklumakn)...yg suka bebenor berjimat macam aq ni,, kalau boleh nak la pilih yang paling murah (tak kisah la susah siket pon kan?? Kalau macam tu jalan kaki boleh?? Free je -annoying- =p)

Aq rasa aq behenti kt sini dulu kot.. Nak pergi sembahyang asar kejap.. Nanti baca la post seterusnya..dan doakan idea aq semakin pulih dan semakin best untuk korang baca ye..

Corengan yang tak seberapa..

No comments:

customer online

jangan klik kanan