adverlet atas


Nov 15, 2012

Jalan-jalan ke Sekincan


Assalamulaikum w.b.t dan selamat petang…

Terima kasih sebab masih 'gagah' nak baca setiap post yang aq taip special untuk korang ni.. Cuma tangan ni je yang sejak dua menjak ni letih menari menyiapkan 'laporan' percutian selama seminggu cuti berblogging ni (syafiq, kau kena kuat kalau tkanak pembaca berasa hampa)..BERTAHAN!!!!!so, kepada korang...aq harap2 sangat baca la ye sampai habis walaupun aq tak dapat apa2 manfaat selain kepuasan menaip...

Sambungan dari hari semalam tetang post pasal shopping kt Sogo, Jalan TAR dan Masjid India, hari ni 15 November 2012 aq nak citer kat korang pasal jalan2 ke Sekincan. Ha? Sekincan? Kat mana tu? Tak pernah dengar pon..kalau Pavvilion tu pernah la dengar.. Hari ni satu tempat je aq jalan2 tapi syiokknya mengalahkan 10 tempat yang aq pernah aq pergi dan jejaki..nak tahu kenapa?? Roll VT…action!!

 First, Sekincan tu adalah rumah mak dan bapak husband K.Pi (Abg Akam).. Dorang (parents) adalah berasal dari Jawa dan kalau korang dengar dorang bcakap, tak sama macam Melayu tulen cakap.. Tapi kalau percakapan dorang di'slow motion'kan,, memang konfem korang akan faham unless anda adalah  silent reader aq yang berbangsa Nepal, Indon atau Bangladesh..haha

On the way nak sampai sekincan tu, ada la nampak satu tempat pelancongan yang biasa filem2 buat shooting kt atas bukit tu..monyet po banyak gak kat situ tapi monyet tu bukan geng2 aq la kan..hihi.. Yang aq pernah perasan cerita Sembilu arahan Yusof Haslan.. Mula2 nak singgah pastu bila tengok dah penuh giler orang + parking, tak jadi la aq nak merasa berada di puncak yang tinggi..kalau bukit tension tu boleh kira tempat pelancongan tak sebabkan dia ada jugak puncak yang tinggi..kira boleh nampak 1 asrama KSKB...haha

It's take 1 jam perjalanan dari rumah K.Pi kt Seksyen 20, Shah Alam.. Aq tolak dari umah pkol 10.30 malam dan sampai pkol 12.00 tengah hari sebab lalu via jalan jauh pastu singgah pasar lagi beli sayur, ikan dan lain2...yang penting ikan kat situ SEGAR & MURAH (macam iklan Giant la pulak)..Boleh tahan jugak la penatnya duduk dalam kereta tu.. Tu baru duduk dalam kereta,,habeh kalau jalan kaki? Tak ke putus kaki tu?haha..kiranya nak sahut seruan 10,000 lagkah yang macam dalam post GM Mall Klang & Jusco (AEON) tu la kan…

Overview tentang Kampung Sekincan ni (I'm not too sure 'Sekincan' tu kampung atau daerah) it's sangat seronok kepada pencinta wanita...eeeh silap...pencinta alam semula jadi. Sebab?? Sebabnya korang kena la baca sampai habis...sebabnya kat situ bukan main banyak lagi bendang sawah menghijau..ada yang dah menguning


infront of his house
mak, pikah n ain
si baju pink yang sangat tak boleh blah!!
Ye la, dah memang sesuai sangat sebab nampak sangat suasana kampung zaman dulu2 kt situ (aq mention 'zaman dulu-dulu' sebab zaman sekarang mane la ada lagi kawasan yang tanam padi banyak2 macam tu even kt Terengganu sendiri pon bendang padi tu dah pupus oleh kerana pembangunan yang konon2 memajukan sangat la negara Malaysia ni..i love nature so much..wekk..muntah darah)..


baru ada muka aq...kalau tak,,memang susah nak bergambar...sebabnya aq yang jadi kameraman..haha
candid and they don't know about it..
silau...
peace...
beratur jalan kat bendang..lastly aq jugak yang berpeleot...malang betol...








 sekali pandang tu ada la jugak macam emas.....nanti aq letak gambar then korang tatap la sampai mengantuk..hehe.. Kt situ jugak banyak shooting kalau dalam cerita yang berunsur ke'kampung'an.. Contohnya?? AIMAN SUPER TEMPE..



how cute I am??bab2 perasan memang serah kt aq lah...


 Kata Abg Akam, biasanya setiap tahun paddy (versi mat saleh) akan dituai 2 kali.. Dan sekali tuai biasanya seorang penuai atau pemilik tanah berpadi tu boleh dapat untung bernilai...dengar betol2 ye..bukak mata tu luas2..dorang boleh dapat hanya seciput RM 1,000,000.00 (kalau tak pandai baca angka kosong tu, aq tulis dalam perkataan.. RM 1 JUTA ye!! ) setahun bape? kila sendiri la..



Then bolah dikatakan orang yang bermata duitan seperti aq ($.$) terlintas nak beli sebendang tanah dari seseorang kt situ,..tapi mak aq lagi bijak idea dia...katanya "dari Syafiq beli tanah kat sini, apa kata kalau Syafiq 'beli' anak dia? Dah konfem2 tanah tu dapat free kan?"...mak dengan anak sama bijak jugak.. Kalau bab2 memiliki dan dimiliki ni, aq tak fikir panjang siket sebabnya korang bileh baca kt post 'last part soal hati'..


 Korang pikir apa boleh buat dengan duit RM2 juta tu ha? Simpan? Labur? Beli rumah? Kereta? Berjoli? Melancong? Atau shopping borong barang 1 Pavvilion tu? Kalau aq,,aq laburlah dalam Amanah Saham Berhad (konon bajet duta produk la ni kan)..Memang duit tak abes la makan beberapa keturunan kan? Anak cucu goyang kaki ke.. Duit masuk tiap2 tahun dan skali masuk bukan 1k, 2k atau 3k..beratus2 K ok?



 Dari tadi duk citer pasal Padi x habeh2..skarang nak citer pasal rumah kat situ pulak.. Rumah kat situ jauh2..sebab tanah sorang2 luas giler pastu satu tanah satu rumah..dah memang sah2 la rumah jauh2 kan.. Ada hikmah jugak la rumah jauh2 iaitu jauh dari dosa..dosa ape? Dosa buat ketupat..tapi kalau daya afiniti(daya tarikan) untuk bergosip lebih kuat dari kemalasan dalam diri tu, buat jugak dosa ketupat tu kan??faham ke apa aq tulis tu? Ke aq je yang paham sorang2?? Kalau tak paham tanya eeh kt ruangan komen tu ye,..


 Kalau malam2 pulak kat sini dah macam kat kutub utara..atau dengan kata lain, takyah pergi sana pon dah boleh merasa macam mana sejuknya kat situ.. Dari teori yang aq boleh kaitkan ialah..bila banyak pokok ditanam, jumlah cahaya matahari untuk sampai ke bumi adalah rendah,,so,,bila jumlah tu kecil, haba dari matahari tu tak sempat la nak terkumpul kat bumi ni..then, jadi la kawasan tu sejuk keto..betul ke teori aq tu?



 Kalau kat KL ada ke rasa sejuk semulajadi macam tu?? Tkde kan?? Dan jangan bermimpi lah nak rasa sejuk macam tu unless kat tempat korang tu dah ada pasang ekon siap2..tak pon bukak peti sejuk bahagian freeze tu 24 jam dah nak bagi sejuk sangat kan.. So,, nasihat aq,, kepada orang2 yang berkuasa,, jangan suka2 nak tebang pokok sana sini.. Dunia ni dah makin kurang oksigennya dan dah makin banyak karbon dioksidanya…



 So,, kepada DBKL, bawak2 la berbincang hal2 cenggini walaupun ianya nampak sangatlah remeh tapi bila perkara remeh tu tak dipindang seperti yang sepatutnya, ia boleh jadi 'barah' dalam masyarakat.. Kalau la aq jadi PM, mesti aq dah dapat gelaran Bapa Alam Semulajadi..haha..




 Apa nak tulis lAgi harrr??? Opps, ada lagi yang belom tulis ni.. Mula2 tu aq ingat pergi kejap je la Sekincan tu then balik la tengah hari ke hape ke...dah kalau sampai kat sana dah pkol 12 tengah hari, mane dan nyer nak balik tengah hari..nampak sangat la tak berbaloi perjalanan 1 jam pastu lepak2 kejap pastu balik...patotnya aq tido situ semalaman..baru la Syiokkk...dapat la rasa kutub utara kat situ...haha..


Nanti next post aq sambung lagi pasal Mee Udang Banjir Sekincan & sawah padi yang lebih lanjut..nak tahu sedap ke tak dan kisah yang berlaku di sebalik Mee Udang itu?? Rajin-rajin la baca ye..

Corengan dari hati yang baru bangun dari tido sebab tengah hari tadi tak sempat nak tido sebab sibok melayan laptop ni dengan WhatsApp =)

No comments:

customer online

jangan klik kanan