adverlet atas


Nov 12, 2012

Terima Kasih Ya Allah..


Assalamualaikum..

Hari ni seperti tarikh dan masa yang tercatar di atas..
Baru sahaja melepasi peperiksaan akhir semester Tahun 2 Semester 1 dan sedang menunggu keputusan..
Sem depan aq dah nak pgi praktikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) Terengganu di unit Farmasi..
Tiada sedikit perasaan gentar mahupun berdebar kerana sebelum ni 2 semester berturut2 aq pernah attachment di sana selama 2 minggu.. Jadi kebanyakan staff Penolong Pegawai Farmasi (PPF), Provisionally Registered Pharmacist (PRP), dan Pharmacist aq dah kenal dorang..
Tapi disini bukan aq nak cerita pasal dorang tapi aq nak cerita tentang

BERUNTUNGNYA AQ DILAHIRKAN SEMPURNA OLEH ALLAH DI DUNIA INI..

Kulihat seorang demi seorang pesakit mengambil ubat.. Dari hujung kepala hingga hujung kaki aq teliti.. Berbagai ragam dan berbagai bentuk pesakit.. Macam2 jenis penyakit.. Disitu terdetik dihati, "Ya, Allah..aq dengan serendah hati bersyukur kepadamu aq dilahirkan sempurna fizikal seperti ini"..

Kadang2 sebak juga datang bertandang… tapi ku simpan dalam hati.. Tak  mampu aq zahirkan tangisan itu dan tak boleh aq zahirkan tangisan itu kerana aq tidak boleh pancarkan ion2 negatif pada mereka… apa yang mampu aq ucapkan pada mereka.. 'Pakcik makan ubat ni ikut masa dan seperti yang diarahkan ye..nanti cepat sembuh..lepas sembuh pakcik perlu rehat je kt rumah..tak perlu datang hospital lagi'.. Ku kuatkan bibir inii untuk kuukir satu senyuman kepadanya.. Sungguh susah sebenarnya untuk seyuman dalam tangisan.. Kata2 ku itu Cuma mainan psikologi sahaja.. Mana tidaknya, setiap pesakit terutamanya pesakit jantung seperti Congestive Heart Failure (CHF), Myocardia Infraction (MI) dan Angina tak boleh sembuh dalam masa sebulan dua.. Jadi mereka perlu follow-up long term medicine.. Maafkan aq pakcik..

Tu tak temASUK lagi Multiple Sclerosis (MS)… azabnya dapat aq rasa walaupun bukan aq yang menanggungnya…

Corengan yang tak seberapa...

No comments:

customer online

jangan klik kanan